Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Friday 11 November 2011

~Tangisan Cinta~

Sekian lama hati ini sunyi

Sekian lama hati ini ku jaga
Serapi-rapinya daripada cinta sang manusia
Namun akhirnya aku akur juga
Pada fitrah dunia


Bercucuran mengalir air mata cinta

Cinta yang mungkin menempa murka
Daripada Yang Maha Esa
Ya Allah, aku tidak pinta
Sungguh aku tidak sengaja
Selain daripada mendambakan cinta-Mu ya Allah
Hanya cinta-Mu yang aku damba
Hanya cinta-Mu yang ingin aku saratkan ke dalam jiwa

Tidak mahuku terus memikir

Pada cinta yang tidak pasti kesudahannya
Pada cinta manusia yang mengundang kecewa
Hanya dengan cinta-Mu yang memberiku bahagia

Namun getaran ini tetap terdetik

Kerana-Mu jugalah kami bertemu
Walau hanya di alam maya
Tiada wajah, tiada suara
Hanya bicara kata
Bagi menyemarakkan bicara kata daripada-Mu ya Allah

Ya Allah, ku pinta jawapan-Mu dalam isthikarah cintaku

Untuk aku teruskan atau mengundur diri
Teruskan cintaku padanya
Jika dia yang Kau telah rencanakan untukku
Jika dia juga mencari cinta-Mu dalam dirinya
Teruskan cintaku padanya
Hanya kerana perjuangan bersama
Ke jalan syahid dengan izin-Mu ya Allah



Wahai dikau
Akanku diamkan bibir ini tanpa kata
Biarkan hanya hati berbicara
Walau batin terseksa
Walau jiwaku lara
Kerana ini lebih baik bagiku
Sebagai bukti cinta dan kesetiaanku padamu
Kerana tidakku mahu rosakkan mujahadahmu
Tidakku mahu rosakkan semangat mujahidnya di bumi Jihad
Agar aku menjaga kesucian hatinya
Agar aku menjaga kemuliaanmu
Daripada hubungan terlarang

Wahai dikau

Akanku jaga hati ini untuk kau miliki
Andai jika kaulah istikharah cintaku
Akanku usaha agar hati ini tidak lara

Dan terus mendambakan cinta-Nya sebelum cintamu

Akanku usaha menjadi wanita solehah untuk kau tatapi
Sepenuh hati
Untuk kau hargai setulus hati
Walau wajah tak seindah bunga
Walau akhlak tidak sempurna kemuliaanya

Wahai dikau

Akanku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Setelah kita bersama
Dengan lafaz ijab kabulmu

Temukan dia ya Allah dalam isthikarah cintaku

No comments: