Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Thursday 4 April 2013

Aku ini wanita hina ~




Bila bercerita tentang impian dan harapan, siapa kita untuk angankan yg lebih2 kan ? Terbang terlalu tinggi ,kalau jatuh ?? X sakit ..??

Tapi x salah andai memasang azam untuk kearah yg lebih baik …kan?
Jarang bercerita tentang impian dan soal  idaman hati kerana bagi aku,cukup siapa dan bagaimana yg Allah takdirkan,itu lah yg aku terima meski kadang2 aku terjerumus dalam kelalaian perasaan ..Bukan aku x pernah hanyut dengan luaran 'islamik' tapi Allah tarik semula utk betulkan apa yang salah.




“Bagaimanakah ciri-ciri idamanmu …?”

"Carilah yang sekufu kamu ,"

"Yang begini dan begini begitu dan begitu,kamu nak x ?"


Soalan-soalan yang tidak pernah lekang setiap kali ada pertanyaan “Bilakah aku ingin menamakan zaman gadisku” .. Kadang malas nak fikir,aku cuma sengih sahaja. Tapi bila sering dan sering ditanya , aku jadi terfikir, aku juga punya keinginan ,apa ya keinginanku . cuba menyoal hati sendiri dan test sendiri .. Oh ya , kelemahanku ada pada beberapa jenis makhluk Allah di muka bumi ni .Aku jadi terlebih hormat pada manusia yg berimej sunnah.

Ya, aku tahu apa yg aku impi x semua yg ada . Ahh biarkan aje la kan .? Allah mungkin sudah aturkan .

Jika boleh meminta, aku inginkan insan yang istiqamah solat di masjidnya.
- Yang istiqamah kopiah dan jubahnya walaupun ke mana dia pergi.
- Yang ada AlQuran dan AlHadith dalam dadanya
- Yang istiqamah tertib dakwahnya.
- Yang istiqamah senyumannya
- Yang istiqamah sabarnya,.Tidak  membuka aibku di khalayak.
- Yang tidak kisah jika aku sendiri yang inginkan ummat dan daie yang ramai .
- Yang mengajar aku menghormati orang tua.
- Yang boleh menjadi temanku setiap kali aku keluar dari rumah , bukan sekadar memberi izin aku dengan teman2ku,atau memberi izin aku keluar sendirian.
- Yang boleh dijadikan rujukan buat aku dan mujahid mujahidahku kelak.
- Yang istiqamah sikap tanggungjawabnya.
- Yang menerima aku seadanya tanpa mengungkit kisah silamku.
- Yang menegur aku dengan kasih sayang bukan keaiban.
- Dan yang pastinya, yang tidak jemu memimpin aku tika tersalah,mendorong aku utk beriringan sekali ..dan tidak akan menyuruh aku membuka hijabku ..



Cuma itu yg aku impikan,tidak lebih dari itu .. Tidak perlu rumah mewah dan harta yang melimpah .. Aku ingin sekali bermustautin di pondok ...Hmm,Sekadar mengerti aku wanita biasa , makanya aku tidak meletakkan semua itu sebagai syarat demi menetapkan pilihan. Sedangkan aku tahu nilai diri sebenar,makanya aku terima sesiapa sahaja tanpa memilih dan membandingkan.. Jika boleh dipilih , itulah ciri-ciri yg akan aku pilih ..Kerana tidak boleh memilih lah , aku berusaha untuk menjadi sebaiknya, berubah lagi dan lagi ..

Sebagai tambahan , aku ingin si dia itu fasih beberapa bahasa . urdu ke, arab ke, english ke, mandarin ke , tamil ke , apa2 bahasa .. Itu yg aku nak ! Aku ingin anak-anakku sebagi mujahid mujahidah Islam dan tidak akan meniggal di pangkuanku.Biar dia syahid di muka dunia , bongkak menongkah dunia demi agama seperti Hadrat Umar AlKhattab

Yang lain? Jika terlebih sempurna,maka ianya anugerah buatku,andai tidak dapat,barangkali setakat itu rezeki dan amalku ...Aku harus redha .

Selebihnya biar Allah yang tentukan .. ^_^

Hati ini tidak mahu mengharap kerana ia bagaikan menggapai bayang-bayang ~ Mustahil ~ Aku hanya sang pendosa ~


No comments: