Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Thursday 19 July 2012

Bidadari Untuk Siapa ....? (PART 4)




"Allah meletakkan kejayaan manusia bukan pada setinggi mana ia belajar,bukan pada sebanyak mana kekayaan yg dikumpul,bukan pada serapi mana ia menjaga kecantikannya,,bukan pada semua itu.. !! Tapi Allah menjadikan kejayaan hakiki itu adalah pada sejauh mana ia menjadikan agamanya sebagai pakaian dalam kehidupannya... Bayangkan sahaja seseorang itu tidak memakai pakaian.. apakah yg akan terjadi dan dilihat mata2 luar ?sempurnakah?indah kah? tapi lihat pula org yg berpakaian,jubah contohnya,purdah,niqab dan apa jenis jilbab..Yg lelaki sempurnakan dgn srbannya,jubahnya..Yg wanita dikemaskan lagi dgn niqab,stokin dan sarung lengannya... Bagaimana kita lihat ?? Jgn brdusta dgn hati bahawa yg melihat itu sakit mata..bermakna org itu benar 2 ada masalah rohani.. Indah kan? Saya tidak mengatakan harus semua berjubah berpurdah berserban,,saya cuma memberi perbezaan ,perumpamaan org yg tidak berpakaian dan org yg berpakaian.. Boleh aja sekadar bertudung pendek,atau apa 2 yg kalian mahu bg alasan 'ohh,saya tutup aurat juga' ... Benar kalian tutup aurat tp x sempurna... Maka begitu juga dgn Islam ... Kalau lah kehidupan yg ada dalam tangan kita sekarang,yang Allah pinjamkan pada kita sekarng ini kita sempurnakan ia dgn jalan Islam,maka kalian telah berjaya... Usaha atas iman itu wajib demi meningkatkan sedikit demi sedikit iman yg kontang.. Merasakan akan perjuangan dan pengorbanan nabi ... Sahabat dulu tidak ada yg kaya..Yg paling kaya pun Hadrat Uthman Al affan,namun kematiannya hanya ada kain kafan yg  tidak mencukupi ... Sewaktu hidup Hadrat abu bakr yg paling sempurna hartanya namun tidak sedikit pun yg ditinggalkan pada anak dan keturunannya... bila ditanya,beliau akan menjawab 'cukuplah aku meninggalkan kepada mereka Allah dan Rasulnya maka mereka telah pun kaya didunia dan akhirat ..... lihatlah keyakinan mereka terhadap Allah keatas dunia hina ini...Tp keyakinan kita??Ada seperti itu??Muhasabah semula,,istighfarlah semula.........,"panjang lebar Saiyid Fahri Al Hariz menyampaikan bayan dan nasihatnya pada org ramai.. Ada diantara mereka yg mencebik bibir tanda tidak setuju ... Ada diantara mereka yg tertunduk syahu mengenangkan betapa besarnya amanah yg Allah berikan pd mereka..Jelas lah kenapa Allah menciptakan syurga dan neraka ..Kerana ada yg mahu menerima kebaikan dan ada yg menerima keburukuan ...

Selesai sahaja penyampaian itu,para hadirin mengambil ruang utk saling kenal mengenal..Disamping menjamu selera di ruangan itu..Sebahagian manusia didewan itu berpakaian putih dari atas hingga bawah bagaikan malaikat yg diutuskan tuhan..sungguh suci kelihatannya...dgn akhlak yg sopan,khidmat yg dihulurkan dgn rela,tata tertib dan ikhtilat yg dijaga rapi,cukup utk org lain mengagak bahawa ada kalam Allah dan kalam Nabi dalam dada mereka..Ditambah lagi dgn nur yg terpancar disetiap sudut raut tulus mereka ..

Begitu juga dgn syabab ini,pantulan cahaya dari sinar wajahnya cukup mendamaikan siapa yg melihat..Jelas benar wajahnya sering dibasahi wudhu'.,..Dia sedang berkhidmat pada orang 2 yg hadir tika itu.Biarpun letih,rautnya sentiasa tersenyum..Masakan tidak letih,dari siang tadi dia ke hulu ke hilir demi ummat .. Berpindah dari satu masjid ke satu masjid ,dari rumah ke rumah yg lain hanya untuk "amr bil ma'ruf wannahy 'anil munkar" ... Malam ini pula,dia diarahkan untuk menyampaikan sedikit penyampaian sebagai seorang da'ie untuk mereka yg baru berjinak mengenal agama.,..Khidmat adalah sifat terbaik dalam dakwah .. Ya,akhlak.. khidmat adalah salah satu akhlak...

"Assalamualaikum,"sapa satu suara ..
Hariz menoleh.

"Waalaikumussalam,pakcik.. Eh,pakcik dah makan?silakan duduk dulu,"katanya sopan setelah tangan tua itu dicium penuh hormat..Pakcik dihadapannya itu menarik tangannya sedikit seolah 2 tidak membenarkan Hariz mencium tangannya .. 

"Maaf,kamu x layak cium tangan pakcik memandangkan agama dalam diri kamu lebih mengatasi pakcik,"kata pakcik itu tersenyum.

"Astaghfirullah .. Pakcik dah lama hidup berbanding saya..Apa pun,arwah ayah saya mungkin sebaya pakcik dan saya menghormatinya selayak anak muda menghormati yg tua..,"lembut tutur bicaranya.

"Alangkah bagusnya jika semua anak muda seperti kamu,nak.. Saiyid Fahri Al Hariz.. oh ya,pakcik jemput kamu dan keluarga kamu atau kawan 2 kamu untuk ke majlis doa selamat sabtu ni .. Anak pakcik selamat sampai ke malaysia semalam.Dia baru sahaja habis diploma dan baru pulang dari Mesir.,"

"Oh,InsyaAllah jika Allah izinkan ,saya akan hadir ... Apa pun terima kasih atas jemputannya,pkcik..

Otaknya ligat memikirkan siapa kah 'pakcik' dihadapannya ini .. Seperti beliau kenal akan aku..'Nama aku disebut jelas tadi..tapi kenapa aku x ingat siapa pakcik ni ek'.

"Oh ya pakcik.....,'Hariz menahan pakcik tersebut apabila beliau mula melangkah.Pakcik itu menoleh.

"Maafkan saya kalau saya x kenal atau x cam pakcik tapi tadi kalau x silap pakcik menyebut nama penuh saya,kan?pakcik kenal saya?,"tanyanya berbahasa.

Senyum. "Kamu memang x kenal pakcik,nak..Pakcik dgr cerita tentang kamu dari kawan 2 pakcik..Dari situ yg pakcik kenal..Pakcik balik dulu ya ,Assalamualaikum,"kata pkcik itu dan terus berlalu.

"Waalaikumussalam..,"balasnya masih dalam keadaan terpinga 2..

'Ahhh,xpe lah..biasa la tu kalau dalam jemaah ni,nama selalu aja dalam list 2 program..Monolognya dan terus menyambung kerjanya..

'Ya Allah,dgn khidmatku ini,kau kurniakan aku sebelah lagi sayapku yg bisa buat aku terbang tinggi,bukan malah semakin rendah dan langsung rebah,'dia sempat bertawassul sambil meneruskan hal yg tertangguh.

------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum,mama..apa khabar,"?soalnya setelah panggilan disana bersambut..Ada riak gembira di wajahnya apabila dapat mendengar suara ibu yg dirinduinya..

"Wassalam....haa,,akk... baru nak telefon mama,ingat dah lupa tadi ... mama sihat je..Haura' mcm mana ni?sana mengajar,ok?budak 2 cam ne?,"tanya mama pula..Aku elah pun empat bulan mengajar di Pasti Raudhah At-Tarbiah ini... Mama yg menyarankan agar aku belajar tentang anak-anak kecil...

"Hmm,,mcm tu lah..cam ne lagi... budak 2,,mama faham je lah... naik angin je selalu akk ni,"adu ku pada mama..Begitulah selalunya jika ada sahaja hal yg tidak memuaskan hatiku..Pasti mama la tempat meluahkan perasaanku..Lagipun mama juga yg beria 2 menyuruh aku mengajar dan mendidik kanak-kanak disini..

"Sabarlah..Dari situ,Haura' tahu bagaimana perasaan seorang ibu yg menjaga anaknya..Haura' akan belajar semua tu...Mcm mana risaunya bila anak masih tidak mampu membaca dan berdikari sendiri,dari situ juga kamu akan belajar bertanggungjawab,nak..Cuma kamu perlukan sedikit kesabaran lagi dan kamu akan memahami mereka ...Kamu juga akan jadi mama juga nanti kan,sayang.?."soal mama cuba bergelak kecil demi menghiburkan hatiku yg mula sebak ..Aku tahu mama sedang mengatakan halnya ketika mendidik aku 19 tahun yg lalu ..Aku anak sulung mama dan papa...Kata mama,aku lah anak yg paling nakal dalam adik beradik ...Aku juga lah anak yg paling sukar dididik..Terlalu banyak kesabaran mama dan papa untukku..Dlam keadaan aku lemah sejak lahir sedangkan umurku waku itu mampu untuk berjalan,tapi aku baru pandai merangkak.. Betapa sukarnya mama menjagaku...Airmataku menitis..

"Ya,ma...Tu akk akan cuba nanti...Tapi jgn lama 2 ya ma...X nak lama 2 jauh dari mama,"aku beralasan ... Aku dgr mama tergelak di hujung sana...Aku faham bahawa mama tahu akan alasanku .. Sebenarnya bukan lah alasan jauh dari mama tp sebenarnya aku memang tidak berapa meminati kanak-kanak..Itu yg lebih tepat..Dan ibu telah maklum yg itu ...

"Haura' tu bukan x boleh jauh dgn mama tp sbb x suka budak kan...ada je alasannya ,,, selama ni, 6 tahun duduk lain negeri dgn mama,boleh je...,"kata2 mama membuat aku tergelak..ada benarnya kata 2 mama....

"Alaaa mama ni,,kantoi la... Ok la ,ma .. Lepas ni subjek akk pulak,... X tau nak ajar apa,,sekali cakap bukan terus nak ingat ... Akk ni dah la x tahan sabar .. Kalau anak sendiri tu,rasanya dah lama hantuk kat dinding je,"aku tergelak... Geram mengenangkan subjek yg aku ajar tidak dapat ditangkap oleh pelajarku .... Aku mengajar kanak-kanak yg berusia 3 tahun hingga 6 tahun ...Kanak2 yg berumur tahap itu hanya mampu bermain dari pagi sampai petang ... mereka akan jemu bila belajar walaupun hanya untuk 1 jam... Mana lah aku tahan macam tu..

"Ok 2.. jgn garang sangat,,,, kanak 2 bukan macam org besar ... banyak benda mereka x tahu lagi ....kena sabar sikit je lg ...Cuba ambil masa ni untuk faham kanak 2 .. selami hati mereka,fahami kehendak mereka dan bentuk diri mereka .. Haura' akan terfikir dan akan dapat hasil dari apa yg mama cakap ni sama ada betul atau x...Ok lah,jaga diri sayang...Assalamualaikum...,"Mama mengakhiri perbualan...

Aku terus ke pejabat guru setelah selesai berbual dgn mama... Bnyak kertas yg masih belum ditanda.. Anak didikku sedang menjalani peperiksaan akhir tahun ...Sedang aku menyelak helaian2 kertas itu,aku terpandang tiket penerbanganku ke Pakistan ... Aku mengeluh perlahan..Masih tiada panggilan dari sana... Beritanya juga semakin mengerikan ...  'Ya Allah,jika kau izinkan aku utk ke sana,mudahkan la segala urusan ...aku benar 2 ingin ke bumi Anbia' itu Ya Rabb' .. Hati aku sangat ingin kesana... Aku berhenti kerana ingin menyambung pelajaranku kesana...Aku ingin menjadi seorang peguam.. Paguam Syari'ah dan akan membela nasib 2 kaumku ... Tp takdir telah mencampakkan aku sebagai seorang guru ...Takdir juga telah menetapkan bahawa aku akan mendidik anak bangsa...

"Cikgu...cikgu ...Tadi kan Am tiru buku,"tiba2 seorang pelajarku menyerbu masuk ke pejabatku..Aku agak trsentak..

"Sapa suruh masuk bilik cikgu,?keluar sekarang ....,"kataku agak keras...

"Tapi Am tiru cikgu...Is nampak tadi,"adunya lagi tanpa menghiraukan wajahku yg sedikit tegang waktu itu ... Aku lantas terus menarik tangannya dan mengarahkannya ke tempat duduknya ... Aku tahu ada mata 2 guru yg lain melihat aku waktu itu ... Aku tidak peduli ... 

"Ya,nanti cikgu marah dia,ya...Sekarang Is siap 2 utk periksa lepas ni,faham..?."kataku dgn suara yg ku tekan sedikit tanda geram dg kanak 2 nakal itu ... Iskandar cuma mengangguk tanda faham... Ahh,kanak 2 itu bukan tahu aku tgh marah ke apa...

Tidak beberapa lama selepas itu,kertas soalan diedarkan .. Suasana masih agak bising dgn teletah mereka yg memang tidak pernah senyap sedari datang ke sekolah.. Mataku sedikit aku besarkan kepada mereka tanda aku marah namun mereka tetap seperti itu berebut pensil warna...

"Cikgu...cikgu...cikgu... dia ambil pensil saya,

"Dia ambil dulu pensil saya..

"Awak dulu .." , "aawk..." ,Masing 2 saling menyalahkan..Aku pening lalu aku terus menyentap pensil itu ..Keduanya terdiam sambil menunduk...Tiba 2 hati aku menjadi kasihan melihat situasi begitu.. Aku terus menuju ke meja ku dan mengambil satu lagi pensil lalu aku berikan kepada mereka... suasana dewan kembali senyap ... Sewaktu aku berpaling,aku lihat ada seorang guru yg tersenyum di balik pintu dan terus berlalu ... Aku hairan.. 'kenapa ngn Kak Su ni' ..

Aku sekadar menggelengkan kepala ...
--------------------------------------------

No comments: