Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Thursday 27 October 2011

-Erti Sahabat-


Assalamualaikum....dah lama rasanya x update blog slepas entry terakhir "Ya Allah ,aku telah kembali kepada fitrahku".....ia tentang aku dan cinta ....aku dan Dia ..... kisah percintaan y x mungkin ada pengakhiran ... kerana dunia ini sememangya dijadikan utk berkasih syg... benar kan?? jgn lah hairan bila manusia mngatakan "aku telah jatuh cinta" ....bermkna dia itu seorang y normal...
Hmm,kali ni aku serasa igin lg mencoretkan tentang kisah ku jua tetapi soal "persahabatan"... Bila kita mnyebut "persahabatan"...pasti ad y akan berkata 'alaa,biasa la tu,mcm x biasa pulak bersahabat 2 ni kan' .......yeah!pasti ramai tp seringkali dan mustahil sekali kiranya ada y berfikir "ya,persahabatan susah dicari dan digati,,,ia lebih susah dari soal percintaan" ..... benar atau tidak??tnya diri sndri bgaimana hakikat kalian menerima persahabatan ....
Dahulu aku ini agak prajudis dgn cinta dan cuba mendalami hakikat "sahabat"...sehingga aku pernah dituduh "lesbian" (wanauzubillah)..kerana akrabnya aku sama hawa dan bencinya aku sama adam ...."iya lah mana ada org rapat sgt dgn pmpuan smpai smua pasal pmpuan hang tau"('erkk?habis?aku ini apa?wanita atau laki?sememangnya aku harus dalami dahulu siapa aku dan sememangnya temanku wanita,iya kan??')agak berangin dgn persoalan seperti itu..hehe~maklumlah,kenyataan y bukan kebenaran,pasti nya bikin aku panas dehh... Hmm..ape 2 je la dorg nk cakap,mulut org x boleh nk tutup kan...
Aku mempnyai 'sahabat' yg ku samarkan namanya sbg Izzah....,aku dan Izzah jarang ada rahsia kerana kepercayaan yg tinggi terhadap sahabat....tp jika terhadap adam,semuanya aku rahsiakan sehingga jika ada adam y bertanya namaku,pasti aku akan berdusta..terlalu bnyak dosaku pd adam....dosa mendustai mereka~~ ... erm,aku teruskan "persahabatan" ku dgn mereka sambil aku cuba dalami hakikat itu....smemangnya menyeronokkan bila ada sahabat kerana segala tentang kita dalam kawalan dan teguran...aku terlalu akrab dgn 'Izzah' ...semuanya aku lakukan dgn dia...kami makan bersama,belajar bersama,main bersama,tidur bersama,mandi bersama(maklumlah kami sejak kecil hidup berdikari di asrama,)..hidup kami memeang ceria tanpa ada sesiapa dapat mengganggu persahabatan kami...warna2 kehidupan waktu itu terasa cerah dengan gelak tawa dan saling mendukung...hingga tiba satu waktu dimana segala keakraban itu berubah menjadi satu kerenggangan yg begitu renggang...seorang teman baru kami yg baru sahaja mendaftar diri di asrama tersebut .. ku berikan namanya sebagai "amni"....amni periang orangnya,semua org akan cepat mesra dgnnya termasuk aku..aku juga suka dgn caranya..kami b'3 mnjadi sahabat...tp aku dan 'Izzah' tidak lg seakrab dlu...lama kelamaan aku merasa cemburu dgn keakraban mereka...... "erkkk?apsal nk cemburu pulak??kan pmpuan tu"...('tu lah perasaan dimana aku terlalu menyayangi sahabatku')..."laa,kau ni kan ramai kawan lg"..('mmg la kawan ramai tp y baik mcm dia mna ade dah')..."kau y x cari,hidup dgn dunia sndri je,memanglah..pd hal ade je y lg baik dari 'Izzah' tu...".('ish,ape 2 je lah')...bgitu egonya jawapan seorang wanita seperti aku,..hmm,tp itu lah pengalaman ku.... =) ....aku terus menyendirikan diri aku,aku senyap dalam diam aku berdendam dgn 'amni' yg ku kira telah merampas sahabatku.. dipendekkan cerita,aku seumpama telah memutuskan kenangan dan persahabatan antara kami dgn sebab "cemburuku" yg berlebihan.. aku cuba mendekati dgn seorang lg sahabat yg lain...sikapku sama sperti bersama 'Izzah'..kami memang terlalu akrab cuma 1 yg aku pndang,dia org susah....aku jd jengkel..."ishh kau ni ade pulak mcm tu,pndang harta,pe bnde laa"..('erm,itu kesilapanku yg terbesar').."dah buat baru nk nyesal.pe kesss"...('adat manusia memang bgitu,dah buat baru terasa kesal,kn?')..erm,pe la kau ni,macam-macam... Jadi,persahabatan kami jadi hambar dgn sikapku dan akhirnya terputus begitu walaupun hakikatnya,aku amat menghargai kehadiran kawan 2.... dan kali ke3 aku bersahabat dgn seorang y bijak,cantik dan agak berada orgnya tp persahabatan itu diakhiri dgn pengkhianatan dia terhadapku bilamana segala rahsia ku yg ada padanya diceritakan kepada sahabatnya juga dan dijadikan "peluru" utk membidasku tatkala dia telah sengaja menyuntik amarahku...dia telah membuka aibku di ahadapan semua sahabatku...aku teramat malu dgn peristiwa itu,dan dia juga yg telah menuduhku "lesbian....semenjak itu,aku juga teramat benci dgn namanya "persahabatan"..aku jadi benci dgn org y mempunyai sahabat...bnci sgt2......

sehingga dtg kepadaku seorang kakak lepasan U yg pernah ku cerokan dalam entry y lalu..kakak itu lah yg memberiku semangat,menyedarkan aku dari kesilapanku,dan menunjukkan aku jalan keluar....sejak itu aku bertawajuh hanya kepada Allah..aku mohon ampun dgn segala salah silapku...aku lupakan soal sahabat kerana kakak itu memberitahu,islahkan diri dan cuba jadi sahabat y baik,kelak akan ada sahabat y dgn sendirinya Allah hantar utk kita...aku memang telah lupakan 100% terhadap itu dan aku tumpukan pd pengajianku y semakin mundur gara 2 itu...mereka yg iri sememangnya gembira dgn kejatuhanku....,jadi aku bangkit bersemangat semula....sehingga semua org terkedu dgn semangat ku lalu hingga tamat pengajianku disitu...aku tetap dgn pendirianku..sepanjang itu,mcm 2 aku dapat tahu tentang "erti sahabat"...nabi ada bagitahu :-

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.""

aku terkesima dgn kenyataan itu kerana mustahil aku temui sahabat seperti itu..mana mungkin ada sahabat y bila dipandang wajahnya akan teringat Allah?apa yg boleh dibayangkan sehingga darjat itu akan didapati pd seorang sahabat??-"erm,sebab itu lah yg dinamakan sahabat ini cuma satu dalam seribu...mustahil jumpa jika kita tidak menjaga peribadi kita sendiri....
masih terngiang 2 nasihat kakak itu.....aku abaikan lg soal ini tp sememangnya aku akrab dgn kaumku cuma aku telah belajar membataskan diriku....aku temui lg hadith nabi mengatakan:-

"Sahabatku adalah seperti bintang 2 di langit,barangsiapa yg ingin berjaya,ikutilah sahabat2ku"

begitu sekali nabi percayakan sahabat2 nya...aku semakin menginsafi diri akan perlakuanku...semakin menyedari bahawa persahabatku sebelum ini adalah amat salah sekali....aku bnyak muhasabah diri sejak itu,serba salah itu semakin mencengkam benakku bila aku membaca karya ukht Fatimah syarha yg berjudul "DUHAI TEMAN SEJATIKU...."...aku merasakan akulah yg paling berdosa sekali melakukan hal sepert itu...

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya. ” (Hadis riwayat Abu Daud)."

semakin aku dalami erti sahabat semakin aku tahu dimana salah ku dan apa y perlu aku buat...aku tidak lagi memandang harta,rupa,pangkat dan segalanya..persahabatan bukan seperti itu,nabi dulu miskin harta tapi persahabatan baginda dgn sahabat2nya terlalu akrab sehingga mereka semua menjadi perisai bg nabi...sahabat nabi lg ramai tp semua 1 hati,aku seorang saja sudah mau pecah kepala...hehe..aku mahu mencontohi nabi idolaku...dalam bersahabat baginda tidak terlalu rapat dan tidak terlalu renggang...dalam bersahabat,baginda berada disisi sahabat sewaktu gembira atau gusar...dalam bersahabat,baginda abadikan nama para sahabat dalam butiran doa baginda,itu y pnting...aku azam aku mahu cuba!!
aku lantas mencuba doa yg aku ambil dari seorang teman ku di maahad..


''Ya Allah,tika kau hadiahkan aku seorang sahabat,jadikan aku ikhlas menerimannya dan jadikan dia ikhlas menerimaku..kau cerminkan peribadiku y cantik utknya dan peribadinya y cantik utkku supaya kami saling bersama dalam mencari redha-Mu..dan jadikan persahabatan kami mencontohi persahabatan aulia'mu,Muhammad...hingga kami mencapai jannahmu"

aku amalkan doa itu dgn keyakinan y jitu bhawa sahabat yg baik akan menemui sahabat yg baik ....aku tidak fkirkan soal itu melainkan aku tumpukan kuliahku bersama mereka tp 'persahabatan' bukan lah buruan utamaku tp buruan utamaku adalah 'perjuangan'.....
ckup setahun dan aku semakin besar melewati usia belasan tahun...semakin matang utk hadapi 1 masalah,semakin rsional terhadap 1 ujian...dan semakin tabah dalam mengatasi 1 dugaan....doaku seakan makbul bila aku mempunyai ramai teman yg baik...malah aku gembira bersama mereka...mereka menjaga aibku,mereka berada disisiku waktu aku susah dan mereka ajarkan aku tika aku salah...aku tidak lg memandang segala yg ada pd mereka,malah mereka juga bgitu sehingga sewaktu aku susah,mereka dgn senang menghulurkan bantuan...aku kagum dgn Dia yg memakbulkan doa....walaupun bukan jgnka masa yg sekejap aku amalkan doa itu namun impaknya tidak terduga olehku....aku tidak lg mencemburui keakraban sahabatku kerana aku semakin sedar bhawa kasih syg itu bukan menyekat dan menghalang malah harus disebar dan digalakkan...aku bersyukur sgt2....

Kini hidupku lebih tenang setelah aku berada di penghujung elasan tahun....aku bakal menjadi seorang gadis awal 20-an dan barangkali aku bkal mnjadi seorang suri pd seorang adam..makanya aku berusaha utk mencari pengalaman ku sendiri ...yg penting aku lebih bahagia sekarang dgn sahabat2 ku....malah aku cepat menyayangi sahabatku seikhlas mgkin...aku benci bila ada y mngkhianati sahabatku,aku bnci bila ada y mngganggu sahabatku....aku tidk teragak2 utk cuba mlindungi sahabatku..alhamdlillah ya Allah......bila org bertanya kepadaku soal sahabat "ade ke sahabat sekarang ni?boleh caye ke smua?"...aku hnya mampu tersenyum dan menjawab..("ada...jika kamu belajar menjadi seorang sahabat dan jika kamu belajar mempercayai dgn ikhlas")....semoga Allah satukan aku dan sahabat2ku di jannah firdaus kelak...amiinnnn....

dari
-Puteri Alia-