Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Tuesday, 4 October 2011

SEINDAH ANGSA


“Cerita dari si hati..’

Selawat terus diringi penuh kebaikan. Sekellingi kita dihiasi RahmatNya. Hati riang , tenang dan tenteram.. Berpuitislah diri seketika menulis kemekaran akhlak si perindu illahi..
“Aku berkasih sayang kerana aku ada hati.. ”

Walau semanapun petir menyapa. Awan- Awan Allah tetap diatas ‘duduk’ diam dan kadang-kadang berlegar-legar dilangit Allah. Tidak akan bergerak melainkan dengan izin Pencinta.. Begitu jua dengan seorang yang ber’akhlak mekar umpama awan-awan yang tinggi tapi tunduk ‘rendah’ hatinya. Wahai diri dan hati-hati sekalian! Ayuh munajat kepada yang Mendengar!

“Ya Allah you’re all my Life in the means of love..”

Dibawah naungan teduhan bulan si peneman malam , Daku membayangkan betapa manisnya jika aku dapat memegang tangannya yang mengalahkan selembutnya sutera! Allah aku terseksa kerana dosa. Adakah kerana semakin tipis dan terus menipis ingatan rindu dan pujianku terhadap Nabi yang kupuja..

“Say.. Salamun ya Rasululluah..! Satu-satu manusia yang ‘berbunga’ akhlaknya..bukan hanya untuk yang dicipta tapi juga khas untuk Pencinta.”

Aduh ! Bunga-bunga ditaman hatiku semakin layu.. dimana mentari ‘sesinar ilmu ! siraman ‘sekasih iman’ dan benih-benih ‘amalan cinta’ pada Tuhan! Celakalah aku andai taman hatiku ‘kering kontang!’

Bukan mudah mempamerkan akhlak yang baik apatah lagi yang memikat hati. Baik dan ‘memikat’ amat berbeza. Ada dua jenis golongan manusia yang membawa erti ‘manfaat’.

Yang Pertama , insan begini ‘baik’ sekali sifatnya.Menjaga segala perintahNya tapi sayang ketika dilamun keasyikan zikrullah.. Ia leka dan lupa bahawa ada insan lain yang ingin sekali merasai cinta Tuhan sepertinya jua. Manusia begini ia ‘soleh’ hanya terhadap dirinya sendiri dan terlupa bahawa ‘sweet of iman must be shared’..

“ When people always said you’re like an ugly duck.. Don’t be sad.. Stand up and Say!
“I’m not an ugly duck. But I am an beautiful Swan’s..”

Bila banyak ‘mulut’ mencela kamu sehingga mengatakan kamu seperti itik hodoh! Jangan bersedih hati.. Kuatkan hati dan katakanlah!

“Aku bukan itik yang hodoh. Tapi aku adalah seindah Angsa!”

Orang yang kedua adalah seperi seindah ‘angsa’. Dia kuat tapi berhati lembut, dan tidak gentar. Jiwanya menarik jiwa lain. Aura kebaikannya seakan-akan merasuk hati yang lain untuk melakukan kebaikan. Orang begini bukan hanya baik tapi juga ‘memikat’ hati orang lain untuk berubah kearah cinta Pencinta...

“Muttaqin(orang bertaqwa) is like an rahmah to everyone..”

Disudahi dengan lafaz selawat diringi tinta Firman Allah Kekasih Setia..~

“ Sungguh ! Orang-Orang yang beriman dan mengerjakan Kebajikan. Mereka itu adalah Sebaik-baik Makhluk..”
(Al Bayyinah : 7)

Bahagia selalu =))

No comments: