Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Sunday 1 April 2012

Kisah sahabatku Mencari Jodoh ( Part 2)


-------------------------------

Alhamdulillah, ramai tak sabar ikuti story ini. Terima kasih kepada beberapa rakanku kerana sudi share dan promosikan citerku ini di Facebook dan blog.

Segala citer ini berlaku pada tahun ini iaitu 2012. Aku memulakan perjalanan bagi mencari pengalaman dan ragam manusia berkaitan perkahwinan. Disamping itu, aku berharapa dipertemukan jodoh dengan seseorang yang aku impikan selama ini. Aku tahu jodoh telah ditetapkan yang ESA. Bagi aku, walau kita tiada jodoh didunia tapi Allah-lah cintaku dan aku sanggup mati demi Allah kerana aku benar-benar merinduiNYA.

Tujuan aku buat semua ini, bukan lah untuk mempermainkan sesiapa namun tujuanku mencari pasangan yang memahami hidupku dengan 3 ketul batu dan Surah Al-Waqi'ah. Selepas mana2 gadis menerimaku, aku akan kirim surat untuk melamarnya. Ia bukan lah surat biasa tapi surat yang penuh bermakna dalam perhubungan keluarga.

Baiklah, mari ikuti kisahku dalam mencari cinta yang suci ini.

**********************
Tajuk : Kau Tak Sempurna
**********************


Selepas solat Subuh, aku duduk menghadap kiblat dan berdoa "

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”


Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami berdosa melainkan Engkau ampunkan. Tiada dukacita di hati kami melainkan Engkau lepaskan dan tiada hutang melainkan Engkau jelaskan. Tiada juga sebarang hajat sama ada untuk dunia dan akhirat, melainkan Engkau tunaikan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cinta-Mu.


Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.


Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.


Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.


Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.


Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.


Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Amin Ya Rabbal A'lamin


Setelah selesai berdoa, aku mengaminkan doa sambil berlinangan air mata.

Aku sandar di tepi pintu dan membelek kitab terjemahan Quran Syamil yang aku paling sukai. Setiap helai aku baca dengan khusyuk. Walaupun aku tidak sehebat mana-mana alim ulama namun, aku tetap cuba memahami isi-isi kandungan dan mengamalkan dalam kehidupan harianku.

Tepat pukul 7 pagi, aku memerhatikan ibuku tengah bersiap untuk ke kerja. Aku berbisik didalam hatiku "Oh tuhan, bahagianya aku dapat keluarga seperti ini. Aku berharap, Aku dapat menuju ke syurga bersama-sama keluargaku yang tercinta ini."

Pada waktu pagi ini, aku memang menunggu ibuku keluar bekerja sebelum aku pergi. Aku menghubungi rakanku untuk pergi bersama. Kawan baikku ialah Sukri. banyak kenangan manis dan pahitku bersama beliau.

---------------------
Di tempat kerja
---------------------


Keadaan cukup tenang bagiku dalam pejabat ini kerana tidak berapa sibuk. Aku bekerja sebagai kaunselor dan ahli perniagaan. Semua rezeki ini milikNYA. Aku memang suka dengan tugasku kerana tugasku membantu orang ramai yang memerlukan bantuanku.

Setelah selesai meeting untuk promosi produk-produk buatan islam bersama 12 orang pekerja, aku dan sukri menuju ke bilik ku bagi membincangkan sesuatu mustahak.

Aku dan Sukri duduk bertentangan dan membuka topik.

Amin : Apa perasaan anta pada hari ini?

Sukri : Alhamdulillah, bahagia sungguh dan tenang sangat-sangat dalam situasi ini.

Amin : Baguslah. Ana harap tekanan darah xde la tinggi sangat. (gurauku)

Sukri : hahaha, xde la nak naik darah tapi kalau motor ana hilang, memang siap la pencuri tu.. Ana kerat-kerat badan dia jadi roti canai. (guraunya balik)

Amin : Sebenarnya, ana nak bincang pasal perjalanan kita dalam mencari jodoh ni. Anta ready ke?

Sukri : Oh, ana lagi la ready sebab ana nak belajar dari pengalaman anta. Ana masih teringat lagi seminggu lalu yang kita pergi ke Gurun Kedah. Merah muka pakcik tu menerima lamaran anta dengan 3 batu. Ana rasa, dia xle tidur tu sebab teringat batu..hahaha

Amin : hahaha.. Biasa la..memang betul sebab tidak logik dari akal untuk melamar anak dara orang dengan batu. Tapi, hanya mereka yang pandai berfikir dan bertanya, pasti akan dapat jawapan berkaitan batu ini.

Sukri : Sekarang anta nak cari dimana pula?

Amin : Ohh, ana cadang kita pergi Nilai Negeri Sembilan pada minggu ini. Sebab ana target kawasan Kota Serimas.

Sukri : Uihh, anta nak pergi pada anak orang kaya ke? Ana rasa semua anak orang kaya sama je nak kawin dengan jutawan. Tapi, anta ni da sama taraf dan pangkat macam mereka ok juga.

Amin : Isk, ada pula anta fikir macam tu. Walaupun orang kaya-raya namun ade yang pemurah dan baik hati di hati mereka. Ana tidak cadang kita pergi kesana dengan baju kot or apa-apa yang menunjukkan kita ni sama macam mereka. Ana akan bawa 3 ketul batu dan surah waqi'ah juga.

Sukri : (menahan gelak sambil berkata) Ana rasa kita kena tendang keluar dalam 6minit ni.

Amin : hahahahaha..adoi, ada juga ye orang kaya nak tendang-tendang kita. Takpe sebab ana dengan anta akan ikat dia kat tiang lampu nanti.

Gurau kami sama-sama.

Sukri : Baiklah, nanti kita buat persiapan dalam perkara ini. Anta nak ana bawa senapang tak (guraunya lagi)

Amin : hahaaha, xpayah la..bawa batu da cukup untuk kerjakan sesiapa.. (mengesat air mata kerana tidak tahan dengan lawak sukri)

Sukri : Amin, ana syukur sangat2 dapat kawan macam anta. Dari dulu, anta tidak pernah sombong dengan sesiapa malah anta membantu mereka yang memerlukan. Walaupun anta dilukai, namun anta tetap tersenyum dan berkongsi kebahagiaan bersama orang lain. Anta ni memang lain dari yang lain.

Amin : Sukri, ana biasa saja. Ana hamba Allah yang banyak kelemahan. Namun ana tetap berusaha memperbaiki diri dalam kehidupan. Ana pon rasa bertuah sebab ada anta yang sudi membantu ana dalam kehidupan harian ana. Ana rasa anta la yang terbaik dan sahabat yang boleh dipercayai.

Sukri : Isk, ana tak pernah rasa susah membantu anta. Ana ikhslas dan akan berjuang selagi ana larat. (sambil ketuk bahu Amin)

Amin : Alhamdulillah..bagus la. Bila anta perlukan bantuan, bagitau saja ana dan ana sedia membantu.

Sukri : Insya-allah dan syukur sebab anta da banyak bantu ana. Ana tidak dapat bayar balik atas budi anta.

Amin : Ala, jangan ungkit bantuan ana. Ana ikhlas je bantu anta. Semua tu milik Allah.

Sukri : Ana nak tanya anta sikit tentang cinta. Anta boleh bagitau ana, apa maksud cinta?

Amin : Cinta tu banyak sangat istilah namun bila kita menjiwai cinta, kita akan dapat banyak makna.

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa..
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati..
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan..
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan..
Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan..
Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif..
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu..
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan..
Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan
..

Sukri : Subhanallah, memang terbaik la kata-katamu ini. hmm, susah juga ye nak cari wanita setia.

Amin : Lelaki selalu berkata, bahawa sukar mencari seorang perempuan yang setia. Hakikatnya, setia sang perempuan bukan kerana harta benda dan rupa semata mata. Perempuan mahukan sebuah kehidupan bahagia.

Sukri : betul kata anta. Pernah tak anta memikirkan untuk berada disamping seseorang?

Amin : (memandang luar jendela sambil berkata) Ana memang nak mendekati seseorang tapi ana takut ana jauh dari rahmatNYA. Ana selalu berharap ada seseorang disamping ana, namun bila ana berfikir, lebih baik berharap padaNya kerana jiwa kita tenteram.

Sukri : (memegang bahu amin sambil berkata) Ana yakin, Dia xkan biarkan anta seorang diri tanpa pasangan sebab Dia dah tetap yang terbaik buat anta.

Amin : Insya-allah. (senyum manis pada sukri)

Sukri : Ana tengok ramai bercinta. Ana pun tahu anta pernah jatuh cinta namun ramai menolak dan anta tidak mahu bercadang untuk bercinta cara islam sekali lagi?

Amin : (menghela nafas sambil berkata) Ana memang ana akui cinta seseorang namun dia sudah kepunyaan orang lain dan ana lewat untuk mendapatkan cinta itu atau mungkin dia bukan jodoh ana. Bagi ana, Jika dia mencintaiku kerana Allah jangan biarkan dia dekati ana…
Jika dia mencintaiku kerana Allah jangan biarkan dia menggodaku…
Jika dia mencintaiku kerana Allah jangan biarkan dia merayuku….
Jika Mencintaiku kerana Allah jagalah biarlah dia jaga hatinya dan ana menjaga hati ini agar tetap Mencintai-Nya…

Sukri : Ohh macam tu. (menungguku meneruskan bicara)

Amin : Tidak bertemu mata, tidak bertemu suara, tidak mengungkap janji, tidak bermadah cinta, cukuplah kata mengingat Tuhan, cukuplah nasihat serta teguran, cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman. Soal hati dan perasaan, biarlah masa yang menentukan. Hati kita Allah yang punya, hati kita Allah yang jaga. Berdoalah, kerana itu senjata kita. Andai takdir hidup bersama, pasti Allah permudahkan jalannya.

Sukri : Tadi masa ana masuk pejabat,ana ternampak anta tulis surat, surat cinta ye..oo sembunyi ye.. (guraunya)

Aku mengeluarkan sampul surat yang disimpan rapi dalam almari dan dihulurkan kepada Sukri. Sukri membaca setiap baris.

Bismillahirrahmanirrahiim...

Hati ini meminta cinta untuk tetap berada dalam RedhaNya

Bukannya hati menolak keberadaan cinta
Namun, hati teramat sangat takut Tak mampu mempertanggung jawabkan cinta

Hati hanya berharap pada Sang Maha Cinta

Semoga Dia rela menciptakan peta jalan cinta ini
Agar arahnya tidak tersesat oleh bisikan nafsu dunia
Yang kan menjadikan cinta tidak lagi suci

Maka, akhirnya hati memilih untuk menahan cinta

Agar tidak tumbuh berkembang dalam kenistaan dosa
Dan khuatir akan mengalahkan cinta pada Sang Maha Cinta

Sepanggal lirik-lirik doa terlantun lirih dalam keheningan

Berharap Sang Maha Cinta tetap menjaga hati dari tipuan cinta
Tetap memberikan ketidak tenteraman pada hati
Ketika cinta tak direstui

Hati hanya ingin bertahan pada cinta di atas Cinta

Hingga hati kan mencinta karena Cinta
Akhirnya hati berlabuh pada cinta yang diciptakan Cinta

Hati memohon agar hati kan jatuh cinta pada Cinta

dalam kehalalan cinta yang nyata
Yang terbangun dalam sebuah kesucian pertemuan cinta
Dalam sebuah akad cinta yang direstui…

Aamiin Yaa Rabb..


Tiba-tiba air mata Sukri mengalir dan memelukku sambil berkata.

Sukri : Allah..betapa dalamnya cinta kamu padaNYA. Setiap baris surat2 ni membuatkan ana tersentuh hati. Betapa mulianya cintamu yang tidak dipandang manusia dan tidak ada sesiapa tahu cintamu yang besar ni (menangis sukri dalam pelukanku)

Amin : Wahai sahabatku, biarlah manusia memandang kita diluaran tapi hati kita ni biarlah Allah pandang. Walaupun kita xdapat kejar cinta, namun bukankah Allah ada. Biar kita keseorangan tapi bukankah Dia bersama kita. Biarlah manusia mengeji dan mengejek cinptaan diluaran kita namun Allah bangga dengan ciptaanNYA. Biarlah manusia menolak cinta kita tapi bukankah Dia sentiasa menunggu kita untuk menyintaiNYA.

Sukri : Amin, izinkan ana bersama anta dalam pencarian cinta. Ana ingin belajar erti cinta. Ana nak hargai cinta dan ana nak memahami cinta sebenar-benarnya. (katanya dengan sungguh2)

Amin : Kalau itu anta mahu, ana izinkan. Sudahlah, jangan sedih lagi. Simpanlah surat tu pada anta. Anta lebih memerlukan dari ana.

Sukri : (mengukir senyuman sambil berkata) Hehe, ana akan jaga bebaik harta karun yang mahal ni.

Setelah berbicara panjang, kami pun pulang kerumah masing2 sebelum memulakan perjalanan yang jauh ke Negeri Sembilan.

Di waktu malam, aku menyandar di kerusi sambil berbisik dihati. "Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi MAKMUM dalam solatku, siapakah dia yang akan menjadi PELAYAR dalam bahtera rumahtanggaku Oh tuhanku, Kau adalah sebaik-baik pengatur.. HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma kita perlu SABAR. Oh tuhan, bantulah aku dalam cinta padaMU."

-------------------
Di stesen bas
-------------------


Selepas 3 hari, aku dan sukri sampai ke stesen bas pada masa yang ditetapkan. Aku memberitahu Sukri, aku ingin ke KL dahulu.

Sukri : Aik, rancangan kita berubah ke? (garu hidung yang tidak gatal)

Amin : Bukan lah. Ana ada kerja kat Putrajaya sikit.

Sukri : Ohh baru teringat tentang pertukaran guru tu. Wahh, anta memang nak menolong ibu saudaramu mendapat kerja di kwasan yang dekat dengan ibubapanya.

Amin : haha, ana tolong sebab ana mampu tolong lagi. Pergi ambil dulu, nanti terlewat pula kita kena bertolak.

Sukri : Ok2, ana pergi dulu ye. Tunggu tau, jangan naik bas lain pula. (guraunya)

Amin : xla, ana xilang la..hehehe

Selepas 10minit amik tiket, kami bertolak dari Kedah ke KL dengan bas MaraLiner.

Sukri : Ana nak tanya anta sikit, betulkah wanita tidak perlu cari cinta dan dia akan menemui cintanya?

Amin : Tulang rusuk Adam yang hilang,biarlah dia yang mencarinya sendiri.Hawa pula,TUNGGU & BERSABAR,tak perlulah dia yang mencari Adam.Kerana dia tetap Tulang Rusuknya yang Hilang,Adam akan datang Mencari & Mengambilnya satu hari nanti.Apa yang boleh diusahakan Hawa ialah berDOA berusaha agar Adam yang datang itu adalah Adam yang berAGAMA,berAMAL dengan agamanya dan punya AKHLAK yang BAIK.Dengan kata lain dapat Membimbing dia ke Jalan yang Lurus untuk ke Syurga-NYA.

Sukri : Jadi kita perlu jauhkan diri tak dengan wanita yang kita cintai? Bukankah nanti dia akan jauh dari pandangan kita?

Amin : Kalau ikutkan jawapan ana, ana akan jawab, "Aku mencintaimu dengan menjauh darimu,Bukan kerana aku membenci mu,Namun kerana aku ingin menjagamu,dan menjaga diri ku sendiri dari khalwat yang terjebak,Aku mencintaimu dengan menjaga diri ku dan diri mu,menjaga kesucianku dan kesucianmu,menjaga kehormatanku dan kehormatanmu,menjaga kebeningan hati ku dan hati mu sebelum engkau halal bagiku." Haa itulah jawapanku.

Sukri : Wah2 tergoda dengan anta macam ni (guraunya)

Amin : Jangan nak mengada2 sebab nanti ana fire (gurauku sambil menahan gelak)

Sukri : Apa wanita idaman solehah anta?

Amin : Wanita idamanku ye.. Hmm (memikirkan sambil memberi jawapan)

Wanita idamanku ialah,
yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

(menongkat dagu sambil meneruskan kata2)


Wanita idamanku ialah,

yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,

Wanita idamanku ialah,

wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Sukri : Wahhh, memang banyak la.. Ada lagi ke (bertanya dengan penuh minat)


Amin : ade lagi (meneruskan kata2ku)


Wanita idamanku ialah,

yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Wanita idamanku ialah,

yang tidak pernah membazirkan waktu,
matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,
suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiNYA,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya Subuh penuh penghayatan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan,

(membetulkan tempat duduk sambil meneruskan kata2ku)


Wanita idamanku ialah,

yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,
meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,

Wanita idamanku ialah,

yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMANKU seadanya.

Sukri : indah sungguh kata2mu. Sebab anta pandai berkata-kata lah, ana suka ikut anta.

Amin : Ana bukan teman yang boleh memberikan anta segala yang anta perlukan jika anta berada dalam kesulitan. Tapi yakinlah, ana adalah temanmu yang tetap setia disisimu meniupkan kata-kata semangat jika kesulitan menghantui dirimu. Ana juga bukan teman yang akan memberikan anta segunung harapan agar anta boleh berharap dan bersandar terus pada ana. Namun ana akan menjadi teman yang akan berusaha meratakan segunung beban jika suatu hari kelak bebananmu menumpuk hebat.

Kami berehat didalam bas sambil menunggu ketibaan di Kuala Lumpur. Setelah 5 jam berlalu, kami sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Sebelum meneruskan perjalanan, kami pergi ke Masjid Putrajaya untuk mengerjakan solat jama' zohor. Setelah selesai, kami pergi makan di nasi kandar mamak. Tanpa membuang masa, kami menuju ke destinasi kami iaitu bangunan Putrajaya untuk jumpa orang besar yang aku kenali.

--------------------
Dalam pejabat
--------------------


Aku mengetuk pintu dan terdengar suara menyuruh masuk. Aku masuk kedalam dan Sukri berada di tingkat bawah.

Tuan Syed : Ohh, Amin rupanya. Lama xberjumpa. Kamu telefon aritu kan untuk bincang pasal ini.

Amin : Ye tuan. Da 3 tempat saya pergi untuk pertukaran guru. Saya tahu ia memang sukar namun saya berusaha dan buat apa yang termampu.

Tuan Syed :Dia belum kahwin lagi dan andaikata dia sudah berkahwin memang susah sebab kalau isteri, mereka boleh consider...Tu pun kalau isteri dia tgk kekosongan sekolah kat area negeri dia tu..ada kosong tak untuk subjek tertentu. Namun, pihak JPN akan berusaha membantu orang yang berkahwin agar tidak jauh dari suami.

Amin : Ye saya faham, cuma saya bimbang dengan tekanan dia disana. Macam2 jadi. Ada yang tidak berpuas hati dengan kerja dia dan banyak lagi.

Tuan Syed : Insya-allah, jika ade kekosongan, cepat2 kami tolong khabarkan berita pada Amin nanti.

Amin : Ok tuan, saya harap sangat2 tuan bantu sepupu saya ni dan lagi senang dia nak menjaga keluarga dia. Saya akan menanti panggilan tuan.

Setelah berbincang hampir 45 minit, kami berjabat tangan dan keluar ke tingkat bawah.

Sukri : Macam mana?

Amin : Tuan Syed akan cuba tolong nanti. Jom kita berehat dulu, nanti kita teruskan perjalanan ke Negeri Sembilan.

Sukri : Kita berehat kat Masjid dulu la.. Pukul 8 malam kita bertolak.

Kami menuju ke Masjid Negara dan berehat disitu sebelum memulakan perjalanan. Tepat jam 7.30, kami berdua menunaikan solat jama'. Selepas 15 minit berlalu, kami menuju ke kedai makan dan mengambil tiket untuk ke destinasi kami iaitu Negeri Sembilan.

--------------------------
Nilai, Negeri Sembilan
--------------------------
-

Sukri : Alhamdulillah, sudah sampai ni. Wahhhh tak sabar ikut perjalanan mencari jodoh ni. Mesti mencabar ni.

Amin : Hahaha, bersedialah sebab kali ni lebih mencabar. Kejap ana call pemberi maklumat ana.

Aku menghubungi pemberi maklumat gadis berkenaan dan meminta alamat rumahnya.

Sukri : Macam mana?

Amin : Baik, jom kita makan dulu, pukul 10 pagi kita bertolak.

Kami berdua menuju ke Restoran Warisan Serimas yang dikatakan terkenal tu. Perghh, memang sedap makan sini. Apa yang kami makan ialah, Ikan siakap 3 rasa, Udang goreng tepung, Sup cendawan, Nasi goreng papriks dan Chicken Chop. Alhamdulillah memang kenyang sangat rezeki yang terhidang depa mata. Aku dan Sukri meronda-ronda di sekitar Restoran Warisan Serimas. Memang cantik landskap yang dibina.

Aku bertanya seseorang tentang alamat tersebut dan mereka kata itu rumah anak dato. Mereka memberitahu, hanya dekat kawasan situ sahaja.

-----------------
Rumah Banglo
-----------------

Sukri : Perghhhh, bukan boleh main nikah anak dia. Ana rasa bodyguard dia ade 10 orang badan berketul-ketul ni..(guraunya)

Aku hanya tersenyum saja sambil menahan ketawa.

Amin : Jom kita mulakan rancangan yang hebat ini.

Kami bagi salam dan menekan loceng pintu. datang pak guard pada kami dan bertanya.

Pak guard : Ada apa tuan?

Sukri : Kami datang ada hajat besar untuk jumpa tuan kamu.

Pak guard : sekejap ya, saya pergi tanya tuan.

Setelah 5 minit berlalu, datang pak guard menjemput kami. Kami berjalan disekitar rumah yang begitu besar rekaanya dan cantik sekali reka bentuknya. Pak guard menyuruh kam duduk di ruang tamu berhadapan kolam renang sambil menunggu tuan nya datang.

Sukri : Anta nampak air terjun tu?

Amin : Nape?

Sukri : Lepas 5 minit, kita kena rendam dalam tu agaknya..

Amin : hahaha, ada2 je anta ni. Ana rasa dia suruh kita mandi kot nanti.

Kami ketawa perlahan2 dan berbincang tentang keunikan ciptaan reka bentuk rumah tersebut.

Datang seorang laki yang berbadan tegap dengan berkot menuruni tangga bersama anak gadisnya yang begitu cantik.

Mereka senyum memandang padaku sambil meletakkan punggung mereka diatas kerusi.

Tuan Mazlan : Ada apa anda berdua datang sin?

Sukri : Sebenarnya, kami datang bawa hajat berkaitan anak tuan. Kami fikir tuan mencari seseorang yang sudi bersamanya dan menjaganya.

Gadis tersenyum malu memandang kami dan membiarkan kami berbincang dengan ayahnya.

Tuan Mazlan : Ohh, bagus la. Macam mana tahu, saya mencari seseorang suami untuk anak saya?

Amin : Kami dapat berita dari sahabat kami yang tinggal di Negeri Sembilan.

Tuan Mazlan : Boleh saja kalau mahu berkahwin dengan anakku. Anakku mencari pemuda yang boleh memberi tunjuk ajar dalam banyak perkara sepanjang hidupnya.

Sukri : Alhamdulillah, bagusla kalau tuan mahu sebab Amin pun masih mencari pasangannya.

Tuan Mazlan : Sebelum kita berbincang lanjut, boleh cerita sedikit tentang kamu?

Amin : Saya tinggal di Perlis dan bekerja sebagai jurujual. Ada kedai kecil dalam perniagaan ini.

Tuan Mazlan : Berapa pendapatan kamu sebulan? (mukanya menunjukkan ketidakpuasan)

Amin : Alhamdulillah, RM800. kadang2 RM1000

Tuan Mazlan : Boleh tu boleh kahwin, biar saya berbincang dengan anak saya dulu.

Setelah 15 minit berbincang, mereka berdua datang pada kami.

Tuan Mazlan : Biarlah anak saya menetukan syaratnya.

Amin : Silakan. (Aku hanya tersenyum).

Zura : nak kawen dengan saya ade 5 syarat. Pertama, zura nak tinggal di rumah banglo dan berada dekat dengan keluarga zura. Kedua, perkahwinan zura mesti lah meriah dan menjemput kerabat kaya-raya. Ketiga, zura jenis bershopping dan harap diberi kebebasan balik lewat malam kerana perlu jumpa kawan-kawan lagi. Keempat, suami mesti ikut cakap isteri dan kelima ikut syarat bapa saya.

Tuan Mazlan : Setelah setuju semua perkara, harga mas kahwin termasuk penghataran ialah RM250K. Macam mana? (memandang dengan senyuman perli)

Amin : Wahh, memang tepat keputusan itu. Tapi saya menolak semua itu kerana sebab2 tertentu. Pertama : dalam perkahwinan, saiz rumah tidak penting tapi kebahagiaan itu lebih penting dan isteri harus ikut suami kemana suami saja nak pergi. Kedua, orang kaya da makan banyak dan banyak makanan dibazirkan, lebih baik saya jemput anak2 yatim dan orang yang terdekat dengan tuan dan saya saja. Ketiga, saya benarkan isteri saya bershopping tapi tidak melebihi keperluannya dan tidak membazir. Dan kalau nak balik lewat malam, saya tidak akan izinkan kerana tugas saya ialah menjaga isteri. Manakala yang kelima, harga RM250K itu ibarat bintang yang mudah pecah dan berlian mudah tercalar.

Zura : Hei, kalau nak kawin dengan Zu, Zu punya pasal la nak letak syarat apa-apa pun. Kalau tidak mampu, jangan datang lagi sebab diri kau pun macam aku tak ingin kawin bersama mu. Mukamu je bajet handsome tapi yang lain macam orang kena tembak.

Sukri : Bertenang cik, kami datang dengan aman untuk bertanyakan tentang cik.

Amin : Ok la, kalau tiada apa-apa, kami balik dulu.

Tuan Mazlan : Tunggu dulu, ada logiknya kamu berkawin anak saya. Berapa mas kawen dan hantarannya?

Zura : Abahh!! Zura xnak la kawen dengan Amin. Zura xnak terperuk depan rumah dengannya sepanjang umur.

Tuan Mazlan : Sabar la. Biar ayah berbincang dulu ok. Mungkin dia letak harga tinggi ke.

Aku mengeluarkan kotak yang berisi 3 ketul batu dan surah waqi'ah.

Amin : Saya nak lamar anak pakcik dengan ini.

Tuan Mazlan : Apa, memang sah sangkaan aku yang kau ni miskin dan tidak berharta. Kau nak kawen anak aku semata2 kerana kecantikan dan harta aku ya (jerit tuan mazlan bergema di seluruh rumah tersebut)

Zura : Batu ini?? Gila ke?? Zaman sekarang mana ade orang nak terima perkahwinan kamu. Pertama, kau memang miskin sangat2 macam sampah yang berlonggok di belakang rumah aku. Kedua, kau tu tak sempurna malah lebih memalukan kalau aku berkahwin dengan kamu. (memegang lembaran surah waqi'ah) Ketiga, benda ni untuk apa? nak perli aku ke? Mentang2 kau reti baca arab, kau nak berlagak menikah aku dengan benda ni.

Zura menghempap batu dan lembaran surah waqi'ah ke meja dan menuju kedapur.

Sukri : (berbisik padaku) Jom kita balik, ana rasa xsedap hati pula.

Amin : Ana nak anta pergi tunggu ana di luar kejap. Jangan banyak tanya, pergi cepat..dalam 15 minit jumpa ana balik kat sini nanti.

Sukri : (tepuk bahu sambil berkata) baiklah..jaga diri dan semoga berjaya.

Sukri pergi menunggu ditaman sambil menungguku berbincang. Aku sudah tahu pasti akan jadi sesuatu.

Tuan Mazlan : Amin, kami harap kamu tidak kisah jika kami kata begitu. Apa yang kami kata, terimalah kenyataan dan cari lah wanita setarafmu. Tidak akan ada wanita yang sudi menikah kamu kerana ketidaksempurnaan kamu. Sedar lah sikit. (Perlinya)

Amin : (senyum sambil berkata) Saya datang sini bukan saja-saja nak melamar anak tuan malah saya ingin melihat sendiri penerimaan orang kaya jika anak tuan satu hari nanti pasti akan jatuh cinta dengan mana2 pemuda biasa.

Tuan Mazlan : hahahaha, saya tidak akan benarkan anak saya menikahi mana2 gadis yang tidak sama taraf dengan saya. Zaman sekarang, duit sangat penting. (belek batu) Boleh beritahu saya, kenapa batu ini yang kamu bawa dan melamar anak saya?

Amin : Tuan, dalam batu ini ada rahsia tentang diri kita dan nilai seseorang wanita. Saya bukan melamar wanita dengan batu ini tapi disebalik batu ini ada sesuatu yang beharga untuk wanita yang dinikahi.

Zura datang membawa air sirap.

Zura : Ehh, mana kawan kamu?

Amin : Ohh, dia pergi makan angin di luar kejap.

Zura : Ini minuman yang saya buat untuk kamu. Silakan minum.

Amin : (membelek cawan dan buat2 minum)

Zura : Ehh lupa pula, sebelum minum izinkan saya ucap selamat pada kamu dan semoga bahagia dalam mencari isteri.

Zura mengambil cawan dan sembur ke mukaku sehingga basah baju ku sambil dia berkata,

Zura : Ini untuk kamu yang memandai datang kerumahku dan ingin melamarku. Dan aku tuang air pada kamu kerana nak sedarkan kamu tu tidak sempurna bagi aku.

Tiba2 satu tamparan menuju ke pipiku sambil dia berkata,

Zura : Inilah padahnya bila mulutmu tidak tahu cara bercakap. Lain kali, kalau nak cakap pakai otak sikit.

Amin : Baiklah, terima kasih sebab layanan kamu pada saya. Sebelum saya melangkah keluar, saya ingin meminta maaf kerana jika mengguris perasaan kamu semua.

Dengan kuasa Allah, datang Tuan Kamarudin kerumah itu.

Tuan Kamarudin : Ehh Amin, laa lama xnmpak..kamu buat apa disini sampai basah ni? Mandi ke? (guraunya)

Amin : Saja melawat Tuan Mazlan, baju basah tadi sebab main air kolam tu.. (gurauku tanpa senyuman)

Tuan Mazlan : Ehh, kamu kenal dia ke?

Tuan Kamarudin : Laa camna tidak kenal. Amin ni la yang banyak bantu saya ketika kita susah nak dapatkan pinjaman. Kalau bukan dia, kita xdapat la nk buat perniagaan besar-besaran. DIa banyak idea dalam perniagaan. Malah..

Belum sempat Tuan Kamarudin berbicara..

Amin : Tuan, sudah la. Jangan cerita lagi pasal saya. Saya sudah cerita semua padanya. Dia gembira dengan cerita saya.

Tuan Kamarudin : Haa bagus la. Jom makan bersama kami malam ni. Zura tentu gembira.

Amin : Xpe tuan sebab apa yang ada dalam rumah ni semua saya sudah makan malah dapat rasakan penangan masakan tersebut.

Aku lihat mereka berdua serba salah.

Tuan Kamarudin : Apa hajat kamu datang sini?

Amin : Saya datang bagi motivasi sikit pada mereka dan cerita tentang jodoh. Dalam dui ini, jangan kita bangga diri akan harta yang bukan kepunyaan kita. Semua ini adalah milik Allah.Kadang2 bila kita susah, orang lain akan bantu kita dan jangan kita lupa asal kita masa kita susah dulu. Hormatilah setiap insan dan jangan melukai sesiapa yang pernah menolong kita.

Tuan kamarudin : Wahh, betul2, dan apa kata kamu pula berkaitan jodoh?

Amin : ALLAH Lebih Mengetahui.“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

(memandang Zura sambil berkata( Bila kita memuji wajah seseorang, kita memuji ciptaan Allah. Bila kita menghina wajah seseorang, kita menghina ciptaan Allah. Kita ni bukan sempurna dan setiap orang datang dari perut ibu.

Tuan kamarudin : Wahh, memang benar kata2 motivasi ni. Haa Tuan Mazlan, cepat2 la cari jodoh macam Amin ini sebab hidup anak kamu pasti bahagia nanti.

Aku senyum memandang pada Tuan Kamarudin.

Tuan Mazlan : Oh iya betul tu. Amin, boleh tunggu disini dan makan malam bersama kami.

Amin : Terima kasih saja tuan sebab saya sudah kenyang dengan makanan tuan dan layanan tuan yang sungguh mesra.

Sukri datang dan kami bersalaman dengan mereka, kemudian kami melangkah keluar bersama. Belum sempat aku keluar dari pintu pagar utama, Zura datang dan menangis di lututku sambil berkata.

Zura : Amin, maafkan zura. Zura bersalah dengan semua ini. Selama ini, tiada siapa ajar Zura tentang erti kehidupan. Kamu telah membuka hatiku dan Zu benar2 minta maaf dengan semua ini. Zu akan ikut semua syarat2 kamu dan menerima lamaran dengan 3 ketul batu dan surah waqi'ah.

Amin : (Memandang Zura) Saya maafkan kamu tapi saya tidak dapat terima perkahwinan ini kerana kita bukan ditakdirkan bersama. Apa yang terjadi biarlah ia berlalu. Satu hari nanti bila ada sesiapa yang mahu melamar kamu, maka terimalah ia dengan seadanya dan yang penting agama seseorang itu.

Zura : (menangis dengan kuat dan merayu) Amin tolong lahhh. Saya benar2 insaf. Saya nak berkahhwin dengan kamu. Saya janji akan berubah. Tolonglahhh terima ku.Jangan tinggalkan Zuraa..

Amin : Wahai Zura, belajarlah erti hidup dulu. belajar la sunnah nabi dan amalkan apa yang terkandung dalam Quran.jangan sedih, satu hari akan ada seseorang akan melamar kamu.

Tuan kamarudin dan Tuan Mazlan datang menenangkan Zura.

Tuan Mazlan : Tolong Maafkan pakcik. Pakcik akan berubah. (mengeluarkan air mata)

Amin : Tuan, sejak keluar rumah lagi saya da minta maaf. Saya tak pernah berdendam dengan sesiapa. Saya harap tuan akan belajar sesuatu yang bermakna dalam perbualan kita tadi.

Tuan Kamarudin : Apa mereka buat pada kamu? (Marahnya pada kawan baiknya)

Aku melihat wajah Tuan Mazlan merayu merahsiakan perkara itu.

Amin : Tadi saya tidak sengaja pecahkan 12 biji cawan mereka masa didapur. Kemudian saya tertolak Zura jatuh dalam kolam. (berbohong)

Tuan Kamarudin : Ohhh ingat ke apa.. Hahahaha apa la korang ni. benda kecil nak perbesarkan. (gelak tuan kamarudin)

Tuan Mazlan : Amin, pakcik nak ucapkan terima kasih sebab cari jala untuk kembangkan perniagaan kami dan membantu menyumbangkan pertolongan masa kami dalam kesusahan. Beritahu la apa kamu mahu.

Amin : Xpe la. Saya xnak apa2. Apa yang penting tuan berubah menjadi insan yang terbaik dan bantulah mereka yang memerlukan. Sampai sini saja perbualan kita sebab saya kena balik kerana ada urusan.

Kami menaiki teksi yang sudah lama tunggu dan kami terdengar jeritan Zura.

Zura : Aminnnnnnn (teriaknya dalam nada sedu)

Itulah peristiwa yang berlaku dalam Mencari Jodoh. Banyak yang aku pelajari dan aku sedar yang cinta itu buta dan hanya cinta tidak buta selepas perkahwinan.





-------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, cerita Part 2 sudah tamat..Nantikan Part 3 dalam episod - "Munculnya Wanita Solehah Tapi.."
--------------------------------------------------------------

credit : https://www.facebook.com/perjalananhidupku

No comments: