Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Sunday, 15 April 2012

BERPURDAH? PERBETULKAN NIATMU..


✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Untukmu Wahai Mutiara Kehormatan Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿

"Sesungguhnya amalan itu bermula dengan niat" ..

“Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh,
mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.”

“Pakai niqob nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”


Siapakah yang penyebab dialog diatas,

pemakainya atau yang melihatnya?

DramaKing dan DramaQueen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqob...

Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya...
Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya...

-Sudut pandang sisi seorang LELAKI-

Sedih rasanya bila maqosid/tujuan dan tuntutan asal berniqob disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqob...

Sebagai seorang lelaki muslim,
perasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini...

Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah,
terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat yang berpurdah...

Perwatakan mereka yang bertudung labuh,
berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan si lelaki ingin tahu dan ingin mendekati sigadis tersebut...

Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari...

Mereka...
Yang bertudung labuh dan juga berniqob sekalipun,
tunjukkanlah contoh yang baik...

Berakhlaklah seperti mana pemakaian...
Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman...

 

-Sudut pandang sisi seorang WANITA-

Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. ..

Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini,
kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat…

Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar...
Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. ..

Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah,
kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?

Jangan jadikan niqab ini fesyen...
Tidak...Jangan begitu...
Kalau pakai niqob kerana itu,
maka niqob sudah menjadi fesyen,
bukan lagi kerana mendapat redha Allah,
bukan lagi kerana ingin menutup fitnah...

Niqob nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau trend orang dakwah...

Kenapa pakai?
Sebab kalau nak jadi ustazah,
kena pakai niqab baru nampak macam ustazah...

Jangan....!!
Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik...

Ana agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob,
memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob...

Tak pakai niqob juga,
bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah...

Sejak bila pulak,
niqob menjadi lesen untuk semua itu?

 
Bagi yang memakai niqob,
teruskan dan perbaiki peribadi...
berniqob akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain...

Ada yang ingin menghina,
maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu...

Ada yang ingin mencontohi,
maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu..

Ada yang ingin menghargai, mempercayai,
maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka...

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah,
mendapat redha dan mardhatillah....

Jaga diri, jaga akhlak,
jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah...


Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’,
dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh...

Lebih buruk lagi,
kejatuhannya memburukkan pula Islam...

Terakhir untuk gadis muslimah..

Maka,
pakailah dengan kefahaman yang jelas...

Ana ingatkan sekali lagi, niqab ini dengan kefahaman...

Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikutan kakak atau ustazah,
bukan sebab trend, bukan sebab fesyen...

Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut...

Namun sebaliknya sekarang,
perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend...

 
~Aku jg seOrang Niqabis~
(u_u) sdikit sbyk aku jg terasa...Allah..Allah...Allah..

~Puteri Alya~

No comments: