Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Wednesday 18 April 2012

"Aku lah yg tersadung itu"

Disana ada cahaya !!
  
Setiap orang punya kisah silamnya sendiri untuk dijadikan sesuatu yg berharga dalam hidupnya... Kisah silam seseorang tidak pernah mencacatkan kehormatan seseorang itu bila kisah silamnya menjadi pengajaran buat diri dan orang lain.. Tapi kisah silam yang mengaibkan adalah kisahnya yg membawa terus pada kehanyutan yg panjang....
Betapa sesebuah kisah itu terlalu banyak pengalaman dan kenangannya ... Betapa sesebuah itu terlalu banyak pengajarannya ... Betapa dari sesebuah kisah itu lah kita belajar sesuatu yg tidak kita temui di mana2 sekolah ... 


Aku , kamu dan mereka adalah watak yg mempunyai kisah itu ... Tapi kisah aku,kamu dan mereka barangkali berbeza ... Telalu berbeza .... Barangkali juga perasaan dan pengajaran itu berbeza ...


Seperti di sesebuah pengajian terdapat pelajar yg agak lambat utk peka dalam beberapa pelajarannya ... Mungkin ada juga yg terlalu peka sehingga dia maju berbanding yg lain ..Mungkin juga dia terlalu cepat putus asa... Begitulah kisah sesebuah kehidupan ini .. Mungkin ada yg terlalu cepat belajar dari kisah mereka ... Mungkin ada yg lambat peka apa yg terjadi dalam hidupnya .. Mungkin ada yg biarkan ia berlalu bagaikan ianya tiada erti ...


Dan aku .... tetap manusia biasa seperti kamu dan mereka ...




Aku tersesat seketika ...

 

Bukan aku tidak pernah ada kisah sendiri ... bahkan ianya terlalu perit utk dikenang..bukan aku tidak pernah terjatuh dari tangga ujian ... Namun paras jatuh itu terlalu rendah barangkali sehingga aku bisa bangun dengan mudah dari jatuh itu .... Dgn sedikit luka,aku rawat ia sehingga benar 2 sembuh sendiri ... X beberapa lama,aku boleh kembali memanjat dan berlari dan melakukan semua aktiviti sperti biasa ...

Jika aku terjatuh lagi,aku masih sempat berpaut pada palang tangga itu ... Biarpun sakit menahan pautan itu,sekurang2nya aku tidak jatuh dihempap tangga tersebut.. Bila telah tenang,,aku meneruskan kembali pendakianku setinggi2nya dgn rasa suka hati ... Masakan hati tidak suka... Ketika org lain masih di separuh tangga,aku sudah berada di 3/4 tangga tersebut ..Aku bebas melihat pemandangan di bawah.... Aku bebas melihat panorama diatas...Aku bebas melihat kegagalan dan percubaan kawan2 ku dibawah .. Aku bebas utk berdiri di atas tangga,utk duduk diatas tangga,utk berbaring malah utk tertidur lena disitu ... Krana hatiku tenang,terlalu suka ... Ternyata aku lebih kebal dari sahabat2ku yg lain ... Malah para penyokongku di bawah sentiasa memberi sokongan padu tanpa jemu .. Mereka nampaknya seperti berbangga dgn prestasiku .... Tiada halangan berat bg ku .. Jika terjatuh sekalipun,aku masih ada baki tingkatan tangga lebih dari kawan2 ....
Sehingga sampai ke tangga teratas .. Puncak bahagia dan kemenanganku .... Nampaknya aku lah juara tika itu .. Semua disisiku terlalu bangga dgn pencapaian itu .... Lalu aku menoleh ke bawah , aku melihat mereka masih jauh dari sisiku ... Aku melihat mereka seolah 2 payah utk mendaki ... Aku menunggu mereka tapi.... oleh kerana letih,aku meneruskan langkahku .... 



Disitu,aku lupa utk melihat bahawa tangga terakhir itu lebih tinggi dari sebelumnya ,lantas kakiku tersadung d tepinya dan tanpa sempat berpaut,aku langsung jatuh tergelincir dari tingkatan teratas itu... Kejatuhanku tidak sempat disambut oleh teman2 yg masih di pendakian ...


Kejatuhanku melewati tempat pautan mereka .... Para penyokongku sebelum ini bertempiaran ke tepi bimbang kejatuhan ini mengena atas mereka...Maka terjatuh lah aku di laman yg keras menghentak tubuhku sehingga kurasakan hampir lumpuh semuanya ... Mataku berpinar,badanku nyata nyaris berkecai..Kakiku lumpuh ,,tanganku kaku,,lidahku kelu..hatiku beku fikiranku celaru .....Hilang sudah senyuman di tingkatan atas td .. Hilang sudah sorakan tanda kemenangan td..Hilang sudah angan2 tntg fantasi kejayaan td.. Cuma yg ada hanyalah realiti sekujur tubuh yg terhempas keras didataran tanpa sesiapa disisi menemani ... Malah cuma ada beberapa yg berusaha utk membantu membangunkan aku meskipun aku terlalu berat utk bangun ... Hanya airmata yg mengalir tanpa henti ... Seolah2 airmata itu dapat menyembuhkan banyak luka itu ditubuhku ....


Aku masih mengeraskan diri disitu,bukan tidak berusaha utk bangun tapi kaki ini tidak dapat bergerak ... Tangan 2 yg cuba memautku juga terasa terlalu kecil utk mengangkat dan mengusungku dari situ .. Aku melihat sekilas kawan2ku di tepian tangga yg terberhenti seketika kerana terkejut dgn kesakitan yg kualami .. Masing2 melelapkan mata beberapa kali kerana tidak menyangka begitu kuat sekali aku terhempas...


Hujan juga telah turun renyai2 ... Tidak ada lagi para penonton yg td nya terlalu ramai memenuhi ruang laman itu utk menyaksikan kemenanganku ... Cuma yg ada hanya beberapa kerat yg masih berusaha utk meluruskan kaki ku yg bengkok terlipat .... Itupun semakin surut bilangannya ... 


Dan akhirnya,barulah datang seorang insan yg bersedia utk menumpangkan belakangnya supaya aku dapat berpaut di bahunya lalu diletakkan aku diatas sebuah span yg empuk ... Meskipun span itu terlalu empuk namun kerana kesakitan yg amat dahsyat kurasakan,ia tetap menjadi tempat yg paling keras bg ku ... Insan itulah yg meletakkan tangannya utk mengangkat daguku supaya menoleh ke dalam matanya ... Insan itulah yg meletakkan kakikanya dibawah kakiku supaya kakiku dapat lurus .. Insan itulah yg meletakkan bibirnya diubun2ku meniupkan semangat sehingga menusuk ke hati yg paling dalam ... Insan itu lah yg meletakkan jarinya menolak bibirku utk mengukir segaris senyuman .... Betapa mulia insan itu .... Dia mencari penawar tatkala org lain buntu terhadap kemalangan ini .... Betapa mulia insan itu,dia menadah tangan memohon kesembuhanku tatkala org lain sedang nyenyak tidur .. Betapa mulia insan itu,dia memapahku tatkala org lain sedang berlari meninggalkan aku dibelakang ... Sememangnya hati insan itu terlalu mulia ... Dia memberi aku tongkat utk aku berlatih berjalan sendiri... Dia memberi aku ruang supaya perjalananku dapat melangkah lebih pantas ... Dia membebaskan aku supaya aku lebih cerah pd pandangan keseluruhan ... Dan akhirnya ,dia memimpinku utk aku daki semula tangga itu .... Aku tidak boleh mengalah begitu sahaja kerana pertandingan itu tidak sempurna tanpa aku ... Pertandingan itu tidak sempurna tanpa sesiapa pun ... Mulanya agak payah utk aku mendaki kerana sukarnya aku melurus bengkokan kaki ini tapi insan itu menolak kakiku supaya dapat mencecah tingkatan tangga itu sehingga aku melepasi tingkatan pertama ... Jika aku mengalami kesukaran utk mendaki,dia ada utk mendaki sekali denganku agar tidak terlepas kakiku dari cecahan itu .. Dan terus,terus dan seterusnya sehingga aku terbiasa utk meneruskan pendakian ini biarpun kesakitan itu masih perit terasa ...


Begitulah simboliknya kehidupan dan kisah laluku yg penuh kesukaran ku alami ... Aku seorang pelajar,seorang wanita,seorang anak,rakan yg diberi kelebihan yg lain dari yg lain .... Aku cepat peka pd sesuatu keadaan... Aku tabah pd semua ujian .... Aku kuat dalam semua rintangan ... Aku berjaya dalam semua pencapaian .... dan Aku bersyukur dalam semua keputusan.. Tapi,ia bukan bermakna tidak ada insan lain yg lebih berjaya dariku cuma aku mengatakan keadaan waktu itu,.. Suasana zaman itu,cuma akulah permata yg digilap .... Rupanya ,aku melakukan 1 kesilapan dalam 1000 kejayaan ... Aku tidak pernah belajar nilai sebuah kegagalan .. Aku tidak pernah belajar erti susah payah .. Aku tidak pernah belajar erti mujahadah .. Aku tidak pernah belajar erti sebuah usaha .... Malah aku jarang menilai erti sebuah kesyukuran ....


Aku tidak pernah merasakan "aku gagal" dalam sesebuah perjuangan ... Sehingga aku mengikat tali pertunangan dgn seorang lelaki kenalan seorng kakak disini ... Hati yg keras penuh keegoan akhirnya luntur .. Hati yg kental penuh ketabahan akhirnya tunduk menyerah ... Tanpa disedari,aku terperangkap dalam 1 perasaan yg dulunya cuba ku elak ... Tanpa disedari aku memberi respon terhadap fitrah yg selama ini ku jaga rapi .... Dan tanpa disedari aku telah melanggar perinsip hidupku mencintai sebelum menikah !!!
Alangkan persahabatn penuh ranjaunya,apatah lagi ehwal pertunangan ... Sememangnya telah aku akui bahawa risiko pertunangan jarak jauh ini amat berbahaya ... Sepatutnya aku tidak perlu menghubunginya sehingga aku harus kecundang pd prasaan ini! Seharusnya aku tidak perlu mengambil tahu halnya supaya aku tidak setewas ini ...
Tapi takdir menginginkan aku begitu supaya aku belajar sesuatu yg belum pernah aku pelajari .. supaya aku belajar erti kecewa sebelum bahagia ... supaya aku belajar erti berduka sebelum gembira ...


Cuma,,selepas beberapa waktu perpisahan dan kekecewaan,rindu itu bertandang ... Rindu akan diri ku dahulu yg bebas tanpa hati yg terikat ... Rindu pd hidupku yg penuh tawa ceria ... Rindu pd "khayalan" bahawa aku lah heroin sesebuah drama ....


Melalui ujian itulah,aku mengenl diri ... Melalui ujian itu lah aku kenal "hadir"nya Illahi yg x pernah ku "nampak" sebelum ini .. Melalui ujian ini lah aku melihat "persahabatan" yg akrab antara Pencipta dan pencinta ... Malah,melalui ujian ini lah ,aku belajar berhati2 dalam menjaga hati ....


Susah menafsirkan keadaanku sekarang kerana aku masih terasa keperitan itu ... Cuma aku berharap,senyuman ku dulu,dapat aku ukirkan tatkala aku terjatuh semula .. Bukan kerana asakan hati yg terlalu gembira sehingga lupa yg Esa ... Aku berharap,senyumanku dulu,dapat kuukirkan tatkala aku merawat luka yg masih belum sembuh itu supaya aku lebih menghargai erti "bersyukur terhadap ujian" ... kerana ia sesuatu yg luar biasa dan jarang org yg mampu bersyukur atas ujian ... Kebiasaannya cuma bersabar ...


'Asallahuan yahdiina subulana ..... Aaminn ....



~Puteri Alya~

No comments: