Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Saturday 4 February 2012

~AKU BANGGA WALAUPUN CUMA SEORANG GURU BIASA~




Hari ini aku telah menjadi seorang pendidik.Aku tidak pasti apakah aku menjadi seorang pendidik yang berjaya ataupun tidak tapi yang pasti,aku bahagia menyaksikan perubahan2 mereka hari ini..
Tempat aku mengajar sekarang mempunyai 5 orang guru termasuk aku.Mungkin pada pandangan guru2 disini,tanggungjawabku lebih besar kerana aku dipertanggungjawabkan sebagai tenaga pengajar bahagian kitab dan kajian disamping aku juga dikira sebagai ‘warden’ disini..
Tapi bagi aku,ia nya x bermakna apa2 sekiranya kerjaku hanya untuk sebuah ‘gaji’…Harapan dan impian aku sejak aku melangkah menerima amanah dari maahad ini,aku ingin mereka berjaya dalam semua segi.Aku sedar aku tidak mampu membuat mereka kesemuanya berjaya disebabkan pendirian mereka yang berbeza.Cuma yang aku tau,aku akan berusaha selagi aku mampu.
Tidak dinafikan sebagai guru,aku juga pernah terhiris dan terluka dengan perlakuan mereka apatah lagi merasa letih dengan tugas ini.Namun untuk aku putus asa dengan kerjaya ini,tidak sekali 2…Aku tetap meneruskan langkahku dan usahaku..Alhamdulillah,bakal suamiku juga seorang yang memahami dengan kerjayaku.Dia selalu menasihatiku ‘tekankan perasaanmu,biarpun kadang terluka tapi hasilnya akan buat kita bahagia’… Ya!kata2 inilah yang membuat aku menguatkan semangatku.Aku mengabaikan perasaanku.Aku terpaksa mengetepikan keluargaku.Hanya ingin membimbing mereka,,
Pelajarku lebih kurang 100 orang.Sedangkan gurunya cuma 5 orang tp ‘warden’nya cuma aku seorang.Seorang yang menjaga 100 orang??mampukah?laratkah? Sejujurnya,aku mengatakan tidak mampu !...Kalaulah aku ke sini dengan tidak berimpian,pasti aku telah menerima tawaran kerjaku yang lain.,tidak perlu mengorban perasaan untuk anak orang lain..
4 orang guru yang lain adalah sahabatku beberapa tahun yang lalu.Kami sememangnya telah mngenali antara 1 sama lain 7 tahun lepas.Namun,mereka telah pun berputus asa dengan kerja ini. ‘’Mendidik’’ ..
‘Kau boleh la baru bape bulan,ktorang dah setahun dah dok sini’
‘X larat da aku nak jaga dorang ni.Semuanya degil x reti bahasa’
‘Malas lah jga dorang ni.Bukan fmly aku pun’
‘Adik aku pun x degil mcm tu’
‘Kau x payah la srius sgt jga dorang tu,bukan boleh jadi apa 2 pun’
‘Sia 2 je kau jga dorang,kurang ajar melebih 2 nanti’
Bermacam 2 alasan aku dengar dari sahabat2ku bila ditanyakan mengapa mereka mahu berpindah dari situ.Aku Cuma beristighfar panjang dalam hati.Aku sedar manusia2 yang aku didik sekarang,bukan keluargaku sendiri malah siapa pun mereka aku tidak pernah tahu.Tapi,melihat wajah 2 mereka membuat aku merasakan yang tanggungjawabku untuk membina mereka besar sekali,.Barangkali insan yang berada dibawah tanggunganku ini adalah seorang mejahidah,serikandi,dan syahidah,bukankah besar ganjaranku disitu?..MasyaAllah..
Degil? Keras kepala? Nakal? Itu semua sifat fitrah manusia.
Wahai sekalian pembaca.Kita semua adalah pendidik.Andai kita tidak mendidik orang lain,kita adalah pendidik diri sendiri.Adakah diri kita ini sudah terlalu baik sampai tidak perlu dididik.?Kerana kita bersikap begitulah,mereka bersikap begitu.Dalam sesebuah pengajian,guru 2 adalah idola para pelajar.Setiap perilaku gurunya akan menjadi tontonan pelajarnya.Jadi,kita harus membimbing diri kita dahulu.Mereka yang bersikap keras,harus dididik dengan lembut dan berhati 2,bukan malah meninggalkan mereka tanpa arah dan panduan.
‘Ahhh,lantak kamu la nak jadi apa pun’
Sering begitu kita dengar dari sebahagian guru.Tetapi sedar x kita bahawa kata 2 itu salah disisi sesebuah pendidikan.X sepatutnya kita melafazkan kata 2 seperti itu.Cuba lah kita tarik tangannya,bisikkan kata semangat pada dirinya sebelum kamu menegur kesalahannya.Andai dia faham,teruskan tugasmu sebagai pendidik,tegurlah silapnya dan tunjukkanlah apa yang betul pada dirinya.Perhatikan perubahannya dari semasa ke semasa.Pelajar yang bermasalah ini sebenarnya datang dari masalah kita sebagai pendidik.Bukan dari mereka.Merka itu anak suci,kita yang mencorakkannya.
Buat para guru,tekankan perasaanmu,korbankan masamu,tahankan segala gejolak hatimu,tetap tegalah kamu berdiri disisi mereka.Pimpin tangan mereka,bisikkan ke telinga mereka,ambil hati mereka ,lafazkan pada mereka bahawa kamu menyayangi mereka.Bahwa kamu bangga dengan mereka.Biar mereka rasa mereka dihargai dan mereka tidak membebankan.Lalu mereka akan sedar untuk terus membantu kamu.Tumbesaran mereka akan teratur dengan didikan mu lalu meraka akan mengambil pengajaran.Benarkan ??
Umurku tahun ini baru habis belasan tahun.Umurku juga adalah umur yang masih sedang membesar dan penuh emosi tapi kerana aku seorang guru sejak tahun lalu,pengalaman telah mengajarku sedikit sebanyak erti ini.Sewaktu zaman pengajianku,aku adalah pelajar kesayangan guruku.Aku diantara pelajar yang paling keras kepala tapi aku tidak pernah dirotan.Sedangkan sahabat2ku yang lain,salah kecil aja terus dirotan.Sehingga aku belajar ke tahun akhir,aku bertanya kepada seorang guru yang akrab denganku “Ustazah,kenapa sy x pernah dirotan?Malah semakin sy salah,semakin sy dihampiri?sedangkan salah sy itu,bukan salah yg kecil malah ia 1 kesalahan yg besar?”
Guruku terdiam sambil tanganku dielus..Katanya “Jika kamu diluruskan dengan rotan,kamu akan semakin bengkok.Jika kamu diluruskan dengan kekerasan,kamu akan semakin keras.Makanya kamu itu diluruskan dengan lemah lembut,dan akhirnya kami bangga melihatmu sekarang”
Aku terharu dengan kata 2 guruku.Ya !Aku terlalu menyayangi guru 2 ku.Perhatian meraka terhadapku membuat aku tersedar bahawa betapa mereka mengorbankan hati mereka untuk mendidik ku.Tp aku terfikir,bagaimana mereka tahu cara untuk menyedarkanku.Belum sempat aku bertanya,guruku menjawab “Setiap guru yg peka akan memahami segala permasalahan pelajarnya.Guru adalah ibu kepada pelajar” ..Sekali lagi aku terharu dengan perhatian mereka.Dan aku berazam,aku ingin menjadi pendidik yang baik buat pelajarku.Kiranya aku punya anak,aku akan mendidik mereka dengan tanganku sendiri.Pasti hasilnya,aku yg akan saksikan.Samada mereka berjaya atau tidak,itu semua di atas usahaku.Andai usahaku kurang,maka kejayaan mereka masih belum mantap.
Nasihatku untuk semua,kita semua ada peranan sendiri,andai kita seorang ibu dan bapa,jangan letakkan tugas melurus dan membina anakmu kepada guru 100%..Sebelum anak itu melangkah masuk ke alam persekolahan,bentuklah mereka..Setelah dibentuk,barulah hantar mereka ke sekolah untuk memantapkan lagi.Bentuk itu boleh diubah bila terkena sesuatu,kalau cantik pembentuk itu,cantiklah hasil apa yg dibentuknya.Kalau tidak,maka tidaklah..Tapi andai belum dibentuk dirumah,maka bertambah rumitlah pembentukannya sekiranya terus dihantar ke sekolah.Pmbentukannya mudah rapuh.Mudah hancur.Jdi,fikirlah mana yg kita mahu untuk hasil anak suci ini..
Doakan aku menjadi pendidik yg berjaya buat anak bangsa.Aku mengharap yg terbaik dari mereka..Akhlak pelajar adalah dari gurunya.Akhlak anak dari orang tuanya..Maka,mainkanlah peranan kita disetiap arah.Ibubapa dan guru harus serentak barulah terhasilnya generasi yg gempak !!



 
 

No comments: