Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Wednesday 6 July 2011

~~MUSAFIRAH~~

Musafirah..
kita keturunan dari Hawa,
diciptakan dari sekeping tulung rusuk,
dimana tulang rusuk itu hanya satu pemilknya....

Musafirah,
dari syurga turun ke dunia.,
hanya kerna nafsu yang menggoda,
kerana Hawa,
Adam turut merasa padahnya....

Ya Musafirah,
kita juga kebanggaan agama,
saat dimana segala didunia,
adalah bermula dari kita,
bila Hadrat Sumaiyah mencipta sejarahnya,
dengan kesyahidan mempertahan agama,
bila Hadrat khadijah melakarkan semangatnya,
dengan menjadi muslimah pertama dalam penyebaran agama,
bila Ainul Mardhiah mengukir hiasan dalam mimpi si syuhada',
bahawa beliau adalah ketua bidadari di syrga,
bila Hadrat Fatimah menjadi kebanggaan bapanya,
dengan menjadi muslimah pertama memasuki syurga.
Semua ini bermula dari kita ya musafirah.....

Tetapi wahai wanita yang bermusafir,
kita juga adalah bahan neraka,
saatnya segala titah ketua,
kita langgari tanpa ada alasannya,
saatnya segala maruah agama,
kita injak tanpa rasa apa-apa,
saatnya dunia bergoncang dengan hebatnya,
akibat godaan kita yang tiada penghalangnya...
 Musafirah,
kita ini perantau,
sejak dari dakapan sang ibu,
kita merantau ke dakapan sang suami,
dan kita akan terus merantau ,
untuk menentukan  siapa musafirah yang mu'minah
dan siapa musafirah yang mukfirah....

Semoga kita adalah 
seindah bidadari,
yang diciptakan untuk
seindah lelaki...
yang lebih suci hatinya,
yang lebih kukuh imannya,
yang lebih hikmah bicaranya,
yang lebih santun perilakunya ,
yang lebih serasi dengan kita.,
kerana kita adalah tulang rusuk mereka.....

No comments: