♥Cinta Fatimah RA & Saidina Ali♥
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa
tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya
peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi
ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni
Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi
Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya
apa-apa, untuk meminang
puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat
merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga
beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu
Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana
merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr
lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun
keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah
sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti
maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah
berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam
karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah,
Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan
kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak
muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal,
Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang
dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah
lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga
miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan
Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha
mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini
perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah
perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah.
Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang
nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan
oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki
yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya,
Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar
Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku
datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan
’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya
di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar
lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala
perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah
sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut
ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar
As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama
Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu
diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu
baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau
bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi
Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a.
dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya:
“Anda datang membawa berita apa?”
Setelah
duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan
persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada
Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan
orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau
adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah
menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting
puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau
mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t.
Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah
menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air
mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda
telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah
mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang
menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku
ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan
dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali,
janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan
seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah
s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah.
Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah
s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab:
“Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan
RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari
mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a.
kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke
pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang
yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat
semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah
s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib
menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak
mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai
Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada
dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata:
“Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah
mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad
di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga.
Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang
menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku
dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama
seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah
nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi
Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri
mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak
anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan
di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan
mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam
perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas
dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu
dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza
wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit
sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang
diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah
segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan
oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul
pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya
menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham.
Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi,
dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata
kepada ‘Ali:
No comments:
Post a Comment