Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Sunday 13 May 2012

Berpurdah :Keadaan semasa bekerja dan belajar

Ada pelajar saya yang tanyakan macaman dengan wanita yang sekejap pakai purdah sekejap 
tidak? Masa dekat kampus tak pakai purdah - tak mau get into trouble dengan 
pentadbiran, masa kat rumah kampung pun tidak, tak mau get into trouble dengan mak 
bapak, masa lain pakai. Adakah dianya jadi munafiq?

Jawapan ustaz - bukan munafiq. Tanyakan diri kenapa pakai purdah. Kalau kita 
berpegang pada mazhab shafie, ianya wajib - jadi kena pakai sentiasa. Kalau mazhab 
lain, ada khilaf kata tak wajib, atau tak wajib kalau begini begini (wajib kalau 
timbulkan fitnah misalnya lawa  sangat ke atau hodoh sangat ke)  

jadi kalau berpegang kata tak wajib terpulang lah tak mahu pakai ke atau nak pakai 
sekali sekala. COntohnya kita kata solat qabliah badiah sunat, bolehlah sat solat sat 
tidak.

Namun dalam hal purdah cabarannya agak lebih sedikit kerana ia public dan mudah 
menerima reaksi orang ramai. Orang tak boleh lihat kita soal sunat  ke tidak, 
tapi bila sekejap nampak muka sekejap tidak terbukalah kita kepada kritikan orang 
ramai, jadi ustaz kata tak salah dari segi hukum, tapi dari segi realiti kenalah terima 
lah kalau orang kata kita munafiq - itu risiko sosial.

Masa tanya soalan tu bagi pihak pelajar saya, tak sangka saya akan menghadapi dilemma 
yang sama. 

Pada suatu masa dahulu saya dah belajar pasal hukum purdah dan dah buat pendirian, 
ambil yang ringan tak payah pakai - selesai cerita.  Nammun bila masuk kelas tafaqquh, 
semua wanita disana memakai purdah(niqab kerana kelasnya terbuka - tak ada tirai.  
Lama lama naik segan juga kita soerang berbeza, jadi saya pakai juga purdah sebagai 
uniform dan menghormati majlis ilmu)  Masalah timbul, bila yang nak dipakaikan purdah 
- masa masuk kelas atau dalam kereta di kwasan  kelas, dalam kereta sebelum 
perjalanan? Mahu tidak mahu, memang terasa diri macam 'munafiq' orang tak kata - tapi 
kita lah rasa diri kita pretender.

Pakai purdah ni rupanya ada seronoknya, selesa kalalu nak ternganga ke nak termenguap 
ke hehe. Lagi satu selesa kereana kita rasa kita seperti anonymous. Bila jalan kat 
public rasa lebih selesa, lebi tidak self conscious.  Satu lagi bila driving tengah 
panas- muka tak lah jadi belang gelap setompok kat muka kita macam topeng. Pendek 
cerita, saya rasa memang selesa untuk pakai purdah saja ke mana pergi tak payah di 
kelas saja, jadi saya kalau driving sekarang try lpakai purdah.  

Tapi sememangnya tak berminat lah nak lpakai lpurdah ke tempat kerja - siapa yang nak 
ketok kepala ke dinding - kacau bilau jadinya nanti. Juga tentu tak sanggup nak pakai 
purdah balik kampung buat letih telinga saja dengar emak berleter ( yep saya yang dah 
tua ni - kalau balik kampung masih dileteri macam budak kecil jugak) jadi nya sekarang 
saya betul betu jadi macam situasi pelajar saya yang tanya kalau dia pakai purdah 
kecuali di kampung dan di kampus - macamana?)

Cerita cerita saja. saya berminat juga nak dengar lpendapat dari akhwat  semua.

-Dilema seorang sahabatku-

1 comment:

Unknown said...

afwan.
betul ke berpurdah 2 wajib kalau menurit imam syafie?