Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Monday 16 July 2012

Bidadari Untuk Siapa .... ? (PART 2)



"Kak,dia x approve pun lagi,”

“Sabarlah,..Nanti dia approve la tu …Kena sabar sikit…

“Hari tu dia ade cakap kat kawan Riz tu yg dia susah nak approve laki..Akak tolong add dia kak .. Akak tolong la tackle kan untuk Riz,”Katanya dengan nada memujuk..

"Akak xnak lah..Akak bukan kenal pun dengan dia tu,dik,"

"Tapi kak,macam mana Riz nak cuba sendiri sedangkan dia x kawan dgn lelaki la dalam fb dia tu kak,"

"Hmm...habis Riz nak suruh akak buat apa?."pertanyaan itu membuatkan Saiyid Fahri Al Hariz terdiam .... 'aku harus bagaimana '.desisnya sendiri..

"Kakak lah tolong risikkan utk Riz,boleh?,"dengan lirikan yg mengharapkan pengertian,buat sekian kalinya ego seorang lelaki digadaikan..Sedikit gelisah hatinya menanti respon si kakak namun sebentar saja ianya hilang setelah anggukan kakaknya menunjukkan bahawa dia sedia untuk membantu ... Terukir segaris senyuman senang dibibir ..

Jauh Hariz merenung .Memikirkan bagaimana memegang sebuah amanah lg sedangkan amanahnya pada ummat terlalu banyak dan berat..Sesekali keluhannya membuatkan si kakak menoleh hairan namun ada kegembiraan menubir di benakknya ... Masakan tidak ,hampir 30 tahun adiknya membujang tanpa memikirkan tentang sayapnya yg masih sebelah itu akhirnya bertemu juga dgn pilihan hatinya ... 'Harap-harap kali ni menjadi',doanya buat adik tersayang dititipkan..Semoga adiknya berbahagia ...

--------------------------------------------------------------------

"Naib johan jatuh kepada Puteri Haura' Mastura.............,"suara itu disambut dengan sorakan bergemuruh dari pihak rakan2nya ...Aku dijemput utk ke hadapan bagi mengambil hadiah yg dianugerahkan padaku.. Hari itu,adalah minggu terakhir utk semester kali ini.. Kemudian kami akan bercuti selama beberapa bulan dan akan menyambung ke semester keseterusnya ...

Terlukis keriangan di wajah guru-guru dengan kejayaanku...Tidak kunafikan,disana aku seorang pelajar yg agak berdedikasi namun seringkali aku terbabas ... Sikapku yg mudah terpengaruh sering membuatkan aku tidak menjadi diriku sendiri .. Sering dibawah telunjuk manusia lain ..Takut untuk membuat keputusan sendiri..Tidak mempunyai keyakinan diri.. Tapi setelah diberi motivasi oleh guru-guruku ,aku agak terperanjat dengan pencapaianku ..Bukanlah aku tidak pernah bergelar naib johan namun ketika aku di Institut ini,aku belum pernah diberi peluang untuk menaiki pentas mewah itu . Syukur kali ini aku berpeluang menaikinya ... 

Langkahku ,kuaturkan menuju kearah guru-guruku.Tangan2 mereka ku capai lalu ku tunduk cium penuh hormat .. Kepalaku diusap tangan mereka yg mulia .... Jasa baik mereka berkorban untukku x pernah sekalipun ku abaikan ... Cuma kenakalanku membuatkan mereka bertambah letih mentarbiahku ....

"Jazakumullahukhair ya ustaazaat ..........,"aku sebak untuk meneruskan kata-kata ...terlalu banyak perkara yg ingin aku berterima kasih ..Terlalu banyak hal yg perlu aku minta maaf ... Terlalu banyak yg perlu aku luahkan sepanjang aku belajar disini tapi lidah ku kelu,bibirku kaku,fikiranku beku .. Hanya titis airmata yg mewakili semua apa yg ingin aku luahkan .. Akhirnya aku menghamburkan tangis didada seorang guru yg amat kukasihi .. Dgn belaiannya di kepalaku,aku jadi tenang .. Aku jadi bahawa aku teramat disayangi.. Betapa kasih seorang guru pada pelajar nakal seperti aku ... 

"Tahun ni tahun last kamu disini,Haura' ...,"bisik guruku .. Aku sekadar menganggukkan kepalaku .. Aku sedar hakikat itu.. Aku telah pun mengambil keputusan utk berhenti dari maahad itu atas sebab 2 tertentu ..

Redup mata guru menembusi pandangan mataku .. Aku tahu apa erti pandangan itu namun aku menetapkan hati bahawa aku harus pergi ...

Selesai majlis itu,aku bersiap 2 untuk pulang.. Kepulangan yg aku tak pasti bila kembalinya .. Perpisahan yg tak pasti bila bertemunya ... Tapi yg pasti kepulangan dan perpisahan itu cukup lama..

Aku terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi dgn mata yg membengkak ..

_____________________________________________


.............. وَخلقناكم أزواجًا  *والجِبال اوتادًا * اَلم نجعَل الارضَ مِهادًا 

Bacaannya terhenti pada ayat itu.. Dia menghayati maksud ayat tersebut:

"Bukankah AKU menjadikan bumi sebagai tempat hamparan dan bukit bukau sebagai tiang2nya dan .. kami jadikan kamu dalam keadaan berpasang2an ...?"

Airmatanya gugur setitis demi setitis..Betapa dia mengetahui bahawa Allah telah pun menulis takdir semua bahawa setiap adam memerlukan sayapnya demi menyebarkan agamaNya,..Bagaimana boleh terbang tanpa sayap ... Nabi jua bersayap hampir 13 sayap dan akhirnya baginda telah pun menguasai 2/3 dunia ketika itu ....dirinya pula masih belum mampu utk memikirkan hal itu lantaran bimbang tanggungjawab terhadap amanah orang akan terabai..Biarpun umurnya menginjak 30,Syed Fahri masih belum mahu menamatkan zaman bujangnya .. 'Allah,bukan aku tidak mahu melaksanakan sunnahNya,,cuma aku fikir,,mampukah aku???'

Tapi sejak kebelakangan ini,ada seseorang yg mengalih perhatiannya.. Ada seseorang yg mnggugat fitrah kelelakiannya ,.. Dan dia ingin menunaikan hak fitrah itu namun dia khuatir akan perjalanan seterusnya ..

Hariz bangun dari duduknya lalu berdiri di birai tingkap.Matanya luas menegur setiap inci ruang yg terbentang.Namun fikirannya tidak disitu..Otaknya ligat memikirkan tentang hal yg baru dilaluinya .. Sebaris nama yg mula mengisi kekosongan hatinya .. Namun dia masih tidak meluahkan apa yg dirasainya.Bersama nasihat si kakak dan keyakinan kata hati,Saiyid Fahri Al Hariz menyerahkan semuanya pada takdir Allah sekiranya apa 2 yg terjadi antaranya dan wanita itu..

 _________________________________________________


"Assalamualaikum,Puteri..Apa khabar?sihat ke?" sapa seorang kakak di laman itu.'Aikk,,bila masa aku approve kakak ni' ..Aku terus ke wallnya.. 'Owh,masih x diapprove' .. Aku lantas menekan button 'comfirm'.. IM nya ku balas..Bagiku,di laman sosial ,sekiranya ada orang yg tidak dikenali itu menegur,itu adalah perkara biasa..Berjuta 2 orang yg hidup di dunia itu,..Mereka akan menyapa sesuka hati..

"Dari mana Puteri..?," aku menerima balasan dari sebelah sana ..'Ops,tgh online ke kakak ni' .. Aku terus menekan button on pada chatbox ku..Benarlah kakak yg ku kenali sebagai Fathiyah Hazirah itu sedang berada di line sekarang.

Perkenalan singkat itu membibitkan kemesraan antara kami.Aku senang dgn sikap peramahnya..Tidak mengganggapku terlalu kecil utk dilayan..Sebahagiannya mereka memandang rendah hanya kerana umurku 19 dan mereka 20 atau 21.. Ada apa pada umur sebenarnya ..

Dia menyoalku tentang latar belakang hidupku,.Aku tidak keberatan utk berkongsi kisahku dgnnya..Namun peribadi yg menjadi rahsiaku tidak aku ceritakan..Dia juga menceritakan kisahnya..Sedikit sebanyak aku rasa terhibur...Tiba-tiba muncul satu pertanyaan dari pihaknya pada ku.

"Puteri tak nak cari pengganti ke..?"

"Pengganti apa kak..?Bercinta aja belum .. Pertunangan yg terputus itu bukan atas dasar cinta,kak..,"aku tergelak sendiri ..

"Ohhh,ye ke .. Habis,bila mahu bercinta ni..,"soalnya sambil ada gelak kecil di hujung ayatnya.. Apa harus aku jawab soalan kakak ini.

"Tak berniat lagi la kak..Kalau boleh ditahan,selepas nikah aja terus tp mahu kenal dulu la dalam sekejap cuma pun jadilah ..,"jawabku..Aku agak tidak selesa dgn persoalan 2 itu..Aku merasakan hak peribadi ku telah pun terbocor..Dalam banyak2 hal,hal berkenaan perasaan dan hati lah yg terlalu sensitif utk disentuh...Kerana telah enam tahun aku menyimpan rasa pada seseorang namun tidak pernah ketahuan hingga saat itu..Aku tidak mengharapkan org itu yg menjadi pendampingku,aku cuma mahu belajar melupakannya yg aku kenal secara tidak sengaja itu..Namun biar telah 6 tahun berlalu,ia tetap masih belum luput sedangkan waktu itu,aku masih kecil.

"Haaa,,boleh la kenal 2 dulu dgn adik akak ...,mana tahu kalau serasi nanti,boleh akak dapat adik ipar.."kata2nya menyentakkanku..Bagaimana pula aku mahu menjelaskan padanya bahawa aku tidak mahu berkenal rapat dgn lelaki waktu ini .. Inilah sikapku dan kelemahanku,baru saja berbaik dgn seseorang,sudah merasa serba salah sehingga sanggup mengetepikan prinsip sendiri...Pada hal aku baru sahaja mengenali kakak ini.. Bagiku,,ini satu gurauan dan permainan..

"Eh,akak ni .. Tak nak lah saya .. Saya tak berminat la kak ... Nanti kalau saya berminat,saya cakap kat akak ekk,"aku separuh bergurau tapi cukup untuk memberitahu bahawa aku belum bersedia..

"Ok..Tapi jangan lama2..bagi peluang pada hati utk berbahagia,"kata2 kakak itu berbaur nasihat dan harapan..Kenapa?aku tidak kelihatan bahagia kah?Aduhh, kakak ni buat aku pening aja ...Aku terus menaip memberi respon pd kata2 kakak trsebut..Jenis ku,aku memang akan membalas setiap mesej dan pesanan dari sesiapa jua,lelaki atau wanita..Tetapi aku akan mula menjauhi bila soal hati dan perasaan sering menjadi tajuk perbicaraan..Apatah lagi bila lelaki yg membicarakan soal itu..

"What r u doing ,sis?,"tanyaku setelah jawapanku tadi tidak diberi respon,apakah aku tersalah menjawab ...?Hati aku mula resah..kenapa perasaan org lain yg aku fikirkan tp org lain tidak pernah memikirkan perasaanku..

"Ops,sorry ... tgk anak2 akk tadi jap.. Hmm,,akk x memaksa,dik... Adik juga ada hak utk membuat keputusan..Ini cuma saranan akk je ...Xpe dik ... nanti,akk mesej adik lagi ya .. Akk nak siap2 kan anak akak ni,,nanti suami akk balik..jumpa lagi... Nice to  meet u my dear,Assalamualaikum,"kakk itu mengakhirkan perbualan kami..'alhamdulillah,isteri mithali' ..Aku tersenyum sendri..
"Baiklah kak .. Waalaikumussalam"

Aku terus menekan button 'offchat'..Bukan mahu mengelak tp aku mahu sendirian seketika ..Aku masih terfikir butir2 bicara kakak tadi..Bermakna,ini risikan kan?tp kenapa aku tidak menyoal namanya ya?siapa dia...krja apa,rupa mcm mna,umur berapa,kenapa ekk... aku berkata sendirian.. 'Ahh kau tadi kata x suka,buat apa nak tahu semua tu,kan'...seakan2 hati pula menjawab bicaraku...Aku tersengih juga sendirian lantas terus bangun dari dudukku .. Banyak lagi hal yg belum diselesaikan..

______________________________________________

Aku menilik kalendar di dinding..Ada beberapa bulan lagi penerbangan aku ke Yaman..Persiapan semuanya diuruskan keluarga..Aku bakal menjadi siswazah disana pula sekiranya tahun akhir aku disana dan kemudian aku akan mengambil kursus guaman .. Bermakna aku bakal seorang Peguam..Ya,peguam syari'ah lebih tepat kerana bidangku lebih kepada syari'ah bukan akedemik..

Sepatutnya sistem pembelajaranku harus berakhir di malaysia sebelum aku kesana tapi terlalu banyak hal yg mengganggu fikiranku sehingga aku tidak mampu utk menumpukan 100 % perhatianku pada setiap subjek yg aku pelajari..Biarpun aku berhenti dalam keadaan tidak sempurna,aku masih punya cita2 yg kuat utk meraih satu yg itu..Utk meraih kejayaanku demi membela kaumku ... Itu cita2 ku !!

"Papa,x boleh awalkan tiket ke..?"tanyaku pada ayah suatu petang..

"X boleh..Sebab Yaman tgh bergolak sekarang..Proses kamu ni pun abah x tau lulus ke x.. Kalau ad rezeki,InsyaAllah x ke mana..."jawab papa...

Aku mengeluh .. Ya,aku tahu Yaman sedang bergolak sekarang,,Itu yg guruku khabarkan sebelum aku berhenti lagi pula ada kawanku disana,..Cuma aku berharap,proses utk aku kesana diluluskan.. Bagaimana jika tidak diluluskan?Akankah aku kembali semula ke Maahad itu??? 'Ahh tidak!!'

Aku menuju ke rak buku pula..Aku capai sebuah novel "Bilal bin Rabah" .. Aku baca isinya tapi entah kenapa hatiku kosong sahaja..Mungkin x sedap hati mungkin juga serba salah,mungkin juga x puas hati ,entah lah .. Yg pasti hati aku kacau sekarang... Ya Allah,tenangkan hatiku..Ku lihat jam menunjukkan 7 petang.. 'Maghrib' ... Allah akan memanggil sebentar lagi..Aku melangkah kaki utk mempersiapkan diri menyahut seruanNya..

______________________________________________

No comments: