Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Friday 25 May 2012

Duhai angin ...


Ya Allah..kepada siapakah dapat ku khabarkan apa yang tersirat dihati ku jika bukan kepada Mu..Semua ini sangat menyesakkan dadaku..Allah..izinkan daku berkongsi kesesakan di hati ku ini dengan kurniaan2 Mu..Agar ianya berlalu seperti sungai yang mengalir...

Duhai angin..dengarkan segala kesakitan yang daku alami ini..
Apakah dikau mengetahui duhai angin..hati ku ini hanya ingin mencintai Pencipta-Mu,kekasih Pencipta-Mu jua kedua ibu apa yang telah melahirkan ku..Tapi ternyata..hati ini telah diketuk..hati ini telah di curi..Tahukah kamu duhai angin,hati ini terseksa ..Sedaya upaya daku ingin memeliharanya..telah ku pagarinya dengan duri agar tiada sesiapa bisa menyentuh hati kecil yang amat ku sayangi ini..apakan dayaku angin..daku seorang insan yang dikurniakan pencipta mu perasaan yang  ingin di cintai dan mencintai..itulah lumrah insan sepertiku ini..Lemahnya hati ini duhai angin..

Apakah kau ingin mengetahui satu perkara?? Istikharah dalam tahajud cinta bersamaNya telah memberikan ku jawapan.. Sangat bersyukur daku atas petunjuk yang diberikan..Terima kasih Ya Allah!! Tetapi ingin daku khabarkan kepadamu angin.. Daku tidak akan sesekali berhenti memohon petunjuk dalam mencari cinta yang di anugerahkan-Nya kepadaku..Kerna bagiku ianya sungguh bermakna dan akan membawa 1001 kebahagiaan andai daku menyerahkan segala hidup mati ku dan jodoh pertemuanku kepada-Nya..Alhamdulillah,syukur kepada mu Ya Allah!!

Angin..daku mempunyai satu hajat..Apakah kamu tidak keberatan andai daku memohon pertolongan dari mu?
Duhai Angin..tolong daku..sampaikan segala pesanan ini kepadaya..Kerna demi mendambakan redho dan rahmat-Nya dalam pertalian ini,daku tidak langsung memberikan ruang untuk diri ku dan dirinya  berhubung..Hanya melalui dikau sahaja diri nya akan mengetahui apa yang daku ingin sampaikan ini.. Angin..Khabarkan kepadanya bahawa daku mempunyai banyak kekurangan..Tidak terhitung..dek kerana kekurangan itu daku sering melakukan kesilapan..Tidak terlepas dari melakukan sesuatu yang mengecewakan hatinya..Sampaikan salam kemaafan daku kepadanya..Daku memandang segala kesilapan ku itu sebagai sempadan untuk daku mengubah dan mengingatkan diri ku agar tidak mengulanginya kelak..Duhai Angin..terkadang rasa teramat kecewa akan diriku  yang sering megecewakannya..mampukah daku menjadi suri terbaik di hatinyanya kelak? Mampukah daku? Apa yang dapat dilakukan kini hanyalah dengan membaiki segala kesilapan-kesilapan yang dilakukan dan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya..Angin..Jangan lupa doakan daku..ye? moga dia sedia menerima segala kecacatan,kekurangan dan kelemahan diri ku ini..

Angin..khabarkan jua kepadanya..cinta Allah itu lebih bermakna dari segalanya..Daku ingin mencintai insan yang melabuhkan sepenuh cintanya kepada Allah..Khabarkan kepadanya,andai hilang cintanya kepada Allah dan Rasul,maka hilang jualah cintaku padanya..Daku hanya ingin mencintai insan yang benar-benar boleh membawa dan membimbingku jalan ke syurga yang hakiki..Angin..Katakan padanya..daku mencintainya kerana agama,ilmu dan cinta ilahi yang ada padanya..Bukan kerna nafsu..Andai cintaku ini kerna nafsu semata-mata..Maka teramatlah hina daku di atas muka bumi yang diciptakan oleh tuhan mu ini duhai angin..Teramatlah hina andai daku menyerahkan cinta ku ini kerna nafsu yang sering menyesatkan itu..Angin..Tiupkan kata-kata semangat dan nasihat kepadaku andai daku terpesong dari jalan menuju Redho Sang Khaliq mu ini..Daku memerlukan imam yang boleh berjalan bersama-sama untuk masuk ke syurga kelak..itu harapan ku..itu impian ku..Sampaikan padanya duhai angin..dan akhir pesanan ku kepadanya..capai apa yang penting dari apa yang terpenting dan dapatkan apa yang perlu dari apa yang paling diperlukan..Penuhkan ilmu di dada untuk melahirkan serikandi2  yang menegakkan syiar islam kelak..Nyalakan api semangat jihad mu untuk islam duhai pemuda yang daku cintai..walau siapa pun “dia”,daku tetap setia menanti..walau apa sahaja kekurangan dan kelemahan “dia”,daku tetapkan menerima..dan daku serahkan “dia” sepenuhnya di bawah jagaan Allah S.W.T..kerna Dialah sebaik-baik penjaga..

Duhai angin..terima kasih atas segalanya..

Daku sangat menghargai jasa baik mu ini..moga Allah merahmati mu “kawanku”..

Akhirnya..duka di hati ku ini berlalu bersama pemergianmu ,yang membawa pesanan “daku” kepada si “dia”..ku kan pasti merinduimu “kawanku”,angin......

No comments: