Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Tuesday 16 October 2012

GRADUAN SPESIS APA INI?




Maka banyaklah resume-resume dari graduan UNIVERSITI LUAR NEGARA tersusun atas mejaku. Satu persatu dibuka dan dilihat. Semuanya gaduan B.A yg berbagai aliran, termasuk hufaz al-Quran. P.A aku pun menghantar surat temuduga kpd semua pemohon. Hari temuduga pun tiba. 4 orang hadir, dan seorang
demi seorang ditemubual. Aku menjangkakan semuanya hebat belaka krn lulusan luar negara..terutama dlm b.Arab komunikasi krn subjek ini akan diajar kpd generasi al-Quran pondok buruk ini. Juga huffaz al-Quran yg datang ini diharapkan begitu. Pintu bilik diketuk bersama salam..dan spt biasa aku menyambutnya dgn perbualan bahasa Arab 100% (w/p b.Arab aku cukup-cukup makan utk diri sendiri saja – hantam saja la labu, apa nak malu). Dia bercakap Melayu, aku melarangnya bercakap dgn bahasa itu. Tergagap-gagap mcm org lekat biji nangka menggunakan b.Arab..muka menjadi semakin kelat dan tak dak isi...Setengah jam masing-masing ”didera” dgn b.Arab. Ada jawab betul, ada jawab merapu. Akhirnya kesemua yg di interview mengalah: "maaf ustaz, saya tak mahir bahasa Arab. Saya belajar kerana NAK DAPATKAN SYAHADAH (SIJIL) sahaja!!!”. Astaghfirullah. Huffaz al-Quran pun sama, di soal 3 soalan setiap juzuk sehingga 30 juzuk..hatta juz 30 yakni Juz Amma pun tak ingat. Yg dapat jawab 2-3 soalan sahaja dan akhirnya mengalah : ”maaf ustaz..saya lupa belaka apa yg dihafaz...KAMI CUMA NAK SYAHADAH/SIJIL saja bla bla bla”.Mapuh kerahhhhh lagu ning!

Kesemuanya dihimpunkan semula di dewan dan mula dikhutbahkan dlm b.Melayu: ”Antum adalah contoh umat yg membohongi diri sendiri dan keluarga serta bakal membohongi umat yg akan datang. Antum berada di gedung ilmu tapi sombong utk mengisi sepenuhnya dlm guni dada..dan jelasnya antum suka membuang masa, suka bersuka-ria, bergelak-ketawa, menghabiskan wang keluarga dan zakat negara..tiba-tiba hari ini ingin digelar ULAMAK. Maka, jika ada yg minta fatwa, pasti antum akan memberi fatwa bukan menurut ilmu tetapi menurut pemikiran nenek-moyang kamu atau apa-apa yg kamu tahu sebelum kaki kamu memijak bumi yg bergelar Universiti. So, sekarfang, apa komen kamu tentang apa yg ana cakap?”. Semua diam terkedu. ”Baiklah, anta yang bernama bla bla [censored], jika dgn diri anta yg ada pd hari ini, jika diterima mengajar di sini, berapa jumlah gaji yg yang anta mahu sedang karangan b.Arab yg awak buat (sambil ditunjukkan kpdnya karangannya sendiri) hanya 5 baris sahaja, mengalah budak2 SPM Maahad Muhammady Kelantan?”. Juga diam terkedu sambil tersengih2 mcm kucing menguap.

Maka tidak peliklah jika golongan spt ini, bila bercakap agama kelak hanya guna modal perwatakan fesyen baju yg menggambarkan ulamak, juga bermodalkan AIR LIUR PENGLIPUR LARA bukan dgn rujukan AL-QURAN & HADIS krn masuk universiti luar negara sebelum ini hanya telan air liur tiap-tiap hari, bila pulang guna air liur yg sama sbg modal cari duit atas nama DAKWAH w/p sebenarnya ucapan itu hampir tidak jauh dgn penjual ubat tenaga zahir dan batin jalanan. Golongan ini, jika pun menjadi masyhur krn kepetahan cakap tetap bermodalkan hadis2 daif dan palsu, menyandarkan ucapan kpd imam-imam mazhab tersohor sesedap rasa tanpa rujukan. Dan apabila berdepan dgn hujjah yg tajam lalu terluka dan tidak mampu melawannya kerana kejahilan, maka serta-merta akan menggunakan senjata sulit berupa sumpit beracun dari jauh yakni TUDUHAN SESAT kpd lawannya. Digunakan segala senjata pangkat, kuasa dan kedudukan jika dia berada di atas kerusi negara. Graduan spesis apa ini?

Maka amat malanglah sesiapa yg mengambil ilmu agama semata2 hanya berpandukan pakaian ala ulamak, yg bijak mengolah kata bermodalkan air liur penglipur lara dan bukan sabda junjungan yg sohih...tunggulah kebinasaan. Kebinasaan iman dan amal!! Kerana itu, Nabi s.a.w berpesan:

إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة

“Bila satu-satu urusan itu disandarkan/diserahkan bulat-bulat kpd yg bukan berkepakaran, maka tunggulah saat kebinasaannya” (HR Al-Bukhari)

Justeru, tibalah masanya menerima ilmu agama menerusi guru yg membuka kitab-kitab muktabar terutama berkaitan Aqidah, Tafsir dan hadis. Carilah mereka. Bukan mencari percikan air liur penglipur lara.

Wabillahi Taufiq was sadad wal huda.
 
 

No comments: