Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Wednesday 18 July 2012

Bidadari Untuk Siapa ....? (PART 3)




Aku menilik kalendar di dinding..Ada beberapa bulan lagi penerbangan aku ke Pakistan..Persiapan semuanya diuruskan keluarga..Aku bakal menjadi siswazah disana pula sekiranya tahun akhir aku disana dan kemudian aku akan mengambil kursus guaman .. Bermakna aku bakal seorang Peguam..Ya,peguam syari'ah lebih tepat kerana bidangku lebih kepada syari'ah bukan akedemik..

Sepatutnya sistem pembelajaranku harus berakhir di malaysia sebelum aku kesana tapi terlalu banyak hal yg mengganggu fikiranku sehingga aku tidak mampu utk menumpukan 100 % perhatianku pada setiap subjek yg aku pelajari..Biarpun aku berhenti dalam keadaan tidak sempurna,aku masih punya cita2 yg kuat utk meraih satu yg itu..Utk meraih kejayaanku demi membela kaumku ... Itu cita2 ku !!

"Papa,x boleh awalkan tiket ke..?"tanyaku pada ayah suatu petang..

"X boleh..Sebab Pakistan tgh bergolak sekarang..Proses kamu ni pun papa x tau lulus ke x.. Kalau ad rezeki,InsyaAllah x ke mana..."jawab papa...

Aku mengeluh .. Ya,aku tahu Pakistan sedang bergolak sekarang,,Itu yg guruku khabarkan sebelum aku berhenti lagi pula ada kawanku disana,..Cuma aku berharap,proses utk aku kesana diluluskan.. Bagaimana jika tidak diluluskan?Akankah aku kembali semula ke Maahad itu??? 'Ahh tidak!!'

Aku menuju ke rak buku pula..Aku capai sebuah novel "Bilal bin Rabah" .. Aku baca isinya tapi entah kenapa hatiku kosong sahaja..Mungkin x sedap hati mungkin juga serba salah,mungkin juga x puas hati ,entah lah .. Yg pasti hati aku kacau sekarang... Ya Allah,tenangkan hatiku..Ku lihat jam menunjukkan 7 petang.. 'Maghrib' ... Allah akan memanggil sebentar lagi..Aku melangkah kaki utk mempersiapkan diri menyahut seruanNya..

_____________________________________________

"Assalamualaikum Haura' !!,"sapa seorang kenalan..'Uishh,,ganasnya bagi salam..Aku lihat namanya..'Hmm,,minah ni upenya'..

"Waalaikumussalam..Weyhh,bagi salam macam nak cari gaduh kau ni..Ada apa?,"aku membalas mesejnya..

"Kau sihat..?lama x jumpa kau..rindu lah...Kau pulak bukan tahu nak telefon aku ke mesej aku ke.. Ni kalau aku x mesej kau ni,grenti kau tak kan contact aku lagi kan..Sedih la aku cam ni,"balas Qaleesya dgn simbol mimik sedihnya..Aku tergelak sendiri.. Ya,aku memang berniat begitu sebelum ni..Bukan utk memutuskan hubungan dgn sahabat2 sendiri tapi aku takut bila aku hubungi mereka,mreka merayuku untuk belajar semula disitu dan aku akan mengubah fikiran..Itu kelemahanku..Aku mudah termakan pujukan biarpun luaranku agak keras.. Jadi,aku memutuskan untuk tidak selalu menghubungi mereka..Guru2ku juga aku akan hubungi sebulan sekali .. Aku sayang mereka,aku rindukan mereka tp apa daya,aku juga manusia biasa terkadang ada sifat mementingkan diri sendiri ... Lama aku diam .Berkali 2 aku membaca mesej Qaleesya.. 

"Weyhh,,bz ke?,"sampai 1 lagi mesej di chatbox ku ...

"Hahaha... xde lah.. Cuma,kau faham 2 je lah,aku kan kena siapkan prses nak kesana tu,"kataku memberi dalih yg tak patut aku berikan..

"Eh ,bukan dah siap ke semua tu,.?" tanya Qaleesya. Aku serba salah dgn soalannya..walhal aku tahu Qaleesya telah pun maklum hal itu..Aku dan Qaleesya amat rapat.. Jadi,tidak ada rahsia antara aku dan Qaleesya.. 'Menjadi bukan Mencari,Puteri' .. sudut hatiku berbisik.. Ya,berusaha menjadi sahabat sebelum mendapatkan sahabat..

"Maafkan aku,Sya... Kau faham aku,kan?."aku membalas ayat pendek bukan utk bertanya namun memohon pengertian..Aku tahu Qaleesya sahabat yg memahami ..

"Tapi sikap kau ni secara x langsung dah buat aku rasa terpinggir..Aku tahu kalau kau xnak contact kami sebab xnk ada kaitan dgn urusan Maahad sana kan? tp aku?mcm tu jugak ke kau fikirkan...?,"setitis demi setitis airmataku mengalir.. Aku sedar kesalahan apa yg aku telah lakukan pd shbtku seorang ini... 

"Aku nak kau lupakan apa yg terjadi sebelum kau berhenti dulu..aku harap kau dah lupakan hal tu..Anggap aja itu gurauan dari aku... Tapi sekiranya hati kau terbuka satu hari nanti,aku lah org yg paling gembira sekali,"satu lagi mesej dari Qaleesya membawa aku ke 'sana' ... Maahad yg penuh memory itu ...
_______________________________________
IMBAS KEMBALI :

Aku terus melangkah tanpa menghiraukan mereka yg memanggilku.. Airmataku menitiis kerana kelakuanku ini..Teksi yg menanti dihadapan segera aku hampiri bersama beg yg akn aku bawa pulang.. Namun ,belum sempat aku melangkah masuk ke perut teksi,tanganku diraih..Aku menoleh,Qaleesya bersama airmatanya..Aku tidak dapat menahan rasa hatiku..Terus tubuhnya kudakap..Beratnya aku untuk meninggalkan sahabatku seorang ini...

"Kau pasti xnk sambung semula tahun depan..?"tanyanya dalam esakan.

"Aku cuma mengurut perlahan belakang tubuhnya memberi tanda bahawa semua aku tidak pasti takdirku mencampakkan aku dimana...

"Haura'..boleh aku minta satu perkara dari kau..?,"tanyanya setelah meleraikan pelukannya...

"Apa yg kau minta,aku xkan hampakan InsyaAllah selagi mampu aku tunaikan..,"aku cuba tersenyum..

"Be my sister......be a wife of my brother... can u..?,"katanya membuat aku tersentak...aku sedikit menjauhinya...Aku gugup mendengar kata 2 yg berbaur permintaan...Bagaimana aku ingin menunaikannya..Ini bukan keputusan yg bijak sekiranya kata2 itu aku balas sekarang..

"Aku kena pergi sekarang...Bas aku x sampai sejam dari sekarang..,"aku membiarkan soalannya yg berupa permintaan itu ... Aku raih tangannya dan melakukan salam semut.. Lalu aku terus melangkah masuk ke perut teksi ...

"Terminal,uncle,"pemandu teksi itu menggangguk lalu kami bergerak...

"Puteri Haura'........desis Qaleesya bersama airmata yg berlinangan....
Semoga kau kembali semula ...

_______________________________________________
"Haura' ... ?,"sapaan Qaleesya membawa aku semula ke alam realiti.

"Ya 2 ... Owh... Its ok .... hmm,,pe citer sekarang .. ? Sya,,aku nak sgt webcam ngn kau tp aku ada krja sekarang ... Banyak benda yg aku nk cerita kt kau ,tp skrg ni masa cmburukan kita ... kita smbung nanti ekk.. ,?"begitulah caraku jika aku ingin mengelak tanpa membuat org lain terasa apa2 meski aku t ahu caraku itu telah pun sinonim dgn Qaleesya..Dia ltelah kenal dgn sikapku..

"Orite,..Pndai kau ekk..Ok c u  next time ....Assalamualaikum ..,"

"Thanx... Waalaikumussalam ...."

Aku melepaskan nafas lega namun hatiku masih resah dan serba salah ...Aku tidak mahu sebarang persahabatan berakhir hanya dgn masalah pribadi..Hal itu adalah masalah pribadi..Aku boleh selesaikan sendri..Bukan dgn cara menjauhinya dan mungkin akan membuatkan kami terputus hubungan ..Aku tidak mahu itu .... 

Mataku berlegar 2 menari meneliti setiap post yg membina...Berbagai2 ragam manusia di 'dunia' itu...Dunia yg sama tapi x serupa ... Dunia yg tidak berjasad,hanya dipenuhi 'riuh'nya tulisan bukan pekikan suara..Dunia yg bagaikan halimunan,hari ini kelihatan esok kehilangan...Dunia yg tidak dapat disentuh tapi tetap dirasa... Alam maya adalah dunia khayalan yg berkenyataan .... Tetapi terlalu ramaii mengambil enteng tentang dunia ini ... Realiti dan fantasinya dunia ini ia tetap berkongsi satu nyawa...Jika realitinya dia sudah 'tiada' pasti fantasinya juga dia telah hilang dari dunia itu ...Dan yang pastinya dunia itu juga akan dihisab kelak .... Dunia yg ada malaikat dan syaitannya,dunia yg tetap ada raqib dan 'atidnya,dunia yg tetap ada dsa dan pahalanya dan yg pasti syurga dan nerakanya .... Namun,,kenapa terlalu sedikit mereka yg memahami dunia tersebut ...??Aku mengeluh perlahan ... Jika aku ingin alkukan,segala penyamaran dan pembohongan boleh aku lakukan tapi aku tahu ada mata yg tembus terus ke dunia itu ..Jadi,aku tidak mahu 'mata tembus' itu  terus mengikutiku ...

Mataku tertancap pada satu post di sebuah group fb..Isi postnya biasa aku lihat di laman sosial itu tp kali ini ,post itu mengusik hatiku.. Kata org bila sesuatu kata 2 atau penulisan seseorang itu menyentuh hati org lain,bermakna ianya lahir dari hati yg menghayati walaupun asalnya adalah sebuah kata 2 yg direka... 'Barangkali dia menghayati kata 2 ni...'..fikirku...Dia lah org yg mencipta puisi "bidadari" yg pernah aku bca sebelum ni ...

'Ow,,so sweet,' aku tergelak sendiri..

Tanganku terasa ingin 'komen' d postnya tapi aku tahan..Aku tidak mahu ianya menjadi satu perasaan nanti..Kebiasaan bila aku 'komen' di sesuatu post,aku tidak akan komen dalam keadaan hatiku sedang 'tersentuh' atau kagum...Bimbang hati berubah2...Jadi,aku 'komen' dalam keadaan sempoi atau hati yg kosong dari rasa apa 2... Aku abaikan hal itu .. Aku mneruskankan halku sbg 'daie fb'.. 

Tidak berapa lama selepas itu,aku terima notif bahawa 'dia' telah memberi komen diatas postku.. Aku sekadar tersenyum membaca komennya.. Aku biarkan tanpa membalas semula ... Aku terus ke wall nya.. request friendnya masih belum aku approve .

* Allah telah memberi banyak amanah pada kita sebagai hambaNya..Kelak setelah kematian,kita akan bawa SEMUA amanah yg telah Allah pikulkan pada kita.. Lazimnya didalam sesebuah kumpulan kongsi gelap,setiap pengkhianat akan menerima hukuman 'mati' akibat perbuatannya..Bayangkan pula si pengkhianat dgn tuhannya apa hukumnya?? *

Menggeletar tubuh badanku membaca status nya yg baru sahaja diupdate..Status yg mengingatkan aku tentang beratnya sebuah amanah..tntg kematian juga...Berkali-kali aku baca ayat itu..

Tanpa aku sedari,aku telah pun mengikuti perkembangannya di laman sosial itu diam-diam..Timbul rasa kagum dalam senyapku..Bukan aku tidak pernah berjumpa yg lebih hebat dari itu tapi tidak pernah aku seperihatin ini...

Aku teliti 'wall'nya..Aku lihat semua status nya,aku baca infonya..Tiada gambar d facebook nya.Tiada hiasan apa 2 yg menarik mengenainya..Tiada ramai kenalan,tiada subscriber,tiada peminat tersendiri mungkin tapi kenapa org ini yg menarik perhatianku..Aduh,aku tidak mahu mengatakan bahawa aku jatuh cinta melalui facebook..'Tidak!ini bukan cinta..Kagum barangkali...bukan cinta..bukan cinta....!

Aku memikirkan jika hal dan rasa ini dibiarkan ,ia bakal menjadi fitnah buat agama.. Ya,agamaku ... 'Astaghfirullah',aku mengalihkan semula tetikus ke arah lain .. 'Ahh,logout terus lah..serabut pulak mcm ni '

Aku bingkas dari dudukku untuk menyambung kerjaku semula..
------------------------------------------------------------

No comments: