Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Friday 11 November 2011

~mencari cinta halal~

Aku bagaikan sang bunga
Mekar di taman ayah dan bonda
Dilindungi daripada kumbang liar
Dalam mencari reda Allah
Demi memiliki syurga idaman


Aku mencari pemilik cintaku
setelah cinta Allah dan Rasul
Mendamba seorang lelaki hebat
Yang akan memanduku ke syurga abadi
Menjejak ke taman bahagia dengan ijab dan kabul

Bagaikan berada di padang pasir
Sukarnya mencari jalan abadi
Menyelusuri langkah lelaki beriman
Yang menjaga akhlaknya
Menjaga pandangan dan menundukkan wajah
Daripada godaan dosa yang selalu ada

Ya Allah,
Pandukan hambaMu ini
Ke jalan yang Kau redai
Kumohon padaMu, labuhkan cintaku pada dia yang mencintaiMu
Satukan doaku dan doanya dalam restuMu
Temukan kami dalam rahmatMu
Demi memiliki pemimpin 
Yang akan memimpin aku dan anak-anak kelak
Kusucikan hati ini
Kubersihkan jiwa 
Menyerah diri padaMu ya Allah
Kerana Engkau lebih mengetahui 
Dia yang terbaik untukku
Kuterima dengan senyum
Pilihan daripadaMu

No comments: