Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Monday 6 August 2012

Bidadari Milik Siapa .... ??( PART 6)





"Haura' !!.. Jap lagi kau kena handle beberapa usrah dan jemaah kawasan ni .. Jgn lupa .. !,"Qaleesya menjerit dari tingkat atas apabila dia melihat aku baru sahaja keluar dari banglo dua tingkat itu.. Aku sekadar menoleh kearahnya lantas menganggukkan kepala .. Sudah sebulan Qaleesya berada disini .. Setelah aku mendapat keluLusan utk membenarkan dia mengajar disini,petang itu,dia telah pun sampai .. katanya terlalu merinduiku .. aku sekadar tersengih mendengar celotehnya..

Aku terus berjalan ...

Menyelesaikan hal yg tertangguh dirumah sahabatku,Kak Azlin.

----------------------------------------------

".......................Allah tidak pernah melarang orang Islam dan orang kafir bergaul ... Allah juga tidak pernah melarang orang Islam dan orang kafir berbual tapi Allah menyuruh kita berdakwah,menyampaikan,memahamkan mereka bahawa agama kita adalah satu2nya agama yg diterima akhir nanti .. Sesuai dgn firmanNya :

"Innaddina 'indAllahil Islam" - Sesungguhnya hanya Islam agama disisi Allah ... satu lagi yg berbunyi 

"Lakum dinukum waliya din" - bagimu agamamu dan bagiku agamaku ...
Jadi,tugas kita sebenarnya terlalu besar diatas muka bumi ini ... Amanah yg diberikan terlalu berat .. Bayangkan jika kenalan kita adalah non muslim,kita akan ditanya 'apa yg telah kamu lakukan pada si fulan dan si fylan .. sudah kamu menunaikan kewajipanmu membawa agamamu padanya? lalu apa yg kita mahu jawab nanti ...?
Kalau kita berkawan dgn penjual minyak wangi ,kita akan tempias baunya sekalipun kita tidak menggunakan minyak wangi tersebut tapi kalau kita berkawan dgn org yg membaiki elektrik,kita akan terkena bahangnya dan apinya walaupun kita tidak melakukan hal itu bersama mereka .... dan kita mahu termasuk dari kalangan yg mana ...? Itu semua bergantung pada pilihan kita .... tapi ingatlah Allah telah pun berfirman ..:
"seorang lelaki muslim itu lebih baik lelaki kafir sekalipun kamu mengaguminya .."
Mari kita bermuhasabah bersama .. Saya,kamu semua dan mereka di luar sana perlu ada kesedaran bahawa Islam itu adalah agama yg patut kita menangkan .. bawa Islam pada mereka bukan kita malah merosakkan nama Islam itu sendiri .. Dgn aurat yg trdedah,dgn pergaulan yg bebas mesra,dgn adab antra hamba dan tuhannya yg entah kemana seolah 2 kita sama dgn mereka .. jadi siapa sebenarnya yg salah jika Islam tidak tersebar ...??Hari ini,saya bertanya bukan memerlukan jawapan tapi saya bertanya utk mendatangkan kesedaran pd saya,kalian dan mereka semua ....
Yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu adalah kelemahan saya sendiri dan mohon doa supaya saya berjaya mengharumkan nama agama saya sendiri ..."Aku mengakhiri penyampaianku hari itu ... Betapa gugupnya aku waktu itu ...pasti lah semua melihat kearahku ... biarpun dalam keadaan aku berjilbab,aku pasti suara ku begitu lantang memecah keheningan desa itu ,.. 'biarlah org nak cakap apa pun.. aku bukannya buat konsert pn' getusku ...

Aku terus melangkah laju menuju ke bilik ahli panel hari itu ....aku malu melihat mata 2 yg memandang ... Sedang aku laju berjalan,ada tangan menahanku ...

"Assalamualaikum,dik ... lajunya .. nak kemana?," soal wanita dihadapanku yg mungkin umurnya dalam lingkungan 20 an ..

"Waalaikumussalam,kak .. Ops,erm,saya nak ke tandas... hehe ..dari tadi menahan.. Ada apa ya kak ...?."tanyaku sopan biarpun aku tidak mengenali siapa kah 'kakak' dihadapanku ...

"Ohh kasihannya .. xde apa ... you ni nampak muda,umur berapa ni ? I kawan Qaleesya,Maria ..,"kata kakak tersebut sambil menghulurkan tangannya lalu aku sambut tangannya..ku tunduk hormat ..Mencium tangannya

"Ohh ya,,kakak yg kata nak datang tu ya ... X cam pun ... saya 19 kak ... akk ..? mcm mna boleh sampai sini ?naik apa?."tanyaku berbasa basi.. Hakikat sebenarnya kau mahu lari dari mereka semua.. Aku pasti selepas kakak ini,pasti ada yg lain mahu berbual dgnku sedangkan kau tidak bersedia utk berbual tika itu ,,...

"Nampaknya you x kenal I lagi ...," katanya lagi ...Aku terpinga 2 memikirkan siapakh dia yg cuba berteka teki dgnku kini ...I you, I you ni .... X lama selepas itu aku lihat Qaleesya berlari 2 anak menuju ke arah kami ... tercungap 2 dia,barangkali kelelahan mencari kami..

"Assalamualaikum kak ... haaa korang dah kenal dah ,.... Puteri,ni lah kakak yg dalam fb yg nak belajar berpurdah dari kau tu ,"Qaleesya menyalami tangannya .. .... Kata 2 Qaleesya mengingatkan aku terus akan kenalan 2 yg mahu berpurdah dan antaranya memang ada yg bernama Maria ... Ya,Mari Anastas ... Seorang wanita kacuk French dan Malaysia ...

"Ohhh ya !! Kak Maria !Ya Allah,hampir terlupa saya,kak. .. Maaf,,saya kita x pernah jumpa kan,gambar dari fb tu pun,saya x perasan ...Hmm,kenapa la x jelas 2 ... Ok 2,sila 2 masuk dalam jom ,"ajakku lantas memimpin Kak Maria menuju ke dalam dewan yg menempatkan masturat sahaja .... Kami berborak sakan disana .. Memandangkan masa agak terlalu suntuk,perbualan kami memang khusus utk soal jilbab .. Dia menceritakan masalahnya dan halangannya utk berpurdah .. Bagaimana disana mereka dilarang utk berjilbab .... Sukarnya mereka mendapat pekerjaan disana ... Kak Maria juga menjelaskan situasi keluarganya yg masih tidak faham agama termasuk kedua ibu bapanya ... Bakal suaminya juga begitu akan tetapi bakal suami Kak Maria mengizinkan dia mendalami ilmu agama,.. Kebetulan dia menziarahi ibunya di KL,maka Kak Maria singgah bertemuku disini ... Aku sangat gembira .. Aku tidak sangka aku mampu membuatkan insan lain teringin berubah menjadi yg lebih .. Hidayah itu milik Allah,,cuma usahaku yg kecil ini telah dipandang oleh ehsan Allah.. Aku bersyukur sekali ...

"Wah ! Akak serius ke nak berpurdah ni ..? Bila akak cerita ni macam susah sangat je nak berpurdah kat sana ..?,"Qaleesya mula bertanya setelah keadaan dan situasinya telah jelas pada kami .. Aku mendiamkan diri utk mendengar jwapannya ..

"Kalau tanya keseriusan I,ya ! I mmg srius ... tapi Puteri,I nak bertanya bagaimana suatu hari nanti keadaan menduga dan I mendapat tentang yg hebat dalam soal ni ..?,"pandangan Kak Maria tepat ke mataku.. Qaleesya pula sedang mengkocakkan airnya menggunakan straw.. Aku menelan liur ... Keputusan dan jawapan yg ku beri ini bersangkutan dgn hukum Islam dan agama yg akan dibawa ke dalam kehidupan Kak Maria ... Aku merasakan tanggungjawabku semakin bertambah bila aku lihat Kak Maria melakukan hal ini kerana ingin seperti aku .. Aku yg hina lagi menjijikkan ini mampu menarik org terhormat dari French utk berubah ..? 'Bismillah ......'aku gugup ..

"Kak,,hukum tentang purdah ini terlalu banyak perselisihan .. Perselisihan ini bukan kerana mereka tidak bersetuju dgn purdah atau bukan kerana haram apa 2 tapi kerana zaman berubah,maka terkadang hukum yg asal itu tidak dapat digunakan ..... Sedangkan purdah dan niqab ini sebenarnya adalah perintah Allah dan rasul dimana Allah berfirman utk tidak menampakkan apa 2 yg boleh keterlihatan oleh mata ajnabi .. Purdah asalnya pakaian rasmi org arab dahulu ... memang menjadi kebiasaan mereka utk berpurdah dan sebagainya tp selepas Islam turun, maka Allah telah memerintah Nabi utk menyampaikan bahawa wanita itu adalah aurat ... Dari situlah purdah itu wajib .. dalam Al Quran juga Allah ada menyebut dgn maksudnya :
Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri2mu dan anak 2 perempuanmu serta wanita 2 beriman agar melabuhkan jilbab 2 mereka diatas tubuh 2 mereka ...
Dan Allah menyambung lagi ... : yg demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali dan tidak akan diganggu ....."aku menarik nafas perlahan ... Aku lihat riak wajahnya begitu tekun mendengar .. Aku kagum dgn semangatnya ... Walaupun ditentang,dia tetap bertegas ....

"Bermakna purdah itu wajib ....,?,"aku tersenyum mendengar persoalannya ...Aku tahu ramai yg tidak menerima hukum ini dan mereka lebih banyak menggunakan pendapat yg lemah bahawa purdah itu tidak wajib walhal hakikatnya adalah WAJIB ....

"Ya,utk mereka yg menyedari akan perhiasan mereka .... Sedangkan Allah memberi kelonggaran kepada mereka dalam soal jilbab sekiranya mereka dari kalangan org 2 tua yg tidak ada maksud utk menampakkan perhiasan mereka atau yg tidak  menaikkan nafsu lelaki .. Maka,kalangan ini dibenarkan utk tidak berjilbab ....Sedangkan anak 2 gadis yg masih jelas kecantikan dan keindahan mreka sehingga menaikkan rasa dari kalangan adam ,mereka ini wajib berpurdah demi mengelakkan fitnah pada agama ...,"aku puas dgn penjelasanku .. Aku ingin Kak Maria tahu bahawa Islam itu indah,tidak memberatkan .... Tapi bagaimana ?sedangkan ummat Islam sendiri yg menunjukkan 'kesusahan' dalam agama itu .... Mereka tidak menutup aurat,mereka tidak bertudung  ,malah baju juga tidak menepati dgn syariat ... Dan bila mata memandang,yg lain akan berfikir bahawa Islam itu begitu susah dan sempit dan mereka itu perlukan kebebasan sehingga berkelakuan dan berpenampilan begitu .... Dan secara x langsung,mereka telah membuat fitnah dalam agama !!

"Puteri,apa kata kalau kakak ni slow 2 dulu .. Keadaan disana memerlukan ...........

"Eh no ! .... I yg nak .... Tak pe,,I suka penjelasan Puteri ...Ada benarnya ... dan I perlu kuat juga .. sampai bila I macam ni ... You all doakan I ya,,maklum lah,dalam syarikat papa pun,I org kuat jadi semua tu perlu utk menaikkan nama syarikat ...Cuma,I xnk kelakuan I sampai memberi fitnah pada agama seperti yg Puteri cakap tadi ..,"perlahan saja tuturnya ...Aku memegang tangannya perlahan ..Aku usap sedikit seolah menyalurkan kekuatan padanya .. Aku juga tidak kuat jika aku ditempatnya tapi mungkit aku akan jadi kuat bila ia adalah suatu keinginan dari diri aku .. Dan bila aku ingin kan sesuatu,aku akan dapatkan ...!

"Kakak,pasti akak pernah dengar sebuah cerita tentang Bilal bin Rabah ...?,"tanyaku ... Dia langsung mengangguk .. Kisah itu agak terkenal walaupun mereka tidak mendalami ilmu agama ...

"Akak bayangkan pengorbanan yg dilakukan hanya utk mempertahankan satu kalimah yg mana kalimah itu boleh didustakan,kak...,"kataku sebak ... Aku sebak mengingati kisah 2 mereka ... Apalah yg telah aku lakukan pada agama berbanding mereka para sahabat ... Aku cuba bertenang ....

Aku menyambung lagi.. "0k lah...mngkin boleh sebab beliau lelaki..tapi lihat pula wanita Hadrat Masyitah,Asiah,atau Zinnirah .... pengorbanan bagaimana yg mereka lakukan sehingga balasan apa yg diberikan dalam hidup mereka ?? mereka berkorban sehingga nyawa diragut dari jasad... Zinnirah sehingga beliau buta namun kerana ketabahan ,Allah akhirnya mengembalikan semula penglihatannya .... Merka ini mempertahankan sesuatu yg besar,kak .. Islam ... mereka pertahan kan agama mereka.... terlalu besar dan berat ... mereka berhadapan dgn masyarakat ...... Tapi kakak sudah pun Islam Alhamdulillah.... cuma ingin mempertahankan purdah,bukan ...?sesuatu hal yg lebih ringan dari mereka ..... Lagi pula akak hanya berdepan dgn ibu dan ayah akak....pedulikan masyarakat sekeliling,,fikirkan cara mengahdapi org tua dahulu,bila mereka redha,tidak ada msalah dgn masyarakat sekeliling kak ... percayalah ....,"aku melepaskan pegangan tanganku namun digenggam erat oleh Kak Maria ... Dia tersenyum kepadaku ... Aku jadi malu ...Wajahku sedikit ku tundukkan ...Purdah yg tergantung didagu membuatkan aku sukar melihat kebawah lalu ku alihkan sedkit keadaannya ...Lega ..

"Haura' ... kelebihan apa yg Allah kurniakan kepada you sehingga petahnya bicara you ..? bukan kepetahan yg tidak difahami malah ia nya terlalu jelas sehingga tiada apa yg ingin I soalkan lagi ....Sedangkan umur you baru 19 ...umur kita bezanya jauh juga tapi akak xde kelebihan macam you,dik ... I juga pernah memberi ucapan keTika merasmikan majlis dalam syarikat dulu tapi x sepetah you ... Ya Allah,bersyukur ... X sangka dari fb akhirnya kita bertemu disini .... Memang benar satu status you yg sering direpost tu ... apa ya status nya ... ," .. aku jadi malu bila hal fb dibangkitkan ... "Haaaa,, *di fb kah,d luar fb kah ... sama saja ... apa kamu fkir tuhan kamu di luar fb sahaja sehingga hal dalam fb kamu tidak ambil pusing ..?* ... lebih kurang mcm tu kan ayat Puteri Haura'..?,"Kak Maria tergelak kecil ...Kami juga ikut ketawa .... Bahagia..

"Memang la kak .... Dah tu pengalaman dia ... Dia cakap je lah ..,"sampuk Qaleesya yg dari tadi turut mendengarkan penjelasanku .. Aku menyiku sedikit tangannya...Kalau boleh aku tidak mahu situasi ku diketahui org ...

"Pengalaman dia ... ?siapa ?Puteri ?Means?,"tanya Kak Maria bertubi2...

"Puteri ni juga macam keluarga akak ... Tp mungkin lagi teruk ....Ayahnya dulu peminum ...............

"Qaleesya .......,"tegurku ...Qaleesya terdiam namun wajah Kak Maria tertanya 2...

"Please ...ceritalah ... I teringin nak tahu .....,"desaknya lagi ...Aku mengehela nafas....Aku beristighfar dalam hati sebelum kisahku dijadikan bahan cntoh ..

"Papa dulu askar ... mama pula doktor ... Seperti yg akak maklum kedua 2 pekerjaan ni terlalu sosial jika berbanding pekerjaan lain ... kalau la akak tahu kehidupan seorang askar yg selalu berhadapan dgn senjata,mereka memerlukan sesuatu utk menjadikan mereka kebal .... jadi,arak adalah perantaraannya .........,"aku terhenti disitu ...Itu kisah lama ..sepatutnya tidak patut dibongkarkan ...Aku merasakan suatu aib bila menceritakan hal papa pada org lain biar pun ia telah hampir 15 tahun berlalu ...

"Terus ...,?,"Kak Maria bertanya penuh minat ... Qaleesya pula mula menggenggam tanganku ... Mungkin dia serba salah kerana memulakan kisah itu ....

"Papa juga salah seorang peminum nya ...papa juga kaki perempuan ... cuma papa x pernah berjudi ..... Mama pula sebagai doktor terlalu sedikit masanya bersama keluarga ... apatah lagi papa yg sering berada di medan ... Keluarga kami memang tidak terusrus jika bukan dgn bantuan pembantu rumah .... Saya semakin membesar dan mula mengenal dunia org lain bila saya berumur 11 tahun ...Saya lihat suasana itu sedangkan sebelum itu saya sibuk dgn dunia kanak 2 saya ....dan saya tidak cukup lama dalam dunia kanak 2 ... saya cuba memahami dunia org dewasa .... Kebetulan saya amat menyukai org yg berpurdah.... Jika mereka lalu,saya pasti akan memberikan apa 2 barang pada mereka ....Sehingga satu hari mama nampak lalu mama melarang .... Mama adukan pada papa..kebetulan papa sedang mabuk .... mama dan saya yg kena habuan ...,"aku terhenti lagi sebelum menyambung ...Mataku memerah ...

"Saya terus lari dan berhenti dihadapan satu sekolah agama ....Saya dgr mereka sedang bernasyid waktu itu ...Saya menghampiri pintu pagar dan nasib saya baik ....Ada seorang kakak terlihat saya dan saya dibenarkan masuk ... dipendekkan cerita,saya tinggal disitu ...saya bertambah 2 bersyukur apabila saya dapati kesemua pelajar disitu berpurdah ...Malam tu,mama dan papa dapat jumpa saya dan mengajak saya pulang ....Saya enggan ...Puas mama pujuk .... Dan akhirnya  mama berjanji utk masukkan saya ke sekolah tersebut apabila saya habis UPSR nanti ..Saya akur ....saya ikut mama dan papa pulang ,.. tapi tetap juga saya menjadi mangsa bebelan dan cemuhan ... saya cuma berdiam ...smpai selesai UPSR ,mama dan papa menunaikan janjinya walaupun dalam keadaan tidak suka ..........,"aku berhenti lagi takat itu ..Aku terpandangkan seorang wanita yg mirip Kak Maria bersama dgn seorang lelaki disisinya ....Begitu mesra sekali ....Aku fikir itu ibu bapa Kak Maria.... Baru sahaja aku ingin pergi menegur,wanita itu hilang dari pandangan mataku ..Aku jadi terduduk semula ....Kedua sahabatku hairan dan melihat arah yg sama ...

"You tgk apa tu...cepat la habiskan citer...,"gesa Kak Maria ...Aku akur..

"Dan sejak itu saya mengenali Islam dan Iman dan mempraktikkan sedikit demi sedikit utk dibawa pulang ... Purdah menjadi pakaian kesukaan saya kemana saja saya pergi ... Bila saya pulang,saya berhadapan dgn kekerasan org tua .. Papa mengurng saya di rumah .... Mama pula membakar purdah 2 saya .. Pernah saya berjalan dgn kawan da terserempak dgn mama,mama menarik saya menjauhi kawan saya dan disitu juga mama cabut purdah saya ...Saya x serik,saya ambil sapu tangan saya yg ukurannya agak panjang dan saya tutup wajah saya ...mama cabut lagi lalu saya tutup menggunakan tepi kain tdung saya membuatkan mama berhenti dari perlakuannya ...entah la kak... banyak hal yg terjadai smpai satu hari ......,"aku berhenti sejenak mengingati kisah yg membahagiakan itu ..Aku tersenyum sedikit ...

"Sampai umur saya 15 tahun,papa nk nikahkan saya dgn anak kenalannya ....dan saya ugut mahu lari rumah .... papa jadi takut ...adik 2 cuma melihat saja ...Jadi papa tunangkan senyap 2 ... bila saya dapat tahu,saya terus lari ke KL...saya belajar di maahad Islam disana .. bertambah mantap ilmu yg saya dapat disana ... Sejak itu,saya tidak banyak cakap...saya cuma buat apa yg mama dan papa mahu tapi saya bertambah rapi dalam pemakaian ... Mama dan papa jadi semakin insaf bila melihat kesungguhan saya mendidik adik 2 dan menjaga mama dan papa .... Waktu tu,kami baru pindah ke Semenanjung ....,"

"Sebelum ni di mana ...?,"sampuk Kak Maria ...

"Sabah,"Qaleesya menjawab bagi pihakku ...Kak Maria sekadar menganggukkan kepala ...

"Selepas pindah tu lah papa berubah sedikit demi sedikit ...Saya x jemu berkhidmat pada mama dan papa walaupun saya tahu sejak beberpa tahun lalu,saya dipinggirkan mereka ....Akhirnya suatu malam.,mama menangis dibahu saya...Mama memohon maaf ...Baru tahun lepas terjadi ...Diikuti papa ,...Papa tidak lagi menyentuh air haram tu ... dah lama papa x sentuh ..Mama dan papa telah meletakkan jawatan pd pekerjaan mereka sedangkan mama mendapat tawaran menyambung kerjanya di Australia namun mama memberi alasan utk menjaga anak 2 yg masih kecil ...Jd,mulai hari itu,,saya bebas memakai pakaian saya dan saya ajak adik 2 utk pakai purdah juga .....Malah,mama sendiri yg akan belikan kami kain utk buat purdah dan mama akan awasi kami sekiranya kami keluar x memakai purdah,mama akan ingatkan ....saya gembira dgn kehidupan saya sekarang .........

"Dan sepupu Puteri 4 org telah berpurdah juga ,"sampuk Qaleesya yg dari td mendengar cerita ku ... Aku sekadar menjeling ..'tu pun nk cakap jugak ke' ...

"What ....??? Sepupu pun terpanggil utk pakai juga ..?bermakna 7 org yg telah pakai purdah dalam keluarga??wow!!...,"kata Kak Maria kuat ... Aku sekadar menyentuh sedikit lengannya memberi isyarat agar memperlahankan suaranya ...Kak Maria menutup mulutnya ..

"Xde la kak .... tu Allah pilih la ... memandai je si Qaleesya ni ...,"aku merendah diri ....Aku tidak faham dari sudut apa mereka memandang jika mengetahui bahawa spupu2ku memakai purdah sedangkan cuma aku seorang shj yg mengenali purdah ...

"U know what .... dari pengorbanan yg you lakukan tu lah ,,Allah bukakan hati mereka utk amalkan agama .. Mcm mana I sekarang ... I yakin ,,niat I juga bermula dari pengorbanan you berusaha memahamkan warga facebook tentang hal ni ... Blog you tu dah merata 2 tau ....Pasal purdah .. I baca pun jadi gementar ... you .... ...,"kata kata Kak Maria tergantung membuatkan aku tertunggu 2 ..dia menyentuh daguku ... Melihatkan seolah 2 dia tidak akan menyambung perkataan tadi,aku mendiamkan diri...Aku sekadar menggeleng ... apa yg dikatakan itu tidak masuk akalku .... 'kenapa lah sejauh ni kakak ni berfikir .. bahaya dgn imanku ni ...Allah '

"Assalamualaikum,"sapa satu suara .. Aku mengangkat wajah ...Wanita yg ku lihat tadi kini dihadapanku .. Benarlah sangkaanku wanita ini ada kaitan dgn Kak Maria ...

"Ehh,mama ?? ,"Kak Maria agak terkejut melihat ibunya disitu ..Aku dan Qaleesya bingkas dari duduk dan menyalami tangan tua itu ..sewaktu aku ingin emncium tangannya,wanita itu menarik sedikit tangannya dgn raut yg agak tidak puas hati ... Aku berlagak tenang .. 

"Aunty nk makan ....?Mari saya ambilkan ,"aku menawarkan khidmatku ..

"X payah..Aku makan kat hotel aja nanti,"aku menelan liur mendengar bicaranya ... Qaleesya hendak bersuara namun ditahan olehku ,...

"Ma.....how ......,"Kak Maria kelihatan serba salah ..

"Lets go,"

"Wait .... one minute ...I want to talk with my friend ...,"

"I said now !!,"bentak 'aunty' dihadapanku ini

Kak Maria lantas menarik tanganku dan Qaleesya ke satu sudut tanpa menghiraukan panggilan mamanya ....

"Puteri ... you adalah inspirasi I .... Tolong bantu I utk istiqamahkan purdah ni ... you berkorban selama 8 tahun baru mama dan papa you terima .. begitu lama sekali sdgkan umur you x matang lagi .... Patutlah sekarang you begitu matang ...pengalaman mendewasakan you .... tolong ya ..,"kata Kak Maria sambil memegang bahuku ...

"Kak,,apa pun yg terjadi...Mama dan papa adalah satu kewajipan ...Akak cuma perlu rajin khidmat mereka ... tu aja ... x perlu keluarkan duit cuma perlu keluarkan sedikit tenaga dalaman dan luaran ..kesabaran tu perlu sangat 2 .... insyaAllah kak..apa 2 hal,,akak contact d fb ya ..,"aku menenangkannya dan kami berpelukan sebelum Qalessya berpelukn dgn Kak Maria ...Aku mengganggukkan kepala tanda menyokong keputusannya selepas ini ... Esok adalah penerbangan Kak Maria ke French ...Aku harap,Kak Maria bijak membuat keputusan ...semoga Allah membantunya berubah sebagaimana Allah membantuku utk berubah ... ya sehingga sekarang Allah tidak pernah meninggalkanku ...malah maa dan papa juga,semakin diterangi 'nur hidayah' ....

Qaleesya menyentuh bahuku dan kami melangkah bersama utk beransur pulang .....

No comments: