Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Tuesday 9 October 2012

Ketahuilah bahawa apa yang tiada dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya tidak boleh dilakukan!

Oleh : Ustaz Muhadir Haji Joll, Pensyarah & Koordinator Kursus Pusat Asasi, UIAM.

 

Ada pendapat mengatakan apa-apa yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW atau yang ditinggalkan baginda, maka kita tidak boleh melakukannya kerana ia bid'ah dholalah. Pendapat sebegini secara tidak langsung menyempitkan roh syariat Islam yang bersifat syumul (menyeluruh) dan tetap dan fleksibel (tsabat wa murunah).

 

Maksud At-Tark.

 

Para ulama' usul fiqh menyebutkan At-Tark adalah apa-apa yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW atau yang ditinggalkan baginda.

 

Cara fuqaha usul fiqh memahaminya.

 

الترك لا ينتج حكما

 

At-Tarku la yantajju hukma

 

Maksudnya : "At-Tark tidak menatijahkan hukum"

 

الترك لا يقتضي تحريمه

 

At-Tarku la yaqtadhi tahrimah

 

Maksudnya : ""At-Tark tidak semestinya menunjukkan keharamannya"

 

Kaedah-kaedah ini bermaksud sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi, tidak semestinya haram atau tidak boleh dilakukan. Jika tidak terdapat nas yang menunjukkan haram atau halalnya sesuatu perkara, hukumnya adalah harus atau bukan haram atau bidaah dholalah (sesat). Ia hanya haram atau tidak boleh dilakukan jika :

 

  • Ada ancaman berupa seksaaan jika dilakukan

  • Amalan itu dikecam oleh syarak

  • Hukuman disediakan jika amalan itu dilakukan

  • Ada lafaz yang mengharamkan perkara atau amalan itu.

 

Lihat Husn at-Tafahum wa ad-Dark li Mas'alah at-Tark, as-Sayyid Abdullah bin Siddiq al-Ghumari dalam al-Bayan lima Yashghal al-Azhan, m/s 210.

 

Dalil dari Al-Quran dan Hadis dalam perkara ini.

 

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr (59) ayat 7, highlight-kan perkataan "نَهَا" :

 

.....وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا....

 

Maksudnya : "...dan apa sahaja perintah yang dibawa oleh Rasul kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang ke atas kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya..."

 

Ayat ini tidak menyebutkan umpamanya :

 

 وما تركه فانتهوا عنه

 

Maksudnya : "Dan apa yang ditinggalkan olehnya (Rasulullah SAW) maka hendaklah kamu tinggalkan"

 

Begitu juga sabda Rasulullah SAW, "Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah apa yang kamu mampu dan apabila aku melarang kamu dari melakukan sesuatu, maka jauhilah ia". (Riwayat Imam al-Bukhari)

 

Baginda tidak mengatakan, "dan apabila aku tidak melakukan sesuatu, maka jauhilah ia".

 

Sebab Rasulullah SAW tidak membuat sesuatu atau meninggalkan berbuat sesuatu perkara.

 

1 - Bukan kebiasaan baginda atau adat yang diamalkan.

 

Nabi tidak jadi memakan daging dhab kerana tidak biasa memakannya. (Muttafaqun 'Alaih)

 

2 - Lupa

 

Nabi solat Asar dengan dua rakaat lalu ditegur oleh sahabatnya. (Muttafaqun 'Alaih)

 

3 - Khuatir atau takut sesuatu akan diwajibkan ke atas umat.

 

Nabi tidak keluar solat Tarawih setelah melakukannya pada malam-malam sebelumnya supaya solat Tarawih tidak menjadi suatu kefardhuan ke atas umat. (Riwayat Imam al-Bukhari)

 

4 - Tidak terfikir melakukannya.

 

Nabi tidak terfikir membuat mimbar untuk berkhutbah yang menatijahkan peristiwa batang kurma menangis. (Riwayat Imam Malik, Imam Ahmad, Imam at-Tirmizi, Imam ad-Darimi, Imam al-Baihaqi, Imam Ibn Abi, Imam Syaibah dan Imam Ath-Thabarani).

 

5 - Bukan termasuk dalam nas yang umum.

 

Walaupun baginda meninggalkan solat Dhuha dan banyak lagi perkara sunat, bukan bermakna ia haram dilakukan, tetapi umat tetap boleh melakukannya kerana ia termasuk di dalam keumuman nas seperti firman Allah, "... serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya". (Surah Al-Hajj 22:77). 

 

Kesimpulan daripada perbincangan ini.

 

Apa yang ditinggalkan atau yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW bukanlah semestinya perkara itu haram, tetapi ia hanyalah menunjukkan perkara itu bukan wajib atau boleh ditinggalkan. Sebab itulah dikatakan :

 

الترك لا يقتضي تحريما وإِنما يقتضي جواز المتروك

 

Maksudnya : "Sesungguhnya at-Tark bukanlah bermaksud haram, akan tetapi ia bermaksud harus ditinggalkan".

 

Wallahua'lam.

 

Majalah "Q&A", isu no. 6, m/s 23-24, terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

 

Sumber : http://marzukamartillo.blogspot.com/2012/10/ketahuilah-bahawa-apa-yang-tiada.html

No comments: