Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Monday 4 July 2011

~Birunya pantai kemboja.~

   Seusai mendengar bayan dari Ustaz Khalid,aku terus keluar dari dewan menuju ke mat'am.Baru aku rasa dahaga setelah 3 jam aku berada di dalam dewan.Berkesan juga  bayan Ustaz Khalid ni.
  
   “Imaaannn!!,”namaku diseru.
 
   “Limazha bik?,”aku menyoal hairan apabila melihat Ammar tercungap2 seolah2 dia sudah berlari berbatu2.

   “Aku dengar kau nak ke kemboja,btulke?,”tidak berkelip matanya memandangku.
Aku hanya tersenyum mendgr soalan yang keluar dari bibirnya.Sememangnya itulah rancangan aku setelah aku tamat 2 tahun lagi.Tapi ia hanya rancangan belum kenyataan.

   “Kenapa?kau nak ikut?jom la tapi kau masih ade lagi 5tahun disini kan.Sayang kalau x diselesaikan terus,”
Sambil meneguk air yang masih berbaki di tanganku.,aku mengintai raut wajah Ammar.Ammar adalah juniorku.Dia masuk ke Maahad ini 2 tahun lewat dari ku tapi hubunganku dengannya memang akrab.

   “Apa benar keinginan kau utk kesana?kenapa tak ke Pakistan atau yaman ataupun Syria? Pintu2 ilmu besar disana,”Ammar membentangkan syornya.
Nampaknya Ammar masih belum tahu tujuanku untuk ke sana.Aku Cuma menggeleng kepala sambil tersnyum.
   “Erm,kau ni,ada la perancangan aku nanti.Kita tengok je la ea.lagipun aku x tw aku hidup lagi tak waktu 2.Lupakan je la…’ala kulli haal,syukran jazilan,”aku menepuk2 bahunya dan terus meninggalkan Ammar yang masih terpana dengan kata2ku.Biarlah ia nya menjd tanda tanya buat sementara waktu.Apa pun ,1 masa nanti,dia pasti akan tahu juga..


           *          *                       


      “Nti akan mula ikuti pelajaran jamaah thaniah.Jadi,mulai hari ni,nti boleh la kenal 2 dulu dengan ahli jamaah 2..,”tutur Ustazah Durrah lembut.

    “Imtiyaz,tolong bawakan barang2 Nurul ke atas dan tunjukkan kawasan sekolah kita ni.Ingat,hormati tetamu,”sempat lagi Ustazah Durrah berpesan.
Imtiyaz sekadar menganggukkan kepala dan tersenyum.
‘oh,Nurul namanya.,’desis Imtiyaz..

   “Ahlan wasahlan ila madrsatina,Nurul…ismi Imtiyaz wa ‘umri sab’ata ‘syr..masmuk ya ukht?,”tegur Imtiyaz sambil menghulurkan salam perknalan.

   “Ismi Nurul Haura’ wa ‘umri sab’ata asyr aidhn..ayyul jamaah nti tadrusiin ya ukht?,”Nurul kelihatan tidak kekok untuk menyesuaikn dirinya.Sambil berjalan mengelilingi taman bunga di kawasan tersebut,masih sempat mereka berta’ruf.

   “Ana min jamaah thalithah..,”

   “Owh…ana akan ikuti p’blajaran jamaah thaniah.,”

   “Wah,syabas! sebelum ni nti belajar dimana?,”

   “Ana pelajar Maulana Fikri sebelum ni,selepas tamat,beliau yang mencadangkan ana ke sini,”jawab Nurul ringkas.Imtiyaz sekadar menganggukkan kepala.Siapalah yang tak kenal Maulana Fikri ,seorang alim yang tawaddhu’ dan berhemah.Bapa kepada 2 putri yang nakal itu sering menjadi perbualan ahli maahad di situ..Bayan2nya juga sering membuat para hadirin sebak dan doa2 yang beliau bacakan pasti menitiskan airmata bagi siapa yg mendengarnya..
Imtiyaz dan Nurul berborak mesra sebelum mereka memutuskan untuk ke dewan kuliah pula.Suasana di dewan masih bising dengan perbualan rancak banat maahad.Nurul cuma tersenyum apabila pandangnnya bertmbung dengan beberapa pandangan pelajar di situ.Dia melangkah ke tingkat atas untuk menyalin pakaiannya..Petang itu tidak ada program ijtima’i jd senangla sikit untuk Nurul menyelesaikn kerjanya.Maklumlah ,dia pelajar baru di situ..

   “Assalamualaikum,”sapa 1 suara.

   “Waalaikumussalam,”jawab Nurul lantas menoleh kea rah suara itu.Kelihatan seorg plajar yg tersnyum padanya.Nurul membalas senyuman gadis itu.

   “Ahlan wasahlan ya ukht..Semoga sahaja kakak gembira di sini.erm,ana Raudhah.,”gadis kecil itu menghulurkan tangan sebagai salam persahabatan.

   “Jazakillah.Kakak gmbira disini.InsyaAllah,bolehla nanti Raudhah tolong2 akak kan,”kata Nurul menyambut salam Raudhah.Raudhah sekadar tersnyum.

   “Erm,InsyaAllah kak,Raudhah pun baru 2 tahun disini.masih baru jugak.Ops ya,mintak maaf kak,ganggu kakak plak.lepas ni ade program ijtima’i,jadi boleh la kakak cepat2 sikit dan kita boleh sama2 ke dewan nanti,”kata Raudhah sambil bangun untuk beredar dari situ.

   “Oh ye ke,ok3..nanti akak turun..jazakillah Raudhah,”

   “Wa iyyak,permisi kak,”
                                  *                  *



Sesungguhnya di syurga ada tempat untuk berkumpulnya para bidadari dan disana mereka bernyanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu.Mereka menyanyikan ‘,Kamilah yang kekal dan tak akan rosak,kamilah yang selalu senang tak akan pernah susah,kamilah yang puas rela tak akan pernah marah,sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuk mereka..,oleh itu sekalian banat dan banin..kita masih di atas sayap ahli syurga di mana kita smua berada di taman syurga kerana ilmu agama yang kita tuntut sekarang……..


Masih terngiang kata2 Ustaz Uzair sewaktu perhimpunan tadi.’Layak ke aku ni jadi bidadari 2 eak,’gumam Nurul sendiri.Dia meneruskan langkahnya untuk ke kelas seterusnya.Sudah 3 bulan dia menuntut disitu.Bnyak juga ilmu yang baru diketahuinya.

   “Nurul!!Nurul!!,”
Nurul segera menolah kebelakang melihat Raudhah yang berlari2 anak menuju kearahnya.Nurul menghentikan langkahnya.

   “Akak ni laju nya jalan,x sempat ana nk saing akak..nk ke mana ni?ke maktabah ke terus ke kelas?,”soal Raudhah.

   “Terus ke kelas la..akak dah ambil awal 2 da syarah2 kitab kita nak belajar hari ni…,”kata Nurul yang masih berbaki senyumanya..

   “Ye ke akak ni?ke…akak takut terserempak ngan banin 2 lagi macam semalam..hikhik,”Raudhah sakan menyakat Nurul..Nurul juga tergelak sama.Apa tidaknya,ketika dia menghayati membaca novel Islamic ‘Tawajjuh Cinta’,secara tiba2,ada yang berdehem2.Terpranjat beruk dia apabila melihat orang yang dihadapannya dengan bert-shrt lengan pendek sambil memegang buku sejarah ‘Andalusia’.Nurul tidak dapat mebayangkan ketakutannya waktu itu.Dia bukanlah seorang yang penakut tapi dia tidak pasti kenapa sering sahaja dia menjadi gementar ketika berhadapan dengan banin.Mungkinkah kerana dia tidak biasa berhadapan lelaki?Maklumlah dia hanya mempunyai seorang sahaja dalam hidupnya,ayahnya juga sudah meninggal sewaktu dia masih dalam kandungan.Hanya abangnya sahaja tempat dia berkongsi segala apa yang dialaminya.Abangnya juga belajar ditempat yang sama dia belajar sekarang.Penghijrahan mereka dua beradik dari Kemboja ke Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Terpaksa berpisah dengan ibu yang keseorangan walaupun mereka berdua masih empunyai dua adik perempuan.Tapi,dengan mu’allim2,kenapa pula dia terlalu berani?’ermmm,mcm2 la aku ni,’Nurul menggeleng sendiri sambil tersnyum..

   “Eah kak,apasal senyum sorang2 ni..teringat pulak dah..?,”usik Raudhah.
‘Hey,budak kecik ni,ade jugak yang makan kulit buku ni karang’

   “Mana ada la.memandai je..akak cume terfikir kalau akak lari beria semalam 2,n jatuh tersadung,mesti malu giler kan,"

   “Alaa,pe salahnya,biar la budak 2 angkat.lagi 1 hal,yang akak 2 gi lari sepecut2nya,ape kena?,”sambil membelek2 buku di tangannya,sempat lagi dia mengomel..

   “Akak x biasa la ngan banin ni.ntah la..dah la cakap pasal ni,xde faedah pon… erm,oh ya,lpas ni dars ape ye?Hadith ea?,”Nurul mengubah topik perbualannya.Kalau dilayan angin si Raudhah ni,alamat merah ke hijau la mukanya di usik.Raudhah tersnyum melihat gelagat kak Nurul nya yang memang agak kurang selesa bila memperkatakan tentangnya dan banin.

   “X la kak,hari ni kan kita ade tamrin sikit,akak x ingat ke?dah nak masuk bulan yang ke 3 da ni,jd,tamrin ke 3 la hari ni,”jelas Raudhah.

   “Ya Allah!!akak lupa la..kita ade berapa minit lagi ni?,”

   “Erm,15 minit lagi.,”Raudhah hairan.

Nurul terus berlari ke kelas dan mencapai begnya.Puas dia mencari buku rujukan yang di pinjamnya dari maktabah semalam tapi x ia masih x jumpa.

   “Akak cari ape kak?akak jangan la gelabah macam ni kak.seriau ana..haha,”sempat lagi Raudhah tergelakkn sikap Nurul yang sentiasa panik itu.

    “Raudhah nampak x kitab muntakhab terjemah kat bawah meja ni?,”tanya Nurul dengan mukanya yang dah bersegi2..Raudhah cuma menggelengkan kepalanya.

   “Jom,temankan akak gi maktabah,ada 10 minit lagi ni,cepat!,”Nurul terus menarik tangan Raudhah yang masih terpana akan perlakuan Nurul.Namun diikutnya juga langkah Nurul yang agak tergesa2..

   Sesampainya mereka disana,Nurul terus menuju ke arah musyrifah yang mengawasi keadaan maktabah t’sebut..

   “Assalamualaikum kak,ada x akak ternampak kitab terjamahan muntakhab yang ana pinjam smalam?,”

   “Waalaikuussalam..x perasan la Nurul.Erm,antunna ade tamrin hari ni ya?maaf Nurul,akak xnampak pun..,”kata musyrifah itu sopan.Nurul sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
Nurul berlari mencari semula edisi melayu di rak bahagian belakang tapi kitab tersebut telah habis dipinjam.Nurul mundar mandir di hadapan rak itu..

   “Kakakku.,cepat la sikit!masa x……


   “Hal nti tatlubin hazih ya Nurul?,”Nurul dan Raudhah berpaling kearah suara tersebut…

   “Na’am!!aina wajadti ya ukht?,”Nurul bertanya sambil terus mebelek2 kitab tersebut…mukanya kelihatan pucat waktu itu.Kelas hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi.


Gadis itu cuma tersenyum melihat gelabahnya Nurul bila dia terus merampas buku itu dari tangannya.Soalan Nurul dibiarkan sepi.Matanya masih melihat wajah Nurul.

   “’Ala kulli hal,syukran kathiran ya ukhti,,” tanpa menuggu jawapan gadis dihadapannya,Nurul terus beredar diikuti Raudhah yang terkedek2 di belakangnya.Mereka terus menuju ke kelas.Dalam debar untuk tamrin,Nurul masih terfikir bagaimana bukunya boleh lepas ke tangan Syaima’..Bukankah mereka jarang berbual..’arghhh,pedulikan!tamrin Nurul..huh!,’Nurul mengusap2 dadanya yang gementar.

   “Cepat sayang,”Katanya pada Raudhah.Mereka berdua terus melangkah masuk ke kelas dan mengambil tempat duduk mereka.'Ya Allah,mudahkan aku.alamak!dah la salah pelajaran aku takrar semalam,tolooong Ya Allah!!,'Nurul bermonolog sendiri.

                                  *       *



   “Abang,macam mane abang boleh dapat buku budak tu bang?,”tanya Syaima’…


   “Syaima’,x baik cakap macam tu.Dia tu kan tua dari Syaima’lagi,mane ade budaknya.,”jawabku lembut.Syaima’sekadar mencebikkan bibirnya memprotes kata2ku.Syaima' kenal sangat dengan Nurul Haura’ ‘Umairah tu.Baru masuk 3 bulan,namanya telah pun menjadi sebutan pada pihak senior.Tempatnya yang dulu sebagai pelajar cemerlang disitu telah pun diisi dengan nama gadis kelahiran kemboja itu.Syaima’ dan Nurul menuntut di dalam kelas yang sama.Setiap kali imtihan atau tamrin,Syaima’akan beras bangga kerana pihak asatizah akan mengharapkannya untuk mengharumkan nama baik jamaahnya.Tapi kali ini,dia merasakan kedudukan Nurul adalah diatas kedudukannya.Seraut wajah itu muncul di dalam bayangannya.’’kenapa aku benci pada orang yang tak aku kenal?borak pun jarang walaupun sekelas.Ya Allah!!ampunkan aku!,’Syaima’ b’istighfar perlahan.

   “Hey,termenung ape pulak adik abang sorang ni ha?,”suaraku mungkin mnyentakkan lamunannya.Syaima’ sekadar mengangkat bahu tanda tiada apa2 yang difikirkannya.

   “Kenapa?Syaima’  rasa tergugat ke dengan kehadiran Nurul 2?,”aku sengaja menebaknya.Cepat2 Syaima' menggeleng.Aku sekadar tersenyum tanpa berkata apa2..Aku perasan perubahan wajahnya apabila aku menyerahkan buku Nurul itu semalam padanya.Pasti dia tergugat kerana kedudukannya didalam kelas.Bukannya dia tidak boleh membaca kata hati adik bongsunya ini.Sekali lagi aku menggeleng kepalaku.
   Aku teringatkan terkenangkan bagaimana aku menjumpai buku rujukan yang dipinjam Nurul semalam.Sewaktu aku terserempak dengan Nurul di maktabah,kelihatan Nurul amat terperanjat waktu itu.Aku dapat lihat raut wajahnya yang ketakutan tika itu.Terus sahaja Nurul keluar dari situ tanpa mengambil buku2 rujukannya yang diletakkan diatas meja bacaan.Lantas aku mencapai buku itu dan membukanya.Dari dalam buku itu,terjatuh kad meminjam buku maktabah yang tertera namanya ‘Nurul Haura’-Jama’ah Thaniah.Rupanya Nurul Haura’sekelas dengan adikku Syaima’.Dari situlah aku tahu namanyaJadi,aku memberikan buku itu kepada Syaima’ supaya Syaima' mengembalikan semula kepada Nurul.

   “Oiiit bang,angau la pulak.Abang ingat kat sape ni?kat kak Nurul ea?.”teka Syaima’

   “Pandai pun Syaima’ panggil dia akak.Baru Nampak hormatkan orang tua.Syaima’ sepatutnya beruntung tau sebab…

   “Iman!!,”teriak 1 suara.Pastinya suara sahabat karibku Ammar.Aku pantas menoleh.

   “Lepas ni ade muzakarah sikit pasal muhadharah yang kita nak buat hujung bulan ni.Jadi kena berkumpul sekarang.,”jelas Ammar.

   “Aikk?awalnya?!,”

   “Ni antara ru’asaa’ je la..,”


   “Ohhh,ok3.Jom berangkat sekarang.Syaima’,abang kena pergi dulu ya.Nak belajar agama kena jaga niat.Ingat pesan abang ni.Ikhlaskan niat,”sempat lagi aku memberi nasihat pada adikku yang seorang itu.Syaima’ melirik kearah Ammar.Ammar kelihat tunduk ke bumi namun dia pasti Ammar mendengar bicara abangnya,’tawaddhu’ jgk kawan abang aku ni rupanya’gumamnya.
   Selepas Syaima' menyalamiku.,aku dan Ammar terus keluar dari maktabah itu.Syaima’masih terfikirkan sesuatu namun dalam diam dia mengakui akan kebenaran kata2 abangnya tentang ikhlas.
‘Ya Allah,berikan aku keikhlasan dalam menuntut agamamu ,Aku merasa tidak ada kesannya aku disini kiranya aku terus dengan sifat ria’ ini,aku b’taubat Ya Allah,’Syaima’ beristighfar sebelum kakinya melangkah meninggalkan maktabah itu.





  *  *   *

   “Iman,betul ke kau nak ke kemboja ni?aku jadi cam was-was je…,"

   “Apasal kau nak was-was?kau ni,aku pergi pun lambat lagi la.Ni perancangan aku je.Lepas khuruj nanti aku kena khidmat dulu.Pastu cari duit dulu,baru aku fikirlain nak ke kemboja tu..”jelasku satu persatu

   “Owhh,aku ingat dalam masa terdekat ni kau nak pergi.Boleh ikut kitorang sekali balik.hehe.,”cadang Imran.

   “Haaa,kau ngan adik kau balik tak tahun ni?ke raya sini je?,’

   “Tak balik la.Aku balik rumah mak sedara aku je la kat Kelantan tu.3 tahun sekali aku balik.Lagipun Myra’ 2,aku takut kalau dia jumpa mak aku nanti,hati dia berat nak balik sini semula.Sayang je kan,”luah Ammar sambil kakinya menguis2 rumput di kakinya.
Aku sekadar menjadi pendengar setia tanpa memberi komen apa2.Bagiku,anak perempuan memang hatinya mudah goyah.Tak banyak bezanya dengan Syaima’.Walaupun sudah 2 tahun Syaima’ menuntut di situ,namun setiap kali pulang ke rumah dan ingin kembali belajar,pasti tangisannya mengisi ruangan rumah mereka.

   “Kenapa kau diam?apa kau fikir ni?,’

   “Tak de ape lah,Aku cume fikir agaknya sifat perempuan memang begitu kot,Adik aku 2 pun sama je,”Aku tergelak kecil mengenangkan sikap Syaima' yang seperti kanak2 berusia 10 tahun waktu itu.
Kali ini giliran Ammar pula terdiam.Ammar mengenangkan nasib adik kesayangannya kelak.Dia tahu ke mana saja dia pergi ,pasti Myra’ ikut serta.Bagaimana kalau sekiranya takdir menginginkan dia dan adiknya berpisah?tabahkah hati Myra’ untuk menghadapinya?Kalau umurnya panjang,dia tidak mahu airmata menitis di pipi adiknya tapi bagaimana seandainya……

   “Ammar,hal nta fi musykilah?,”soalku simpati melihat keruhnya wajah di tepinya itu.
Ammar tersentak dengan soalanku itu.Lantas dia menggeleng kepala.

   “Tak de ape..Aku cuma fikir keadaan Myra’ bila aku tak de nanti….,”secara tak sedar Ammar hampir mngeluarkan 1 lagi cerita baru yang masih tidak diketahui sesiapa..Dan secara tak sedar,masalah peribadinya sedang terbongkar.

   “Asif jiddan ya sohabati,ma maqsuduk ya Ammar?,”

   “Erkkkk…err…erm,xde ape la..Jom kita ke mat’am.Aku dah lapar la.,”Ammar tersedar kesilapannya dalam berbicara.Dia terus bangun untuk beredar dari situ.Namun,belum sempat dia melangkah,aku sempat enarik tangannya berpaling kearahku.

   “Kalau kau mengaku aku sahabat baik kau,berikan aku penjelasan apa maksud dari kata2 kau tadi.Apa masalah kau yang kau tak kongsikan dengan aku.Aku memang x boleh tau ke?....,”

   “Tak de ape pun.Aku Cuma fikirkan adik aku je..2 je,tak de ape pun..kau memang sahabat aku pun..Aku sayangkan kau k..Dah,jom kita gi makan,”Ammar menarik perlahan tangannya.Sempat dia mengukir senyuman untukku.Mungkin sekadar ingin menutup cerita yang hampir menjadi berita itu.

   “Ammar,aku tak rasakan itu yang kau fikirkan.Ada sesuatu yang kau sembunyikan kan?kita dah 4 tahun bersama2,kau x percayakan aku lagi ke?,”aku asih tak puas hati dengan jawapannya.Matanya kuyu kali ini,dengan sedikit kebiruan di garisan bawah matanya.Dan mulutnya pucat.Pasti dia mnyembunyikan sesuatu dariku.

   “Aku dah cakap xde ape2,xde ape2 la..kau ni kenapa sibuk sangat hal aku??!,”Ammar melepaskan amarahnya.Aku agak tersentak dengan kata2 kasarnya namun aku cuba menahan,.

   “Aku sibuk sebab dalam hadith mengatakan ummat islam itu merupakan 1 jasad.Kesakitan temannya adalah kesakitannya juga.Dan aku merasakan bahawa ka ade sesuatu yang kau sembunyikan,,”kata2ku membuat Ammar terdiam dam merenungku..Sebagai sahabat,aku terlalu simpati melihat wajah itu yang selalu tersenyum untuk semua orang tapi hari itu,wajah itu berkerut seolah sedang menahan 1 keperitan..

   “Arghhhh!!!,”Ammar terus melangkah namun…..pandangannya kelam dan kepalanya berpinar..

   “Ammar Eirfan!!!!!,”aku sempat menyambut tubuhnya yang melayang untuk rebah ke bumi.Ammar pula sudah tidak sedar dengan apa yang terjadi selepas itu


*         *            *



   “Doktor,bagaimana keadaan sahabat saya?,”aku bertanya cemas kepada doktor lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik yang menempatkan Ammar.

Doktor ltu menoleh kearahku lantas tersenyum.

   “Kamu siapa?ada ahli keluarganya yang hadir?,”tanya Doktor itu.’Lazli namanya,’bisikku.

   “Saya sahabatnya,doktor.Dia dari kemboja.Err,dia ada seorang adik perempuan yang menuntut di sini.,”aku menerangkan kepada doktor meskipun aku sedikit berdebar waktu itu.Apa sebenarnya dengan Ammar ni.

   “Ooh,kalau macam tu,kamu tunggu disini sebentar.Nanti saya panggil,kamu masuk ke bilik saya,”doktor itu masih lagi mengukir senyuman,.Mungkin ingin menenangkan hatiku yang sedang kegelisahan.

4 comments:

nur syafiqah salsabila said...

terbaik.best. sambungan mane? wlopun ade bnyak bhasa arab yg saye xpaham, tp tetap sedap dbca :)

alfa said...

huhu....bru je sy buat mlm td ni....thnx.....nnti sy smbung=)

ella_pinky said...

alia...!!
sgt menakjubkan....
mana enti belajar?
bgus sangat...

alfa said...

terima kasih...=)
ana mmg minat bidang ni sejak sekolah rendah lg....jd sja2 cuba utk terus berdakwah melalui bidang ni...=)