Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Friday 30 March 2012

Kisah sahabatku Mencari Jodoh ( Part 1)

 

-------------------------------

Ini adalah kisah benar sahabatku

*******************




Tajuk : Cinta ditolak kerana harta
*******************

Satu hari, aku dan rakanku mesyuarat tentang bagaimana mengembangkan perniagaan ke asia seperti singapura, brunei, indonesia dan Siam. Hampir 2 jam kami bermesyuarat dan akhirnya kami menemui langkah yang strategik dan bagaimana ingin menjadikan perniagaan yang berdaya maju di asia..

Selepas tamat meeting, aku berbual kosong dengan rakanku.

Amin : Sukri, ana rasa bahagia la sebab dapat kawan macam korang yang memahami, membantu dan banyak lagi sifat2 yang menyenangkan dalam diri kamu.

Sukri : Isk, ana biasa2 je.. Tapi ana lagi seronok sbb ana ada kawan seperti anta. Anta banyak bantu ana dalam kehidupan harian. Ana bersyukur sgt dan ana xpernah susah menolong anta.

Amin : Ehh, xde la..ana pon sama dengan orang lain dan ada kelemahan juga. Haa, ana lupa bagitau yang ana akan ke KL bulan depan.

Sukri : Ohh program keusahawanan ye.. Ok, nanti ana teman anta ye, dapat juga ilmu..hehehe

Amin : Hahaha, boleh je..Memang anta sesuai ikut ana sebab anta yang terbaik dari pandangan ana..

Sukri : Hmm, ana tanya sikit boleh tak?

Amin : Ehh, bleh je..tanya la..xde rahsia antara kita le..

Sukri : Anta xrasa nak kawen ke sebab ana tengok kawan kita yang lain semua da kawen.

Amin : Hahahaha, bukan xnk kawen tapi belum jumpa yang sesuai dengan diriku dan apa yang ana nampak tentang wanita ialah apa yang mereka mahu dalam kehidupan.

Sukri : Maksud anta??

Amin : Sesetengah wanita sekarang nak rasakan cinta monyet, nak kepit sana-sini la, nak kesempurnaan, nak hensem dan banyak lagi.

Sukri : Ala, cari la wanita solehah. Kan anak ustaz ramai..

Amin : Dalam hidup ni, kita memang kena cari keturunan yang baik. Tapi xsemua sempurna termasuk diriku. Ana xkisah dia ustazah ke, keturunan ustaz ke atau apa2 saja tapi ana nak dia seorang wanita yang memahami, menerima keadaan ana dan menjaga adab serta agama yg penting.

Sukri : Ehh, anta da kaya.. Anta pergi la ketuk pintu umah sesapa dan minta kawen anak dara sesapa je..hehehe ok tak idea ana (gurau)

Amin : Hahahaha..adoi..ana xnk buat camtu tapi ana nak buat lain dari yang lain masa nak p melamar anak dara mereka..

Sukri : Wahh, citerla, apa anta nak buat?

Amin : Ana akan nikahi mana-mana gadis solehah dengan 3 ketul batu dan surah waqi'ah.

Sukri : hahahahahaha..pecah perut ana gelak..Ana rasa, bapak mana2 pon xterima anta.. Silap aribulan anta dapat penyapu.

Amin : hahaha, sebab tu ana kata, ana ni lain.. Siapa yang terima lamaran ana, dia la istri yang ana sayang seumur hidup.

Sukri : batu mana kau nak amik?

Amin : Ini la (sambil menunjukkan seperti gambar)

Sukri : ana rasa, mesti ada sebab anta buat macam ni kan?

Amin : Ya, ana nak tengok, siapa gadis yang sanggup bersusah payah hidup bersama ana..Ana xnk hebohkan siapa diri ana sehingga orang berkahwin ana kerana harta.

Sukri : Batu tu leh bawa tuah ke (gurau)

Amin : Cuba kau tengok (sambil memberi)

Sukri : (membelek-belek) Uihh, batu "ajaib" ni.. biar betul?

Amin : hahaha, xde sapa perasan nanti sebab ana akan ubah2 bentuknya.

Sukri : Ana rasa anta tiru filem musang berjanggut ni.

Amin : hahaha, tau xpe, tapi tgk la, baper lama ana akn berjumpa gadis idaman ana.

Setelah kami berbual, kami bercadang untuk ke rumah anak dara yang solehah. Kami akan bertolak ke kawasan kedah dahulu untuk mencari siapa bertuah menerima lamaran tersebut.

Aku dan Sukri pergi ke kawasan Gurun, Kedah. Ketika dalam perjalanan, kami memerhati seluruh tempat dan melihat aktiviti org sana. Tiba2, aku ternampak gadis yang ayu dan menawan. Aku menyuruh sukri mengikuti gadis tersebut dan siasat latar belakang gadis tu.

Setelah 3 ari siasat, gadis tu bernama Suraya dan berumur 23 tahun. Bekerja sebagai kerani. Seorang yang sopan santun dan sentiasa membantu rakan2nya.

Kemudian, kami pon pergi ke alamat yang disiasat tu ke rumah Suraya. Bila kami sampai ke persimpangan, kami pon rancang plan dengan betul.

-------------------
Di rumah Suraya
-------------------

Kami berdua : Assalamu'alaikum!!

Orang dalam rumah : Wa'alaikumussalam. Siapa tu.

Amin : Saya datang membawa hajat untuk rumah ini.

Bapa Suraya : ohh, masuk2.Ada apa2 pakcik boleh bantu?

Sukri : Macam ni pakcik, kami datang ni nak melamar anak pakcik utk kwan saya ni. Kalau sigadis tu belum berpunya, rakan saya iaitu Amin sedia menikahi anak pakcik.

Bapa Suraya : Ohh, pakcik memang mencari tapi tiada siapa yang berkenan lagi. Boleh pakcik tahu, apa pekerjaan kamu atau cerita sedikit ringkasan tentang kamu?

Amin : Saya dari keluarga sederhana je, dan berkelulusan SPM. Bekerja sendiri seperti jual minyak wangi kecil-kecilan.

Bapa Suraya : Ohh, hmm.. nanti lepas kawen, nak duduk dimana?

Amin : Insya-allah, saya akan cari tempat tinggal yang selesa dimana2 saja asalkan dia bahagia.

Bapa Suraya : Boleh tu boleh..Jap ye, pakcik nak bincang dengan anak pakcik dulu ye.

Selepas beberapa minit berbual dengan Suraya, bapanya setuju dan menyatakan syarat.

Bapa Suraya : haa pakcik setuju tapi Mas kawen dia seperti anak dara lain yang belajar lepasan universiti (senyum bapa suraya)

Amin : (mengeluarkan sesuatu dari poket) pakcik, saya nak kawen Suraya dengan 3 ketul batu dan surah waqi'ah.

Bapa Suraya : (marah) Apa!!! kau ingat, aku nak bagi kawen dengan kau yang miskin ni. Kalau xde duit, jgn berangan kawen dengan anak aku yang digilai sesiapa saja. Aku nak cari laki yang beharta, jutawan dan hidup senang untuk anak aku. kalau setakat batu ni, aku rasa kambing pon xmau kawen dengan kau. Dengan diri kau yang macam ni, dan xde harta, aku tak terima.

Sukri : Pakcik, kalau nak maki tu biarla beradab sikit. Kami datang ade sebab dan batu ni bukan sebarang batu.

Amin hanya senyum

Bapa Suraya : (ambil batu dan belek kemudian balin keluar sambil berkata) Batu camni, kau nak kawen anak orang??? Kalau da tau miskin, pegi la cari keja. Anak aku ni nak makan apa nanti?? Batu? Ko ingat ni zaman batu ke..Sudah2 keluar2 (sambil tunjuk pintu)

Sebelum kami keluar, Suraya datang dan berkata..

Suraya : Encik Amin, minta maaf la terasa tapi mmg betul saya xle kawen dgn encik sbb keadan encik menyusahkan dan tiada harta. Saya harap encik dapat kerja dan dapat isteri yang terbaik..

Amin : (senyum sambil berkata) Terima Kasih dan biar saya bagitau sesuatu untuk pengajaran pada awak. Apa yang awak nampak dalam dunia ni semua illusi dan dalam hati awak tidak memahami apa itu hidup. Carila makna hidup dan semoga awak bertemu jawapannya. (mengambil batu sambil tunjuk) batu yang bapa awak dan awak nampak lebih mahal dari sikap dan perangai awak. Terima kasih sebab layan kerenah kami dan kami minta maaf jika tersinggung. Semoga anda bahagia selalu.

Selepas beberapa hari, kami pon berbincang..

Sukri : hahaha, kan ana da kata memang xde orang terima punya. tapi ana yakin, nanti pasti akan terbongkar cerita batu ni.

Amin : Ya, betul tu dan ana cadang akan merantau untuk mencari gadis yang menerima ana dengan batu ni bersama surah waqi'ah.

Sukri : Lepas ni kita akan cari gadis idaman dmana?

Amin : Nanti ana SMS lain bila ana free.

-------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, cerita Part 1 sudah tamat..Nantikan Part 2 dalam episod - "Kau Tak Sempurna"
--------------------------------------------------------------

No comments: