Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Sunday 21 August 2011

MAHAR TAQWA


Kelihatan dua orang kanak-kanak yang leka bermain di satu halaman yang berteduhkan pohon rendang.Angin yang sepoi2 bahasa petang itu menyamankan setiap penduduk Kampung itu.Khansa’ Khalishah dan Khalid Khusyairi masih seronok bermain bersama.Itulah kebiasaan mereka tiap-tiap petang bermain bersama dihalaman itu.Halaman itu tidak jauh dari rumah mereka.Kerana itulah ibubapa mereka tidak keberatan untuk membiarkan mereka bermain disitu.
Dari kejauhan,ibu Khalid melihat keseronokan anaknya bermain.Puan Husna bimbang melihat kekraban anaknya dengan Khansa’.Khansa’ dari keluarga berada,sedangkan mereka sering termakan budi dengan keluarga Khansa’.Hati tuanya tetap mengatakan gagak dan merak tetap tidak akan sama.Puan Husna akui,ibubapa kepada Khansa’ teramat baik terhadap keluarganya.Mereka tidak sombong walaupun mereka diberi kekayaan.Mereka tetap suka membantu keluarga yang kesusahan tanpa membezakan miskin dan kaya.Kerana itulah persahabatannya dengan ibu Khansa’ terjalin mesra.Namun,beliau tetap bimbang andai ada yang menafsirkan keakraban mereka berdasarkan harta.
“Abang,xpe ke abang balik lewat ni..nanti mak abang marah nanti abang balik lewat ni,”tutur Khansa’ sambil menguis2 tanah di kakinya.Panggilan ‘abang’ untuk Khalid telah pun diajarkan ibunya sejak kecil oleh kerana jarak jauh umur mereka 6 tahun.Panggilan itu telah sebati untuk mereka sejak Khansa’ petah bercakap dahulu.
“Jom la balik.Hari pun memang da lewat.Tak elok kita kat luar maghrib2 ni kan.Jom,esok kita sambung ea.,,”lembut bicara Khalid.Khansa’ sekadar menganggukkan kepala sambil mengibas2 tanah di tangannya.Khalid memimpin Khansa’ pulang ke rumahnya.
“Assalamualaikum,mak cikkk…,”panggil Khalid dari luar rumah Khansa’.
“Waalaikumussalam…Oooh,Khalid….masuklah….,”kata Puan Fatimah setelah dia menjenguk mukanya ke pintu.Ramah orangnya.
“Eh,xpe la mak cik,Khalid nak hantar Khansa’ ni je.Mintak maaf la pulang lewat,tak perasan tadi.,”kata Khalid sopan.Puan Fatimah hanya tersenyum melihat Khalid.Walaupun baru berumur 12 tahun,peradabannya dengan orang tua sudah pandai dijaga.Bertuah ibubapanya memiliki anak sebaik Khalid.
“Terima kasih ya Khalid tolong hantarkan Khansa’.xpe..Khansa’,mari masuk,nak..,”ajak Puan Fatimah.
“Khansa’,masuk ya.Esok nak ke sekolah lagi.Kita jumpa esok ya..Abang balik dulu,”
“Khalid balik dulu mak cik,assalamualaikum.,”Khalid tunduk dan terus berlalu.Puan Fatimah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Khansa’ menghantar pandangannya mengiringi langkah Khalid.Kemudian dia terus masuk ke rumah.
Khalid pulang ke rumah setelah menghantar Khansa’.Dia terus menuju bilik air dan  membersihkan badannya dan bersiap-siap untuk solat maghrib.
“Khalid,lewat pulang hari ni,dah solat maghrib belum?,”tanya Puan Husna.
“Khalid hantar Khnsa’ tadi bu…x perasan hari dah makin senja..Khalid nak pergi solat dulu ya bu..,”kata Khalid.
“Tu la,lain kali main tu tengok2 sikit.Leka sangat…emm,pergi lah,takut x sempat nanti..,”tutur Puan Husna sambil memerhatikan anaknya yang mula hendak mengangkat takbir.’Khalid,Khalid….ibu harap kau berguna untuk agama,nak.’

…………………………………………………………………

“Mama,boleh tak esok,Khansa’ tak nak ke sekolah?,”tanya Khansa ketika mereka sekeluarga makan malam.
“Kenapa Khansa’ x nak ke sekolah?Esok kalau Abang Khalid datang jemput Khansa’,mama nak cakap ape?,”Khansa’ terdiam.wajah comelnya muram sahaja.Puan Fatimah cuma tersenyum melihat keletah anak perempuannya.
“Alaa,mama cakap la Khansa’ sakit ke…,”
“Khansa’ ingat x mama cakap,ape pun yang berlaku,kita x boleh bohong?Allah nampak kan sayang?Papa pun pernah cakap kat Khansa’ macam tu kan?Khansa’ pergi je la sekolah ya?,”
“Khansa’ ingat mama papa cakap tu tapi……
“Kenapa?Abang Khalid x jaga Khansa’ ke?
“Tak lah.Abang Khalid baik ngan Khansa’ cuma kawan-kawan Abang Khalid  je selalu ejek Abang Khalid.Kesian Abang Khalid,ma…Abang Khalid diam je,dia tak marah pun.Dia mengadu pun x kat cikgu.,”adu Khansa’ sambil tangannya menguis2 nasi di pinggannya.
“Khansa’ cakap la dengan dorang.Tak baik buat macam tu kat orang lain.,”
“Khansa’ dah cakap dah tapi dorang marah Khansa’ balik.Dorang kata budak pra mana tau ape2.,”bibir mungilnya petah mengadu ketidakpuasan hatinya dengan sikap kawan-kawan Khalid yang sudah keterlaluan baginya.
“Tak pe la Khansa’,biar lah orang nak cakap ape pun..Yang penting kita tahu kita sape,ye sayang.Dah,Khansa’ makan cepat.Da nak masuk Isyak ni.Khansa’ nak ikut mama solat x?,”
“Tak nak la mama.Khansa’ penat.Khansa’ nak tidur terus.Esok nak bangun awal,”
Puan Fatimah merenung anak kesayangannya itu.Tentang agama,umur seperti Khansa’ memang tidak diwajibkan.Beliau juga tidak mahu memaksa Khansa’ kerana beliau tau Khansa’ masih belum faham tentang rukun iman dan islam.Namun,Puan Fatimah tetap menjelaskan sedikit demi sedikit supaya kelak Khansa’ akan terfikir sendri.
“Erm,okey tapi tahun depan Khansa’ dah darjah satu kan?Khansa’ kena belajar solat,puasa,ya?,”
“Itu tahun depan la mama,Sekarang Khansa’ baru 6 tahun.Okey mama,Khansa’ dah tak nak makan,Khansa’ nak main bear..,”Khansa’ terus berlalu mencuci tangannya dan berlalu ke biliknya.Khansa’ seorang saja lah anak perempuannya.Sejak pernikahannya dengan suaminya,mereka dikurniai 3 orang anak.2 lelaki dan seorang perempuan.2 anak lelakinya  tinggal bersama kakaknya di Bandar kerana anaknya dan anak saudaranya menuntut di sekolah yang sama.Tinggallah Khansa’ yang masih kecil dan satu sekolah dengan Khalid.
Puan Fatimah terus mengemas meja makan.Sudah 3 hari suaminya tidak ada di rumah kerana ada urusan di luar Negara.Selepas mengemas,Puan Fatimah ke bilik anaknya.Khansa’ leka bermain anak patung pemberian ayahnya sempena hari lahirnya..
“Khansa’,tidur,nak..Hari dah makin malam.Khansa’ kata nak bangun awal esok kan.Boleh pergi sekolah awal ngn Abang Khalid esokkan.,”Puan Fatimah mengambil tempat di tepi Khansa’.
“Baik,ma…Khansa’ nak tidur la ni,”tangannya lincah mengemas semula permainannya.Puan Fatimah memerhatikan raut anaknya yang seperti dalam keresahan.Pasti perkara yang dirunsingkan Khansa’ sewaktu di meja  makan tadi.Khansa’ menyalami mamanya dan terus naik ke katil.
“Selamat malam,sayang,”dahi Khansa’ dicium kasih.
“Selamat malam,mama.,”
………………………………………………………………………..
                                                                     
“Pergi dulu,bu..assalamualaikum.,”selepas menyalami ibunya,Khalid menuju ke rmah Khansa’.
Khansa’ masih di biliknya.Membelek2 kertas warna yang diberi gurunya semalam.Hati kecil kanak2 itu masih berat untuk ke sekolah.
“Sayang,Abang Khalid dah ade tunggu Khansa’ kat depan tu.Jom,Khansa’ siap cepat,”Puan Fatimah masuk ke bilik Khansa’.Khansa’ cuma menurut kata ibunya.Dia bersiap dan berjalan ke ruang tamu.Di sofa,kelihatan Khalid sedang menunggu Khansa’ untuk ke sekolah bersama.
Selepas menyalami mamanya,Khansa’ terus membonceng basikal yang ditunggang Khalid.Dia memeluk kuat belakang Khalid kerana jalan kampung itu terlalu banyak lopak yang boleh menyebabkan basikal itu jatuh.
“Abang,kesian abang kan selalu kena ejek ngan kawan2 abang sebab hari2 bawa Khansa’.,”luah Khansa’ ketika dalam perjalanan ke sekolah.Perjalanan mereka memakan masa 20 minit untuk sampai ke sekolah.
“Ish,xde lah.Abang ok je la.Ye la,tahun ni je kita boleh pergi sekolah sama2.Lepas ni,abang kena pindah sekolah baru sebab sekolah tu xde untuk pelajar umur 13 tahun.Tahun depan kan abang 13 tahun.,”jelas Khalid satu persatu.Khansa’ cuma mendiamkan diri di belakang.
“Abang nak sekolah kat mana?,”tanya Khansa’ setelah lama mendiamkan diri.
“Abang tak tahu lagi ke mana.Da la Khansa’,kita dah sampai.Jom..Masuk kelas terus tau,Jangan ke mana2.,”kata Khalid sambil menurunkan tongkat basikalnya.Khansa’ menganggukkan kepala sambil terus menuju ke kelasnya. Khalid menghantar Khansa’ dengan pandangannya.Begitulah  yang selalu dia lakukan untuk mengawasi kanak2 itu,..Sayang sungguh dia akan Khansa’.Khansa’ telah dianggap seperti sebahagian keluarganya.Keselamatan Khansa’ adalah tanggungjawabnya.Apabila dia melihat Khansa’ telah pun masuk ke kelas,Khalid menuju ke kelasnya memulakan pembelajarannya.
“Khalid,yuran kamu telah tertunggak 4 bulan.Bila kamu mahu jelaskan?,”soal guru kelasnya,Cikgu Badariah ketika pelajaran KT sedang berjalan.Khalid terdiam.Sememangnya inilah masalah yang dihadapi keluarganya.Lagi2 pula ayahnya sakit sejak kebelakangan ni.Cuma mengharapkan hasil jualan kecil ibunya setiap pagi dan upah membasuh pinggan.Sudah acap kali tunggakan yurannya dijelaskan  oleh Encik Haikal sekeluarga,ayah Khansa’.Dia telah teramat terhutang budi dengan keluarga itu.
“Khalid,kamu dengar tak ape soalan saya?!,”suara Cikgu Badariah menyentakkan lamunannya.
“Ye,cikgu.Ayah saya sakit.Pendapatan ibu saya cuma boleh bayar ansuran je..,”tutur Khalid perlahan.
“Ingat Khalid!tahun ini kamu ada peperiksaan UPSR,kalau kamu tidak dapat menjelaskan yuran itu sebelum hari peperiksaan,kamu tidak boleh menjalani peperiksaan.Faham?!,”sergah Cikgu Badariah lagi.Khalid cuma menganggukkan kepalanya.Dia terfikirkan ape yang harus dikatakan kepada ibunya pulang nanti.
“Sudah.Balik tempat kamu.Kita nak mulakan latihan sekarang.,”ujar Cikgu Badariah.Khalid terus kembali ke mejanya.Di satu sudut lain,ada telinga yang mendengar,ada mata yang melihat,ada akal yang akal yang memikirkan.Khansa’ yang tidak tahu apa2 menyaksikan Khalid sedang dimarahi.’kenapa semua nak marah ngan Abang Khalid?abang kan baik.tapi ramai yang tak suka.kenapa ye?ishhh’monolog hati kecil Khansa’.
“Khansa’,awak tak malu ke kawan ngn Abang Khalid tu?,”tanya Syasya,kawan sekelasnya.
“Kenapa awak tanya macam tu?,”Khansa’ menyoal kembali sambil tangannya ligat mewarnakan gambar rumah yang dilukiskan gurunya tadi.
“Tak laa,Abang Khalid tu kan miskin,jual nasi lemak tepi jalan je.Awak tu kan anak cikgu.Tapi hari2 awak ke sekolah naik basikal je.,”tutur Syasya lagi.
“Ha ah la Khansa’.Kita selalu naik kereta sebab ayah kita doktor.Lagi senang dari naik basikal tu.Makan pun nasi ayam,jarang kita makan nasi lemak.Awak tak kan nak kawan ngn anak orang miskin tu.,”sampuk Lina.Khansa’ sekadar mendiamkan diri sahaja. ‘biar apa orang kata.Yang penting kita tahu kita siapa’.Masih terngiang2 kata2 mamanya.Khansa’ mengambil begnya dan terus keluar menuju ke basikal Khalid.
“Khansa’….Khansa’…nantila dulu,”panggil Syasya dan Lina.Khansa’ terus berjalan tanpa menoleh.
“Khansa’,kawan panggil tu,”tegur Khalid.
“Biarlah bang.Dorang tu suka mengata abang.Jom kita balik bang,”Khansa’ menarik tangan Khalid.Khalid cuma menurut.

…………………………………………………………………………………….

“Khusyairi,tahun depan Khalid sambung belajar pondok nak?,”tanya ayahnya pada 1 malam.Waktu itu Khalid sibuk menyiapkan kerja rumahnya.
“Abang nak bawak dia kat tempat Idah kew bang?,”sampuk Puan Husna yang baru keluar dari dapur dengan dulang air di tangannya.Puan Husna membantu suaminya untuk bersandar.
“Tak lah.Ni tempat lain pulak la.Kalau boleh,kat Kelantan tu ada 1 pondok.Yuran pun xde.Memang xde bayaran dok situ.Nak macam tempat dak Idah tu,memang abang x mampu la.Na pun kesian abang tengok.,”kata suaminya.Puan Husna mendiamkan dirinya sambil menoleh kearah Khalid yang masih tekun menyiapkan kerja rumahnya tanpa menyedari ibu dan ayahnya membincangkan tentang dirinya.
“Macam mna dik?,”pertanyaan Puan Husna membuatkan Khalid menoleh.
“Kenapa bu?.”
“Ayah nak hantar adik ke pondok tahun depan.Nak x?,”
“Adik ikut je la bu.Kat tempat kakak ke?,”tanya Khalid.
“X…x…kat Kelantan.”sampuk ayahnya.
“Kalau mahal bayarannya ,x payah la ayah,”kata Khalid sambil menyambung kerjanya.
“Tempat ni insyaAllah xde bayarannya nak..yang penting Khalid belajar bersungguh2.Ada bayaran atau x itu x penting.X semestinya xde bayaran,Khalid boleh belajar main2.Ayah teringin nak Khalid jadi seorang hafiz al-quran.Boleh member syafaat pada ahli keluarga terdekat.,”nasihat ayahnya dalam sesak nafasnya.Khalid yang berminat dengan pernyataan ayahnya beralih arah.Dia menutup buku sekolahnya dan duduk disisis ayahnya.Puan Husna dan suaminya sudah saling tersenyum..Encik Raziq tahu akan pendirian anaknya.Kalau saja ada 1 perkara yang tidak pernah didengarinya,pasti dia berminat untuk ambil tahu.
“Ayah,syafaat tu apa ayah?,”tanya Khalid
Sambil menghela nafas,Encik Raziq menjelaskan 1 persatu.
          “Syafaat tu adalah perantaraan ataupun pertolongan,bantuan.Macam nabi nanti akan jadi perantaraan dan akan memberi bantuan untuk ummatnya supaya diampunkan dosa2na oleh Allah.Begitu juga untuk para hafiz dan hafizah.Diorang2 ni akan jadi perantaraan ntuk ahli keluarganya mendapat rahmat Allah pada hari kiamat.Khalid tak nak ke jadi perantaraan ibu ngan ayah nanti?mana tau kalau Allah izinkan,Khalid boleh jadi perantaraan ibu ngan ayah masuk syurga ke….,”jelas si ayah sambil menarik minat anaknya.Khalid yang mendengar penuh minat akhirnya tersenyum sambil mengangguk.
          “Tapi dengan syarat la….,”sampuk ibunya.Encik Raziq menoleh kearah isterinya.Begitu juga Khalid.
          “Kena ada taqwa…,”jelas ibunya.Ayah Khalid mengangguk juga kepalanya.
          “Erm,taqwa tu ape pula ayah?,”tanya Khalid masih terpinga2.
          “Taqwa tu maksudnya ‘takutkan Allah’ sahaja.”jawab ibunya.
          “X faham lah bu…..,”
          “Xpe lah.Hari ni adik belajar 1 ilmu dulu ya.Ilmu apa hari ni?Apa yang adik dapat hari ni?,’tanya Puan Husna.
          “Erm…adik dapat balajar tentang syafaat…,”jawab Khalid.Ibu dan ayahnya terseyum.
          “Ok lah bu,ayah.Khalid nak tidur dulu ya,”kata Khalid sambil menyalami ibu dan ayahnya.Mereka sekadar mengangguk.
          “Oh ya.Khalid macam mana belajar tadi?,”soal ayahnya.Khalid berhenti melangkah.Perlukah dia memberitahu ayahnya soal tunggakan yurannya yang memang diketahui ayahnya?Bagaimana pula kesihatannya kelak?’aduh!
          “Erm,ok ayah.Semuanya ok,xde masalah pun.Ayah,ibu,adik tidur dulu ya.,”katanya dan terus berlalu.
          “Apa agaknya masalah anak awak tu?,”suaminya tergelak kecil.
          “Anak Na anak abang jugak.,”jawab Puan Husna mencebik tanda mogok.
Semakin lebar senyumannya melihat gelagat isteri.
…………………………………………………………………………………………

          “Yea yea!!papa balik…papa balik….eh along ngan angah pun ada….mama!!papa,along ngan angah da balik,”teriak Khansa’.Bagaikan telah lama dia tidak berjumpa papanya.Sang ayah tersenyum melihat telatah ank perempuan tunggalnya.Encik Haikal mendepangkan tangannya dan sekelip mata,Khansa’ telah pun berada dalam dakapannya.Lama 2 beranak itu berdakapan.Si mama pula menjadi pemerhati ayah dan anak itu melepaskan rindu.Hati seorang isteri juga sering merindui sang suami namun apakan daya,beliau lebih memahami kesibukan suaminya menguruskan beberapa projek pembangunan sekolah2 baru.Pengorbanan yang dilakukan ini sebagai tanda beliau menghargai kehadiran sang suami dalam hidupnya.Encik Haikal menuju kearah isterinya.Dahi isteri dikucup lembut dan tangan suami disambut.
          “Assalamualaikum ,mama.,”suara anak sulungnya menegur sambil tangannya dikucup.Perbuatan anak sulungnya diiringi adiknya.
          “Waalaikumussalam.Apa khabar orang jauh?,”usik mama mereka.
          “Orang jauh ape nya ma….dekat je pun.Dalam Malaysia lg.Alhamdulillah kami sihat je.Mama apa khabar?,”tnya Aliff Iskandar,anak sulungnya.
          “Mama sihat selalu.Erm,dah la..Nak borak ,kita borak kejap lagi.Along ngan angah pergi bawak beg ni masuk bilik.Mandi lpas 2,boleh kita makan sama2.Bawak balik barang macam x nak balik asrama dah.,”kata Puan Fatimah lg sambil tersenyum.Kedua2 anaknya menurut.
          “Memang x nk balik da pun.Nak duduk ngan mama pulak.,”sampuk anak keduanya,Aliff Iman sambil membawa barangnya menuju ke tingkat atas.
          “Haaa?biar betul,.Berhenti dah ke along,angah?mama x tahu pun….,”Puan Fatimah menoleh ke tangga namun pertanyaannya teerbiar sepi tidak didengari 2 anaknya.
          “Hmmmm..,”keluhnya.
          “Ape la yang dikeluhkan tu by.,”rupanya sang suami memerhatikan isteri dan anaknya dari tadi.Puan Fatimah mangambil tempat tidak jauh dari suaminya.
          “Tak de ape la bang.Pelik jugak angah cakap x balik da tu,”
          “Gurau je tu..Cuti x lama pun.Seminggu je.Lepas tu abang hantar la dorang balik ke asrama,”kata suaminya yang sedang membelek2 akhbar di tangan.
          “Hmm..xpe la kalau macam tu.Bagi habis belajar dulu baru nak pindah2.Along pun PMR tahun ni,sayang je kalau pindah2 sekolah,”Puan Fatimah menghela nafas.
          “Abang pun sekejap je balik ni,”sambung Encik Haikal lg.Puan Fatimah yang baru hendak bangun dari duduknya,terduduk kembali mendengar bicara suaminya.
          “Berapa lama je la abang ade kat rumah ni.?,”tanya isteri berbaur rungutan.Encik Haikal sedaya upaya menyembunyikan senyumannya.
          “3 hari je abang kat rumah ni.Lepas tu kena keluar balik nak pergi Qatar pulak.,”
          “Hmm,xpe lah kalau macam tu.Abang gi la mandi dulu,kita makan sama kejap lagi.By nak gi tengok budak 2 tu.,”katanya seakan merajuk.Puan Fatimah terus bangun untuk beredar namun tangannya sempat dicapai oleh suaminya.Beliau terduduk semula disisi suami.
          “Ape lah by ni,sikit merajuk..sikit merajuk..x macam muka Khansa’ la macam ni.Khansa’ comel,tp kalau mamanya kuat merajuk,x comel la.,”pujuk suaminya.
          “Eh abang ni..Khansa’ tu yang ikut muka by.Bukan by yang ikut muka dy.Abang tu,selalu xde kat rumah.Sunyi la..,”masih dalam rajuknya.Encik Haikal tersenyum melihat isteri yang memang suka merajuk tapi rajuknya jarang ditunjukkan.Beliau ubati sendiri rajuknya kalau x kelihatan oleh suaminya.Sememangnya Puan Fatimah isteri yang memahami akan kerjaya suaminya namun kadang2,kesepian seorang isteri tanpa suami disisi sukar ditepis.
          “Ye la..ye la…Erm,kali ni abang cuti lama.Tapi nanti kawan abang tu ada ajak abang gi Kedah nak pantau keadaan sekolahnya yang baru buka tu.,”kata suaminya lg.
          “Bila?,”tanyanya pendek.
          “Hmm merajuk lg ke by ni?x tau lg bila.Lambat lg la.,”
          “Ok la klau macam tu.By nak naik dulu.Ape la dorang buat tu.Kejap lg,lepas makan kita berborak ea.,”tutur isteri.Suaminya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
          “Along ni suka buli Khansa’ la.Kalau balik bukan nak buat baik ngan Khansa’,Jahat!!!,”Khansa’ mencebikkan bibirnya.Along cuma tergelak sahaja.
          “Long,x baik buat adik macam tu.Dah la x selalu jumpa.Khansa’,meh sini kata angah.,”
          “Angah je baik.Khansa’ sayang angah.Khansa’ x sayang along..wekkk,”
          “X baik macam tu.Khansa’ kenalah sayang semua.Along baik tp along suka nyakat Khansa’ je.,”pujuk Aliff Iman.Khansa’ yang menyandarkan kepalanya di dada angahnya sekdar mendiamkan diri.Sang along pula tidak habis2 menyakat adiknya.
          “Habis ,along buat macam tu,Khansa’ x suka la.Angah x buat pun macam tu,”
          “Ye la..ye la..ye la..along salah.Along mintak maaf.Along cuma nak main2 ngan Khansa’ je.Tu pun x boleh.Ye la,along x main dah ngan Khansa’,”Aliff Iskandar pula pura2 untuk keluar dari bilik itu.Belum sempat keluar,sebijibantal dilontarkan kepadanya namun Aliff Iskandar tidak mengendahkannya.Dia terus berlalu mengambil tuala yang tersangkut di pintu almari itu dan terus keluar.Khansa’ berlari menarik tangan abangnya.
          “Along x sayang Khansa’ ea?,”tnya Khansa’ mencebik.Alongnya berhenti melangkah namun tidak dipandangnya wajah Khansa’.Khansa’ mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah alongnya.Aliff Iskandar masih mendiamkan diri.Sebenarnya dia sengaja berbuat demikian untuk melihat reaksi adiknya.
          “Erm,xpe lah.Along x sayang Khansa’.Khansa’ nak tidur lah.Along balik je nak gaduh ngan Khansa’,”jawab Khansa’ yang seakan merajuk itu.Khansa’ berlalu ke biliknya.Si angah sudah tergelak sakan melihat drama adik dan abangnya.Baru sahaja Khansa’ melangkah ke bilik,alongnya sudah menggeletek pinggangnya hingga terduduk Khansa’ dibuatnya menahan geli…
          “Along!,dah laa..keras adik tu karang!!dah mandi ke belum korang kat atas tu,,.Nak main pun ,mandi,makan dulu.,”teriak sang ibu dari tingkat bawah.Suara Puan Fatimah menghentikan gurauan 3 beradik itu.Dengan segera along dan angah mencapai tuala masing2 dan menuju ke bilik air.Khansa’ sekadar memerhati dengan sisa tawanya.Senak perutnya dengan getekan abangnya tadi hingga terkeluar airmatanya.Namun dia gembira sekarang sampaikan terlupa persoalannya tentang Khalid di sekolah tadi.
…………………………………………………………………………………….

Di satu pihak lain,ada yang sedang berendam airmata dengan nasib yang menimpanya.Bukan tidak redha dengan ketentuanNya tapi sebagai insan biasa,keadaan keluarganya menggugat kesabaran seorang anak sepertinya.Anak mana yang sanggup melihat penderitaan 2 orang tuanya dengan masalah yang dialaminya.Bukanlah mereka sekeluarga yang pinta hidup dalam kemiskinan dan bukanlah jua mereka tidak berusaha namun dengan kesibukan dirinya untuk menghadapi peperiksaan besar tahun itu,ditambah lagi dengan keadaan si ayah yang tidak mampu bangun,mereka hanya berharap dengan usaha si ibu yang lemah keupayaannya.Khalid yang masih di pembaringan itu memikirkan apakah jalan terbaik untuk membantu 2 orang tuanya.Mengorbankan pembelajarannya?Meminta pertolongan ayah Khansa’ lagi?atau berterus terang dengan 2 orang tuanya?’aduh!bantu aku ya Allah’,rinih hatinya
          “Adik…adik…,”suara ibu memanggil dari luar bilik.Khalid tersentak.Dia pura2 tidur untuk mengelak dari pertanyaan ibunya tentang masalah di sekolah.Khalid mendengar bunyi pintu biliknya dibuka.Pasti ibu melihat aku,desisnya.
          “Hmm…ibu pasti adik x tidur lagi.Adik,adik ade masalah ya,”si ibu menguis2 anak rambut anak lelaki tunggalnya itu.Khalid masih tidak membuka matanya.Puan Husna masih sabar menunggu.Anak bongsunya yang bermur 12 tahun itu memang berlainan sikapnya dari anak sulungnya,Khalidah Khusyairah yang bersikap agak kasar sedikit dan mudah berkongsi cerita.Tetapi anaknya yang seorang ini agak liat berkongsi masalah dengannya kalau tidak ditanya.Segalanya dipendam sendiri.Puan Husna bimbang anaknya akan mengalami tekanan akibat memendam masalah.Sebagai seorang ibu,dia perlu mengambil tahu masalah anaknya walaupun kadang2 masalah itu cuma perkara biasa bagi seorang anak berusia seusia anaknya.
Khalid membalikkan tubuh membelakangi ibunya.Dia tidak mahu bertentang dengan ibunya sehingga menimbulkan rasa serba salah pada diri sndri.Dia masih belum metuskan apakah yang terbaik untuk hal itu lagipun,esok sekolahnya telah mula bercuti.Puan Husna menghela nafas melihat Khalid yang cuba mengelakkan dirinya.’biarlah dulu,ambillah masamu untuk menenangkan fikiran,Khalid’..monolog Puan Husna dalam hati.Puan Husna melangkah keluar setelah menutup pintu bilik anaknya.Setelah mengetahui ibunya telah keluar dari bilik itu,Khalid membuka matanya.’maafkan Khalid,ibu.Khalid belum bersedia untuk memberitahu masalah Khalid’.,gumamnya dan terus melelapkan mata.
……………………………………………………………….......................................


ربنا آتنا في الدنيا حسنة ؤ في الاخرة حسنة ؤ قنا عذاب النار.....“amiiiiin”,kedengaran suara  ma’mum mengaminkan bacaan doa imam.Selesai sudah solat hajat yang dilakukan jemaah itu.Memang rutin pelajar disitu melakukan solat hajat dan taubat pada setiap malam.Malah mereka berjemaah dalam melakukan solat sunnat itu.Pendapat mereka,ia lebih makbul dan saling menampung andai berjamaah.Jamaah juga menampakkan kesatuan hati mereka.Baginda S.A.W juga menggalakan berjamaah dalam melakukan amal kebaikan kerana dalam jamaah itu ada ‘nasrullah’(pertolongan Allah)..
          “Syira,kalau sekolah luar ni,dorang dah start cuti sekolah kan?..Teringat pulak ana kat fmily ana y d umah tu..,”tutur Julia sewaktu melipat kain telekungnya.Ketika itu semua pelajar bersiap2 untuk tidur.
          “A’ah..Ye la,smua rindu kat family.Ana pun sama.Lg2 kat adik ana sorang tu.Nanti x tau la dy sekolah mana.Ibu ngn ayah x mampu nk hntar dy kat sekolah berbayar.,”sayu suaranya.Terkenangkan keluarga y tidak seperti keluarga orang lain.
          “Sekarang umur brape?,”tanya Julia.Mereka masih leka di musholla.
          “Erm,sekarang darjah 6.Tahun ni UPSR.,Susahkan.Biasanya kalau UPSR ni bnyak kena pakai duit.Betul x?,”
          “Erm,ada rzeki,adalh Syira.Jangan risau..Kalau dunia yang kita kejar,dunia semakin jauh tp kalau akhirat yang kita kejar,dunia datang melambai2 kn..nabi dah bagitau dah semua tu…semuanya kuasa Allah..,”sahabat baiknya itu tersenyum sambil mengelus lembut tangan Khusyairah.
          “Kadang2 ana terfikir untuk berhenti belajar je,dan tolong ibu kat kampung tapi ibu ngan ayah ana x bagi berhenti.Katanya alang2 dah tengah jalan,teruskan je.Ye la,tiap kali balik cuti,mesti masalah kami adalah yuran yang tertunggak.Selalunya yuran ana yang ibu dan ayah dahulukan.Adik ana tu sanggup tertunggak beberapa bulan.hmm,,”
          “Jangan berhenti dari belajar.Apa pun,teruskan..Mungkin hari ini mereka susah untuk senangkan kita tp bila kita dah senang,tnggungjawab kita pulak untuk menyenangkan mereka.Sekali Syira berhenti dari belajar,sampai bila2 pun Syira akan terbiasa memendekkan masalah dengan berhenti belajar..dan kesudahannya?pasti lah x habis belajar kn?sayang je…lg rugi kalau macam tu…bnyak bnde rugi..masa rugi,duit rugi,tenaga rugi,mm y pnting,pahala pun rugi sbb baginda dah bersabda,”amalan yang paling Allah suka adalah amalan yang sedikit tapi istiqamah”…x gna blajar skerat2 kn…..,”sekali lg nasihat yg bernas dr bibir sahabat itu.Syira sekadar menganggukkan kepalanya tanda dia setuju dengan kata2 Julia.Mereka adalah diantara pelajar senior di situ.Julia telah menghafal Al-Quran sebanyak 18 juzuk manakala Khusyairah telah menghafal 20 juzuk.
          “Terima kasih Julia.Ana akan dengar nasihat enti tu.Enti memang sahabat yang baik.Erm,Julia,hari dah makin lewat.Esok bangn lambat pulak nanti.mentang2 lah belajar sekerat hari je esok,tido lewat pulak kita.Jom.Entah dah tido ke blum dorg ni.X tgk,xde la nk tido tu…hehe.,”Syira lantas menutup lampu dan pintu musholla .
          “Alaa,biasala la tu’.Sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat untuk orang beriman’,Memang kita ni perlu sentiasa diingatkan……,”tambah Julia lg.Sememangya Julia petah berkata2.Kerana itu lah dia sering menjadi penasihat bagi pelajar yang bermasalah.Kata2nya jarang dibantah kerana kebanyakannya boleh diterima akal….
          “Hmmmm,”keluh Syira.
          “Aikk,kenapa mengeluh?,”hairan Julia.
          “Oooo….ooopssss…maaf…enti kan lujnah tido…patutlah bimbang semacam….ok3,jom kita ajak dorg tido…ampun bangat mbak,”Julia  sempat mengusiknya sebelum dia menarik tangan Syira supaya mempercepatkan langkahnya ke bilik.Khusyairah sekadar tersenyum sambil  menurut langkah Julia.
…………………………………………………………………………………………………………………
‘Ding… Dong… Ding…. Dong….’bunyi jam dinding yang menunjukkan pukul 11 malam.Namn keluarga yang baru bertemu siang tadi masih rancak berbual sesame mereka.Suara anak2 mereka riuh hingga kedengaran ke luar rumah.Rumah besar itu juga masih terang benderang seprti mata2 penghuni rumah itu yang masih belum mahu tidur.Encik Haikal sibuk melayan anak2nya sambil bergura manakala Puan Fatimah di sapur menyediakan minumanm panas untuk santapan yang kesekian kalinya.\
          “Byyyy…oooo byyy….,”panggilan itu telah terbiasa sejak mereka di alam percintaan 18 tahun dahulu.Singkatan dari lafaz ‘habibi @ ahabbi’(kekasihku @ kesayanganku)..Beliau sendiri yang meminta iseterinya menggelarkan dirinya dengan panggilan ‘by’..Katanya lebih akrab dan saling mendekati dengan panggilan itu.
          “Ya bang.By adekat dapur ni.Kenapa?,”sahutnya dari dapur.Encik Haikal tergelak.Beliau sengaja mengacau isterinya.Puan Fatimah keluar dari dapur dengan membawa sedikit makanan ringan dan air utk santapan malam itu.
          “Papa ni ska kacau mama.Nanti x sedap mama masak,mula papa tu nak mengomel macam nenek tua,”ajuk Khansa’,anak bongsunya yang petah berbicara.Encik Haikal ternganga mendengar kata2 Khansa’.Isterinya sudah tersenyum sinis .’haaa,baru tahu anak tu dah pandai bercakap’,desisnya dalam hati.
          “Eh2 anak papa ni.Sejak bila pandai mengomel kat papa ni,ikut sapa ni,”
          “Ikut papa la,ikut sapa lg.Kan Khansa’ ana papa.,”celotehnya lg.
          “Khansa’,Khansa’ cakap ngan papa tu.X baik cakap macam tu.Cakap  elok2 ye,”lembut Puan Fatimah menegurnya.Encik Haikal mengusap lembut kepala anak bongsunya.
          “Along,angah,x nak makan ke..nak makan tv tu ke?,”ujar si ibu melihat 2 orang heronya masih di hadapan televisyen itu.,
Iskandar dan Iman berlari mengambil tempat di sebelah mama dan papanya.Mereka makan bersama2sambil menonton tv.
          “Khansa’,macam mna belajar?seronok?,”tnya si ayah untuk mengetahui perkembangan anak bongsunya.
          “Seronok la papa ni,”jwab Khansa’ sambil lewa.Encik Haikal tersenyum melihat Khansa’,isterinya pula tidak habis2 menggelengkan kepalanya.
          “Khansa’ pergi sekolah ngan Abang Khalid tu lg ke?,”tnya Encik Haikal lg .
          “Aah.,”pendek shja jawapannya.
          “Ape??adik kawan lagi ke ngan budk laki tu?,”tanya along yang sedari tadi mendiamkan diri.Semua yang ada disitu menoleh kearah Aliff Iskandar.
          “Kenapa?salah ke Khansa’ kawan ngan dy?Abang Khalid baik sgt ngan Khansa’.Kalau ade org buli Khansa’,Abang Khalid la yang tolong.Mane ade org lain nk tolong Khansa’,”baru kedengaran kepetahannya bila bercerita tentang Abang Khalidnya.Puan Fatimah sekadar menjadi pemerhati sedari td.

“Erm,adik x main ke ngn Adham tu?,”tanya along lg.
          “X nak lah.Am tu sombong.Mentang-mentang anak org kaya,berlagak pulak,”cebik Khansa’
          “Papa,x baik kn kalau kita sombong 2?,:tmbah Khansa’ bertanya kpada ayahnya.Encik Haikal mengangguk2 kn kpalanya..Beliau mengusap lembut kepala anak bongsunya.
          “Kita x elok sombong2 ni,sebab rezeki atau kekayaan yg Allah bg pda kita adalah kepunyaan Allah.Kalau kita sombong,nanti Allah tarik balik rezeki tu,kita nak mintak kat sapa lg kan,”nasihat si ayah .Khansa’ terdiam mendengar kata2 ayahnya.
          “Erm..macam tu rupanya.Khansa’ x nak sombong lah.Khansa’ nak buat baik je ngan semua org.Baru Allah sayang Khansa’ kan papa?,”
          “Ya syg..Mesti Allah akan syg org yg baik mcm Khansa’ kalau Khansa’ xnak sombong..,,”si ibu menyambung menjelaskan kpada anak bongsunya.
          “Erkk….papa,mama,UPSR tu ape pa,ma?,”tanya Khansa’ seraya mendongakkan kepalanya menoleh kea rah mama dan papanya.Dia menoleh sekilas kearah alongnya yg sejak tadi x berkutik mendiamkan dirinya.Si angah pula telah lesap entah ke mana.
          “Kenapa adik tanya?,”tanya Iskandar.Khansa’ menggaru2kan kepalanya.Perlukah dia bercerita kepada 2 org tuanya tentang perkara d sekolah tadi?.Khansa’ mengintai2 wajah 2 org tuanya yg masih menanti butir bicaranya.Khansa’ menundukkan kepalanya.
          “Kenapa syg?,”mamanya menguis anak2 rambut yg berjuntaian menutupi mata Khansa’.
          “Erm,tadiwaktu sekolah……..
          “Kenapa?pasal budak laki tu lg ke?si Khalid yg nak mengendeng je kejenye tu?,”pintas Iskandar menunjukkan emosinya.
          “Along ni kenapa?adik x ckp ngan along pun.Along diam lah.Papa dah ajar jangan sombong kan,”tegur adiknya.Aliff Iskandar melurutkan rambutnya ke belakang sambil mendengus.Dia memang tidak menyukai Khalid sejak dulu lagi.Baginya Khalid Cuma mengambil kesempatan diatas kekayaan papanya sahaja.Sudah acap kali papanya menanggung Khalid sehinggakan keinginannya terpaksa diketepikan hanya kerana papanya ingin melakukan kebaikan terhadap Khalid dan keluarganya.Khalid merengus lagi.
          “Kenapa Khansa’,”tanya mamanya lagi.
          “Erm,pg td Khansa’ nak ke bilik air kat sekolah,lepas tu Khansa’ dgr Cikgu Badariah marah Abang Khalid.Cikgu cakap kalau Abang Khalid x boleh bayar yuran yg tertunggak tu,Abang Khalid x boleh amik UPSR.UPSR tu apa mama?,”tnya Khansa’ lg.
          “Haaaa,tu semua la tu nak amik kesempatan lg.Guna la ala an UPSR la ape la..sebenarnya  nak duit papa kn,mcm tu?huh!!pandai budak kecik tu.Kecik2 lg dah pandai mengikis.Khansa’ jgn…….
          “Along!!!ape mulut tu cakap sebarangan.Mana along tau Khalid amik kesempatan ke ape,mama yg duduk sebelah rumah ngan dia,mama x pernah Nampak pun dia meminta2 kat rumah.Khalid tu budak baik tau x,”tegur Puan Fatimah.Beliau tidak suka bila anak sulungnya mengata tentang anak jirannya yg banyak mambantu anak bongsunya.Puan Fatimah mengetahui tentang kekurangan yg dialami keluarga itu tetapi tidaklah sampai mengambil kesempatan terhadap keluarganya.Sungguh dia tidak percaya kalau hal itu dilakukan oleh Puan Husna sekeluarga.Sifat qana’ah yg ada pda mereka sekeluarga itulah menybabkan Puan Fatimah selesa dan bangga bergaul dgn keluarga itu.
          “Kenapa along tergamak cakap macam tu kat Khalid?,”tnya papanya lebih memahami emosi anak sulungnya.Aliff Iskandarmengangkat kepalanya melihat kearah papamya.
          “Erm,hari tu dia cerita masalah dia kat Khansa’,lepastu Khansa’ bgtw papa,papa pun tolong dy..X lama lepas tu dy cerita lg kat Khansa’.,saja la tu nak suruh papa tolong lg.Ni,dia buat lg..,”jawab Aliff Iskandar.
          “Ya Allah,Khalid..,Khalid pernah dgr x ayat ni,:اعؤذبالله...يا ايهاالذين ءامنؤااجتنبؤا كثيرا من الظن,ان بعض الظن اثم......, along tau x maksudnya ape?”Wahai org2 yg beriman!!jauhilah kamu dari kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa”…..X baik tau kalau apa yg kita cakap ni x betul,nanti papa ngan mama yg kena tanggung dosa.Papa xnak lah tanggung dosa along,dosa papa pun ,papa x sempat nak taubat habs lg….,”lembut papanya menasihati anaknya.Puan Fatimah sejak tadi menjadi pemerhati perdebatan suami dan anaknya.Aliff Iskandar Cuma menunjukkan muka bosannya.Kata2 dari papanya sprt masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Langsung tidak menyuntik minatnya utk mengtahui tentang anak jirannya yg bernama Khalid itu.
          “Erm,ape2 je la papa ni,suka sgt bela budak tu,”cebiknya lantas mencapai gelasnya menghirup baki airnya.
          “Ok,sambung cerita Khansa’ balik.Ape Khansa’?,”tanya papanya.
          “Erm,papa x marah ke kalau Khansa’ kawan ngan Abang Khalid?,”tnya Khansa’ sambil menyandarkan kepalanya di dada mamanya.
          “Buat ape papa nak marah syg?Khalid tu kan budak baik,kan mama?,”tnya Encik Haikal kpd isterinya.Puan Fatimah sekadar menganggukka kepalanya.
          “Erm,papa,kita tolong Abang Khalid ya pa?,”Khansa’ mendongakkan kepalanya bertanya kpada papanya.Encik Haikal mendiamkan diri.Dia tidak kisah sebanyak manapun dia dapat membantu keluarga itu tp apakah berita yg disampaikan anaknya ini benar,atau sekadar emosinya sahaja.Encik Haikal terdiam sejenak.Sesekali beliau menoleh kearah isterinya yg cuma tersenyum dgn reaksi beliau melayan anak2nya.
          “Ye lah.Nnti kita tolong Abang Khalid ya tp sekarang Khansa’ kene tidur dulu.Dah nak pkul 12 mlm da ni.Esok cuti pun xkan Khansa’ nk bangun lewat kn.,”pujuk mamanya.Puan Fatimah mengerdipkan matanya memberi isyarat pada suaminya.
          “Ok lah,adik pergi bilik air,siap2 utk tidur ya.Along!,angah!sudah,tutup tv tu,sambung esok pulak.ajak adik ni tidur,”arah pape mereka.
          Khansa’ dan abang2nya bingkas bangun dan menuju ke bilik air.Merka membuat persiapan utk tidur..
………………………………………………………………………………………………………….

          “Abang Khalid,jom kita main kat sana bang,”tunjuk Khansa’ kearah 1 taman permainan di kampong jiran yg tidak berapa jauh itu.,Khalid meluhat kearah tempat yg dimaksudkan Khansa’.Dia melihat ada beberapa org kanak2 disitu yg umurnya agak2 sebaya dgn Khansa’.Tapi Khalid bimbang andai papa dan mama Khansa’ mencari Khansa’ nanti.Dia diberi keizinan utk bermain didalam kawasan kampungnya sahaja.Tidak di tempat lain.
          “Tak boleh la Khansa’.Nanti mama ngan papa cari Khansa’,dorg x jumpa Khansa’.Kita main kat sini je lah ea,”pujuk Khalid.
          “Tapi Khansa’ boring la bang kita main 2 org je,kalau kat sana ramai sikit,”
          “Erm,Khansa’ dah boring ya main ngan abang?x pe lah,jom abang cari kawan utk Khansa’ dalam kampong ni,”Khalid menarik tangan Khansa’ pergi dari situ.Khansa’ menoleh kearah wajah Khalid.Terasakah dia?
          “Haaa tu,ada org.Sofea,Adham,Iqbal,Aina tu,pergi la main ngan dorg.,”Khalid menunjukkan Khansa’ beberapa org kanak2 yg bermain di taman permainan itu.Mereka menuju kearah kelompok kanak2 itu.
          “Eh,Khansa’!!mari lah..nak main sekali ke?,jom!”ajak Aina.
          “oh,awak Khansa’.Jom2main sama,”ajak Iqbal pula..
          “Erm,abang nak main sekali?,”tanya Khansa’.
          “Erm,Khansa’ mainlah.Abang tunggu Khansa’ ya,”Khalid tersenyum.Bukan dia tidak mahu menemani Khansa’ tetapi dia sudah tahu akan anak2 penduduk kampong itu.Mereka memandang harta dan pangkat.Keadaan itulah yg membezakan mereka.Khalid duduk di tembok tidak jauh dari tempat Khansa’ bermain.Khalid tidak mempunyai adik,Khansa’ lah satu2nya kanak2 yg dianggap adik.Sewaktu Khansa’ lahir,umurnya berusia 6 tahun.Ibunya selalu berkata dia sering membuat Khansa’ menangis gara 2 ingin mendukung Khansa’.Dia memang menyayangi Khansa’.Apa yg Khansa’ inginkan,sedaya upaya dia turuti walaupun kadang2 berat utk dia laksanakan.Dia rela dilakukan apa sahaja asalkan tidak menyakiti Khansa’.Khansa’ sering juga tidur du rumahnya kalau 2 cuti sekolah sewaktu abang2 nya tiada dirumah.
Khalid melihat kearah Khansa’.Kleihatan Khansa’ sememangnya gembira bermain bersama mereka.Khalid akui,kerana dial ah,Khansa’ kekurangan kawan.Kerana anak2 jiran disu tidak mahu bergaul dgnnya,maka mereka tidak mahu bergaul dgn Khansa’.
          “Khansa’,awak bawak dia tu kenapa?,”tanya sofea sambil memuncungkan mulutbya kearah Khalid.
          “Biarlah.Abang Khalid nak jaga kita.,”kata Khansa’.
          “Kitorg ni x boleh jaga awak ke kalau dia xde.,”sampuk Adham.
          “Mama ngan papa perv=cayakan Abang Khalid je.Kalau ngan org lain,mama x bg main2 jauh2,”jawab Khansa’ lurus.
          “Pe la awak ni.Kalau awak nak singgah kedai ke ape ke,dia bukan boleh belanja awak pun.Awak x payah la kawan ngan dia,dia tak boleh tolong awak pun kalau awak perlukan ape2,”kata Adham lg.
          “Ishhh,awak ni kan!!x baik cakap Abang Khalid macam tu!!kita x suka laaa!kita benci org suka kata2Abang Khalid !,”jeritan Khansa’ didengari Khalid.Khalid segera mampir.
          “Kenapa Khansa’?soal Khalid apabila melihat raut wajah Khansa’ yg tegang.
          “Dorg ni kata abang.Khansa’ x suka la…,”Khansa’ mencebik.Kawan2nya ketawa melihatnya.Mereka mengejek2 Khansa’ dan Khalid.
          “Eah Khalid,ape awak buat kat kawan kita ha sampai dia rapat sgt ngan awak,”Sofea mununjal tangannya didada Khalid.Khalid cuma diam.Dia mengurut2 rambut Khansa’.
          “Khansa’ ni adik saya.Saya kena jaga dia
          “Ceh!adik konon.Hey Khalid!kau tu x layak la jga Khansa’ tu.Kau sedar la ckit kau tu sapa,Khansa’ tu sapa.Keee,kau rapat ngan dia sebab nak bodek mak bapak dia kan?Ye la,mak bapak Khansa’ kan kaya dari kau tu yg setakat jual nasi lemak tepi jalan je kan,”sembur Adham.Tersentak dadanya mendengar hinaan dari mulut Adham yg berumur tua setahun darinya.Namun kerana hormatkan org yg lebih tua darinya,Khalid sekadar mendiamkan dirinya.
          “Eh,Am!kenapa awak cakap macam tu kat Abang Khalid?x baik tau x,mama ngan papa kita x pernah ajar macam tu.Sebab tu lah kita x suka kawan ngan awk tau x,sombong!,”Khansa’ memuncungkan bibirnya dan terus melangkah dari situ sambil menarik tangan Khalid.Khalid sekadar menuruti.Namun belum sempat mereka melangkah jauh,Aliff Iskandar melaung nama adiknya.
          “Khansa’!!Khansa’!!balik!adik wat pe kt situ?,”Iskandar menghampiri mereka.Khalid masih menggenggam tangan Khansa’.
          ‘Eh along.Along wat pe kat sini ,Khansa’ x nak main ngan dorg.Dorg sombong .Khansa’ nak balik main ngan Abang Khalid.,”kata Khansa’.Khalid tersenyum mendengar bicara Khansa’ namun senyumannya tertahan bila pandangannya bertembung dengan pandangan Aliff Iskandar.Aliff Iskandar juga tidak menyenangi Khalid bergaul dgn adiknya.Iskandar yg berusia 3 tahun lebih tua dari Khalid sering membulinya sejak dulu namun Khalid tidak pernah membalas perbuatannya.Apa sahaja yg dilakukan oleh Aliff Iskandar,dia pendam sahaja.Tidak langsung dia mengadu kepada sesiapa.
          “Khansa’,kalau Khansa’ xnak main ngan dorg,main ngan along nak?.,”
          “Tak nak lah.Khansa’ nak main ngan abang,”
          “Kenapa Khansa’ xnak main ngan along?Khansa’ kan adik along,”Iskandar mula tegas dalam kata2nya.
          “Khansa’,pergi lah main ngan along ya,xpe abang tunggu Khansa’ kat sini,”pujuk Khalid lembut.Lama Khansa’ mendiamkan diri seakan berfikr.Tak lama selepas itu,dia menganggukkan kepalanya.
          “Eh,ape yg kau buat kat adik aku ha?sampai dia dgr cakap kau berbanding aku?.,”jerkah Iskandar.
          “Mane ade ape along.Sy cuma pujuk dua main ngan along je,”
          “Eh,sejak bila kau jadi along kau?dah la,x payah nak b’along 2 ngan aku.Khansa’,jom!Khansa’ pun sama je,”Khalid menyentap tangan adiknya.Namun,Khansa’ menarik tangannya dari pegangan Iskandar.
          “Along pun sama macam Am,sombong!mama ngan papa selalu cakap x baik sombong2,along x dgr ckp mama ke,”jerit Khansa’.Iskandar menahan amarahnya.Jika tidak memikirkan mereka di khalayak ramai,pasti saja dia telah mnujal kepala Khalid.Aliff Iskandar melihat saja Khalid memimpin adiknya menuju ke buaian yg berhampiran dgn rumah mereka,Nampak mereka begitu akrab berbandingnya dgn Khansa’.’Ape yg kurg pd aku eak sampai Khansa; syg sgt kt si Khalid tu.Bukan kaya pun,bukan kuat sgt pun,tp knp eak,’Iskendar menggumam.
          “Khansa’,Khansa’ x baik buat along macam tu tau.Ape pun yg along cakap,Khansa’ x boleh lawan.Along kan abang kandung Khansa’.Abang ni cuma kawan Khansa’ je,”Khalid mengingatkan Khansa sewaktu mereka di buaian.Khansa’ memanggungkan kepalanya ketika Khalid berbicara kepada nya.
          “Tp bang,along tu x baik.Dia selalu sombong.Khansa’ x suka kawan ngan org sombong.Papa kata org sombong dan kedekut ni selalu rugi.Betul x bang?,”tanya Khansa’ yg sedang bermain buaian itu.Khalid pada mulanya kelu utk menjawab tp baru dia teringat akan cerita2 ayahnya yg sering kali diceritakan kepadanya tiap2 malam.Kata ayah,cerita2 dongeng yg selalu kawan2nya baca tidak member manfaat apa2 kerana cerita itu adalah khayalan.Jadi,ayahnya menceritakan kisah2 benar kepadanya kerana tidak mampu membelikannya buku2 mengenai kisah2 itu.Walaupun begitu,Khalid tetap bersyukur kerana dari didikan itu,banyak juga kisah2 dahulu yg diketahuinya.’org xkan merujuk kisah2 dongeng dari kita,tp org akan selalu bertanya kisah2 mengenai tauladan dan kisah zaman nabi2 dulu’itulah yg sering diucapkan ayahnya.
          “Abang!!,”suara Khansa’ menyentakkannya dari lamunan.Dia segera menoleh kearah Khansa’.
\         “Ye,betul la cakap Khansa’ tu.Khansa’ nak dgr 1 cerita x?,”tnya Khalid sambil  mengambil tempat duduk di sebelah buaian Khansa’.Khansa’ segera mengganggukkan kepalanya dan memalingkan wajahnya kearah Khalid.
          “Ini kisah Thuaibah,sahabat nabi…Thuaibah ni dulu wara’ sgt,selalu ibadah,beliau memang sahabat yg baik tp beliau miskin…beliau ni….
          “Jp2,kenapa abang cakap beliau?beliau tu ape bang?nama dia ke?,”tnya Khansa’ si petah itu.
          “Owh,baliau tu macam perkataan dia jugak tp kita x boleh cakap “dia” tu kt para sahabat sebab mereka lebih tua dari kita lg2 mereka t lg mulia dari kita..Mereka bukan taraf dgn kita.Jd kita x boleh samakan mereka sprt kawan2 kita,.Faham?,”Khalid menjelaskan sambil tersenyum.Khansa’ menggangguk.
          “Erm,taraf tu pulak,ape?,”tanyanya lagi.
          “Taraf tu,sama dgn kita.Macam Khansa’ dgn Syasya kt sekolah.Syasya sama ngan Khansa’ kan?umur sama,kelas sama,keluarga pun macam sam,kan?,Khansa’ menggangguk lg.
Khalid menambah. “Macam tu la setaraf,tapi kalau sahabat2 dahulu,x setaraf pun,umur x sama,kaluarga x sama,ilmu x sama,keimanan pn x sama,”jelas Khalid lg.
          “Keimanan tu pulak ape bang?,”bertalu2 soalan yg ditanyakan kepada Khalid.Khalid pula sudah menggarukan kepalanya tanda dia tidak mengetahui jwapan utk persoalan Khansa’.Tidak pula dia bertanya meksud sebenar keimanan itu kepada ayahnya kerana selama ini dia biasa mendgr perkataan itu dr mulut ibu,ayah dan kakaknya.Rupanya dia sendiri masih belum mengetahui mknanya.Khalid terus menggelengkan kepalanya.
          ‘’Abang pun x pasti Khansa’,nanti abang tnya ayah abang ya.”bicara Khalid lembut.Khansa’ menganggukkan kepalanya.
          “Okeyh!sambung cerita abang td,.Khansa’ nk dgr,”ujar Khansa;.Khalid memulakan ceritanya.


          “Erm,Thuaibah ni dulu seorg sahabat nabi yg miskin tp beliau baik sgt.Beliau pun org yg terawal memeluk islam.1 hari ni kn,Thuaibah ni dtg kt nabi ,lepas tu,beliau mengadu kt nabi tentang kemiskinan beliau ni pada nabi.Thuaibah sruh nabi doakan supaya beliau ni kaya…..

          “Lepas tu nabi doakan x bang?,”tnya Khansa’ memintas,Khalid menganggukkan kepalanya.
         
          “Sabarlah dik,.Erm,lepas tu,nabi doakan dan Allah pun makbulkan.Thuaibah jd kaya.Kmbingnya jd bnyak,tanamannya jd subur,mcm-mcm lah Allah bg kt beliau.,”kata Khalid
.
          “Msti Thuaibah jd lg baikkan,”teka Khansa’.Khalid tidak lg mengangguk.Dia menggelengkan kepalanya.

          “Tak lah,.Thuaibah malah berubah…Beliau sibuk dgn kekayaannya dan melupakan ibadatnya.1 hr tu,nabi mintak zakat ,Thuaibah selalu mengelak sebab beliau dah jadi kedekut.Nabi tetap cari beliau utk menyurh beliau keluarkan zakat.Tp beliau bg alasan sibuk dan macam 2 lg sampai akhirnya Allah tarik balik kekayaan beliau.,”

          “Mknanya,Thuaibah tu jd miskin blik la ea bang?,”tnya Khansa’ yg dr td ttp setia mndgr cerita Khalid.Khalid menganggukkan kepalanya.

          “Itu lah balasan Allah utk org yg x bersyukur..,”

          “Bang,zakat tu apa bang?,”tnya Khansa’ lg.

          “Entah,abang pun x tw nak jelaskan macam mana.Nanyi abang tanya ayah abang ya,”ujar Khalid.Khansa’ mengagguk.

          “Mknanya kita x boleh kedekut kan bang,”Khansa’ masih belum habis berfikir mengenai kisah tersebut.Khalid dapat membaca apa yg bermain difikiran Khansa’.Dia tahu Khansa’ ingin mengetahui secara jelas kisah itu.Khansa’ memang meminati kisah 2 yg diceritakan Khalid.Khalid sering mencerita kepadanya kisah 2 benar mengenai nabi 2 dan sahabat 2 dulu.

          “Ramai yg kena azab,yg kena siksa sebab mereka x bersyukur pada nikmat yg Allah bg.Merka buat maksiat,mereka buat dosa.Tu yg Allah bg kat dorg azab tu.Allah lg suka mukmin yg kuat dr mukmin yg lemah.Dan Allah lg suka org kaya yg bersedekah dari org miskin yg meminta………,”

          “Oooooohhhh,tu pasal kau selalu cerita kat adik aku macam 2 supaya dia bg apa yg kau nak??kurang ajar ea kau ni Khalid!!,”1 suara dr belakang mereka menyergah mereka.Belum sempat Khalid bangun dari duduknya,dia ditolak oleh Ariff Iskandar hingga terjatuh.

          “Alongg!!,”jerit Khansa’ seraya membantu Khalid bangun.Tapi ditepis oleh alongnya.

          “Tak payah tolong org mcm ni,dia baik ngan Khansa’ sebab nk buli Khansa’.Dia crita macam 2 kt Khansa’ supaya Khansa’ boleh bg ape dia nak….huh!x pdn ngn kecik kau ya Khalid,”Aliff Iskandar menuding jarinya ke muka Khalid.Khalid bangun smeula dr jatuhnya.Dia melihat abang 2 Khansa’ disitu.Aliff Iskandar dan Aliff Iman.Khalid tahu dia memang tidak rapat dgn abang2 Khansa’ berbanding dy dan Khansa’.Keakraban dan kebaikannya tehadap Khansa’ sering disalah ertikan oleh abang 2 Khansa’ dan penduduk kampongnya.Tapi Khalid tidak ambil peduli dgn mereka.Dia tetap menjaga Khansa’ sprit adiknya sendiri memandangkan Khansa’ sering keseorangan kerana abangnya tidak tinggal sekali dgn Khansa’.

          “Along,sy x berniat macam tu….

          “Berkali 2 aku cakap jgn pnggil aku along!!kau x reti bahasa ke.,”jerkah Iskandar lg.Khalid menundukkan kepalanya.

          “Sy x berniat lgsung nk buat macam tu kt Khansa’.Sy cuma jaga dia macam adik sy sndri.Sy x minta apa 2 pun dr dia,”kata Khalid lg.

          “Entah along ni.Suka masuk campur.Abang Khalid tu baik ngan Khansa;,.Jangan la marah dia!!,”jerit Khansa’.

          “Kau Khansa’,sebab budak ni,sanggup Khansa’ tengking along?,”

          “Ape Khansa’ kisah.Abang Khalid lg baik dari along la!!,”

          “Khansa’….,”Khalid menegurnya.Khansa’ terus mendiamkan diri.

          “Along,x baik lah kau ni,buat macam ni kat Khalid.X usul periksa lg dah sergah org.Tanya la dulu.,”tegur Iman yg sejak tadi mendiamkan dirinya.

          “Arghhhhh!!!!buat apa nak tnya lg.Kau x dgr ke ape yg dia cakap kt Khansa’ td,patut la dia cerita kat Khasna’ psal UPSR la,psal yuran x ckup la,psal kekurangan duit la,”sindir Iskandar lg.Khalid terkejut.Khansa’ pula sudah kelihatan takut melihat raut wajah Khalid.Dia  menundukkan wajahnya.

          “Apa abang cakap tadi?psal yuran?UPSR?ape ni?,”panggilan ‘along’ sudah ditukar dgn pnggilan ‘abang’.Masih Nampak lg penghormatannya utk org y lebih tua.

          “Kau jgn nk buat 2 x tahu.Kau dah cerita kat Khansa’ psal masalah kau yg tertunggak duit yuran tu kan??.”jerit Iskandar,.

          “Sumpah bang!saya x pernah cerita pada dia psal masalah sy apatah lg psal ni!,”Khalid membela diri.

          “Arhhhh,x payah nk tipu,”

          “Along!!betul la Abang Khalid cakap tu.Khansa’ yg dgr sndri,bukan abang yg bgtw.Along ni dah la.X pyh la sombong sgt,”kata Khansa’ lg.\

          “Elleh,ape yg dia buat pd Khansa’ sampai Khansa’ selalu bela dia?,”Iskandar bertanya lg.

          “Dah!!jom balik!jgn main ngn budak ni lg.Khalid menarik tangan adiknya utk berlalu dari situ.Khansa’ berkeras tidak mahu mengikuti abangnya tapi isyarat y diberi Khalid padanya membuatkan Khansa’ menuruti langkah alongnya.
Khalid termangu sendiri membiarkan Khansa’ pulang.’aku xnk sekolah tahun depan,biarlah x habis belajar pun,aku nk bantu keluarga aku,’azamnya dalam hati.Sambil melihat langit yg kian malap,Khalid berjalan pulang ke rumah..
…………………………………………………………………………………………….








2 comments:

ella_pinky said...

very nice...
sambungannya bila?
byk moral
syukran

alfa said...

syukran memberi sokongan utk ana lebih besemangat utk terus merdiri dibidang penulisan ni...=)
dalam proses episod 2....