Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Tuesday 29 November 2011

‎~~Ya Allah, sempurnakan ikhlasku...~~




Suatu ketika dulu ada seorang raja dan 3 orang menteri.

Satu hari Raja bertitah bahawa baginda akan ke hutan untuk berburu sendirian. Baginda memerintahkan ketiga-tiga orang menterinya menyediakan satu karung setiap seorang dan setiap karung itu haruslah diisikan dengan bekalan makanan untuknya keluar berburu yang mungkin mengambil masa sebulan lamanya. 

Ketiga-tiga menteri pulang ke rumah masing-masing untuk mengisi karung masing-masing.

Menteri pertama sangat ikhlas lalu bersegera ke dusun buah-buahannya dan mengisi karung dengan buah-buahan yang segar dan manis-manis.

Menteri kedua pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang, beliau berkira-kira apekah bekalan yang mahu dibekalkannya kepada baginda. Dusun buah-buahanya memang besar dan penuh dengan bermacam-macam jenis buah-buahan namun dia terlalu sayangkan buah-buahan yang sedang masak ranum dan berkira-kira untuk menjualnya di kota. Lalu beliau membuat keputusan untuk mengutip buah-buahan yang gugur di jalanan yang sudah agak benyek dan hampir busuk.

Menteri ketiga pulang ke rumah dan terus ke kandang binatang belaannya lalu mengisikan karungnya dengan rumput-rumput kering, kerana pada fikiran beliau, baginda cuma ingin menguji samada menteri-menterinya patuh pada arahan. Asalkan arahan dipatuhi sudah memadai. Mana mungkin seorang Raja ingin membawa bekalan yang disediakan oleh menteri sedangkan baginda memiliki hampir segala-galanya. Atas sebab itu, dia terus mengisikan karungnya dengan rumput-rumput kering.

Keesokkannya, Raja memerintahkan ketiga-tiga menteri itu masuk mengadap dengan membawa karung masing-masing.

Melihatkan ketiga-tiga menteri membawa karung masing-masing, Raja tersenyum.

Tanpa sebab dan alasan Raja memerintahkan ketiga-tiga menterinya dipenjarakan selama 2 bulan, setiap seorang di penjara yang berasingan. Tetapi Raja membenarkan mereka membawa karung bersama-sama.

Setibanya di penjara masing-masing, menteri pertama membuka karungnya dan terbentanglah buah-buahan yang segar dan enak.
"Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, buahan-buahan ini kiranya cukup untuk mengalas perutku sehingga 2 bulan".

Menteri kedua masuk ke dalam penjara dan membuka karungnya lalu berkata "Astaghfirullah. Tiada jalan lain melainkan aku harus memakan buah-buahan yang hampir busuk ini untuk kelansungan hidupku".

Menteri ketiga masuk ke dalam penjara dengan wajah yang amat sedih dan ketakutan.
Dibuka karungnya, lantas mengucapkan "Innalillah...".


Moral :

Ikhlaslah dalam berbuat sesuatu dan jangan hanya melaksanakan sesuatu pekerjaan/arahan hanya jika ia mendatangkan keuntungan kepada kita. Rezeki yang diberi Allah kepada kita bukanlah milik kita sepenuhnya. Ada ketikanya rezeki yang kita perolehi itu Dia turunkan melalui kita, untuk orang lain. Sesungguhnya kita tidak memiliki apa-apa melainkan apa yang telah diberiNya kepada kita.


~dipetik dari ceramah Syeikh Ali Jaber di Bandar Baru Bangi,
Imam masjid di Madinah dan guru tahfiz Masjid Nabawi~

No comments: