Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Monday 9 April 2012

Nasihat Kepada Saudariku

Wahai saudariku, hati-hatilah dan hindarilah pergaulan dengan kaum lelaki (yang bukan mahrammu) di mana saja. Kerana dalam sifat berhati-hati tersebut terdapat penjagaan dan penghormatan terhadap diri anda. Renungkanlah firman Tuhan yang menciptakanmu: (terjemahan)

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu." (Surah Al-Ahzab: ayat 33)

Saidina Ali r.a pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fatimah r.anha: "Wahai Fatimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?" Fatimah menjawab: "Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya." (Lihat: adz-Dzahabi, al-Kaba’ir, m/s. 171-172. Dinukil daripada: Abdullah al-Jarullah, Mas'uliyyah al-Mar'ah al-Muslimah, m/s. 67)

"... Janganlah kamu melemah-gemalaikan suara dalam berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Surah al-Ahzab: ayat 32)

Wahai saudariku, aku wasiatkan agar dirimu mempunyai sifat malu, kerana malu itu termasuk dalam iman. Dari Imran bin Husain r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda:

:"Tiadalah malu itu kecuali membawa kebaikan." (Muttafaqun `Alaih)
:"Malu itu semuanya baik" (Riwayat Muslim)

Wahai saudariku, usahakanlah agar dirimu sentiasa bergaul dengan saudari-saudari yang solehah yang luhur akhlaknya. Hati-hatilah anda dari pergaulan dengan para wanita yang menyimpang dari sistem Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Perumpamaan kawan yang baik dan kawan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi memberikan anda sebahagian minyak wangi jualannya atau anda membeli sebahagiannya, atau anda akan mendapatkan bau harum darinya (melekat di tubuh anda). Sedangkan berkawan dengan tukang besi mungkin akan menyebabkan pakaian anda terbakar atau mungkin anda akan mendapat bau yang tidak menyenangkan darinya." (Muttafaqun `Alaih)

Wahai saudariku, hendaknya para isteri Rasulullah s.a.w. dan para Sahabah dan Sahabiah r.anhum menjadi suri teladan bagimu dalam berpegang teguh pada ajaran Islam dalam mendidik diri dan anak-anak dengan pendidikan Islam agar mereka menjadi model hidup untuk setiap orang muslim yang menganjurkan ke jalan Allah dengan ilmu pengetahuan yang sahih.

Semoga Allah menjagamu dengan penjagaanNya, menjadikanmu wanita yang solehah, anak yang solehah, isteri yang solehah, ibu yang solehah, dan memberimu kebaikan di dunia dan akhirat. ..

"Oleh itu maka wanita yg solehah adalah yg taat kpd Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dgn apa yg Allah telah pelihara mereka." (Surah an-Nisaa': ayat 34)

No comments: