Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Wednesday 25 July 2012

Bidadari Untuk Siapa ...? (PART 5)



'Hmm,,ada apa pd facebook ni ..amat memboringkan ...'keluhnya sambil memerhati sekadarnya pada ruangan laman sosial itu ... dia menulis satu status..Baginya,biarlah apa yg disampaikan itu suatu prkara yg  baik biarpun dia tahu belum tentu org lain akan mengambil iktibar ... cukuplah sekadar apa yg ditulis itu adalah dari hatinya dan ingin mengulang 2 akan peringatan 2 itu ... terkadang apa yg ditulisnya adalah sebuah doa,supaya yg membaca dapat mengaminkan sekali ..ada juga apa yg ditulis itu sebuah pengalaman..harapan ... tapi semua itu diazam agar dapat buat apa yg diperkatakan..

"Assalamualaikum..,"sapa seorang wanita di inbox massage nya ..

"Wassalam,"jawabnya sepatah .. sekadar menjaga hati..

"Boleh berkenalan ..,"pesanan itu berbalas..

Mukanya sedikit berkerut ...Ada beberapa garis lipatan diatas dahinya ...Bukanlah hairan apabila ahli facebook itu bertegur sesuka hati mereka tapi aneh memikirkan seorang wanita yg menghulurkan salam perkenalan kepada seorang lelaki yg tidak dikenalinya..Dimanakah sifat malu seorang wanita itu dicampakkan... 'Ahh,sekarag zaman moden..kalau dulu perempuan bagaikan tiada didunia ni sebab semuanya berkurung didalam rumah dan bilik 2 mereka tapi sekarang terbalik,nampak sangat lelaki semakin tiada dan berkurang ... yg dipenuhi hanya wanita' keluhnya sendiri..Dia mengabaikan mesej itu tanpa berniat mahu membalasnya... Dia tahu kalau dia membalas,ada harapan yg terbit dari sana ... dan dia tidak mahu memberi harapan itu....

Hariz terus mengarahkan tetikus itu ke satu group yg disertainya di facebook .. Setelah beberapa ayat ditulisnya,dia terus menekan button 'post' ...Dia sempat membelek 2 beberapa post dari ahli group tersebut..'hmm,ramainya manusia dalam ni..50 000 org .. satu dunia berapa agaknya..'

Dan pandangan matanya terhenti pada post seseorang yg agak familiar di group tersebut..Wanita.. Ya dia seorang wanita tapi gayanya agak aneh berbanding wanita lain.. Dia terlalu kasar bg peribadi seorang wanita..Dia pernah juga bertanyakan hal mengenai wanita tersebut kepada beberapa org kenalan fb nya...Ternyata pandangan mereka agak serupa.

'Sombong pmpuan tu..x payah la.. takut aku..

'entah..aku pn x tahu laki ke pmpuan dia tu...'

'Dia saja je tu buat 2 kasa tu kut'

Macam 2 kata-kata tntg wanita itu yg dia peroleh..Entah sejak bila dia menjadi salah seorang subscriber wanita itu.. Segala mengenainya masih samar 2..namanya,umurnya,identitinya masih tidak diketahui dgn jelas... Tapi kenapa dia sering memerhatikan wanita itu ...dia juga telah menyuruh kakaknya merisik2 wanita itu...Dia tahu memang sukar jika dia yg bertanya sendiri...lagi pula merisik itu lebih baik jika dibuat melalui org perantaraan ... Tiba 2 dia mendapat notif bahawa ada post dari wanita itu di group.. 'hmm,aktifnya dia' ..

*lelaki yg hebat di belakangnya ada dua wanita hebat samada ibunya atau isterinya*

Dia tersenyum membaca post itu .. x lama kemudian,dia lihat ramai yg komen di post tersebut sambil dibalas oleh wanita itu..Dia mengambil keputusan utk menilai luaran melalui komen 2 tersebut..dimanakah kekasaran dan ketegasan yg sering diprkatakan beberapa kenalan fb nya...
Baru dia faham kekasaran apa yg yg sering dibualkan mereka.. Syed Fahri Al Hariz melihat kekasaran itu hanya utk kaumnya ... Sedangkan pada kaum wanita,wanita yg dikenali sebagai "Sutera Bidadari" itu amat berlemah lembut ...mereka tidak nampak hal itu ... Patutlah dia tidak menerima permintaan rakan dari kalangan lelaki ... Hatinya semakin kagum .. Namun dia segera beristighfar ..'aku mahu mengujinya' ..Hariz memberi satu komen diatas post itu..

'Habis saya xde ibu ,dan xde isteri ,dari sudut mana akan dilihat kehebatan itu?' Hariz tersenyum melihat komennya sendri..Dia pun tidak tahu mengapa soalan seperti itu yg diajukan ...

'Kamu dilahirkan dari wanita juga ... Tiada siapa yg tiada wanita dalam hidupnya...Alangkan nabi adam yg tidak beribu juga punya wanita sebagai isteri..tapi jika tidak punya isteri,mereka masih punya ibu'

'Saya sedari kecil memang tidak membesar bersama ..ibu saya meninggal dari saya kecil .. saya tinggal bersama kakak dan abang saya '

'Kakak itu bukan wanita kah?'

Syed Fahri Al Hariz tersenyum melihat persoalan wanita itu ... Bagaimana mahu berhujjah dgn wanita seorang ini ... jelas kelihatan dia seorang yg berego tinggi..Tidak pernah mahu kalah dgn lelaki ..

'Ya,dia wanita lah ...tapi dia bukan ibu saya,dia kakak saya'

'Ohh,jadi mahu mempersoalkan antara kakak dan ibu..Hmm,kamu itu dilahirkan oleh kaumku ... Ibumu itu wanita kan? Sifat ibunya atau didikan ibunya akan meresap pada anak 2 nya... kakak mu itu hasil didikan ibumu... Aku x menafikan kehadiran kakakmu tapi kamu boleh fikir.. kakak kamu tu dari kecil bersama siapa? ibu,bukan? kalau lah sekalipun ibu itu meninggal sewaktu melahirkan,anak itu tetap ada mirip ibunya kerana 9 bulan dia dididik di rahimnya.. aku pasti kamu juga tahu bahawa anak itu lebih berkesan dididik dari rahim berbanding dunia nyata nya'

Berkali 2 dia cuba memahamkan apa yg ditulis wanita itu... Ada benarnya ... Dari kata 2 itu,dia menjadi sebak ...Terkenang pengorbanan ibunya.. Ibu bapa nya meninggal akibat kemalangan jalan raya..Sebelum kemalangan lebih teruk,ibunya telah mencampakkan adiknya ke tepi jalan sebelum kereta yg dipandu ayahnya remuk dihmpit lori dan kereta..untuk menyelamatkan diri amat susah kerana tali pinggang yg dipakai ibunya tersekat..maka,adiknya dikeluarkan melalui tingkap ..

Airmata lelakinya menitis ...Kakaknya juga pernah bercerita,keadaan dirinya sekarang adalah dari kata 2 ibu ..Benarlah,ibunya memang seorang yg hebat ... Tidak dapat dinafikan hal itu ...

"Ya,ada benarnya juga kata 2 kamu..Semuanya bermula dari ibu dan isteri ... Dua wanita ini adalah  tulang belakang seorang lelaki samada lelaki itu berjaya atau tidak .... siapa lah bakal bidadari saya.. semoga ianya bidadari yg menyenangkan,'dia memberi komen setelah lama berdiam ... Dia menunggu komen seterusnya namun lama menyepi begitu .. Cuma komennya di'like' ...Mungkin isyarat bahawa perbualan terhenti setakat itu..

Syed Fahri meneliti wall 'Sutera Bidadari'.. Status2nya kebanyakannya tentang wanita ... Barangkali mahu menyedarkan kaumnya yg masih tidak sedar 2 ....  Dia menilik infonya, "Maahad tahfiz?" ..hafizah kah dia ..?MasyaAllah,getusnya ... Dilihat pula fotonya,terlalu banyak foto wanita itu ...Ad foto wanita itu bersama pelajar 2 PASTI ..mungkin itu anak murid dia'fikirnya.. Syed Fahri terus mengalihkan perhatiannya dari situ..dia tidak mahu melihat lebih lama gambar itu ... idak mahu mengundang fitnah hati bila mengetahui bahawa sifat fitrah itu bila 2 akan muncul .... Baginya ini baru satu ujian...

'Mahu uji lagi yg keseterusnya'

Hariz menghantar satu pesanan ringkas melalui IM nya..Dia tersenyum sendiri ..lalu melihat jam tangannya ... 'Ahh,nak asar dah ... solat dulu lah..' Button 'logout' ditekannya ... dan terus melangkah menuju ke masjid ....

-----------------------------------------------------------------------------

Mataku semakin layu namun kugahkan jua ... Hari ini aku terlalu sibuk melayan setiap kerenah anak 2 didikku disekolah.. Aku pulang agak lewat.. Aku punya tugas besar diluar,,aku juga punya amanah besar di fb ...Walaupun fb itu adalah dunia yg terhijab namun hati manusia dan Allah tidak pernah terhijab .... Amanah yg diberi dari fb tidak bermakna ia nya boleh dikhianati ... Biarpun tidak dikenali dan diketahui manusia,namun Allah melihat siapa saja,jadi aku mengambil jalan berhati 2 akan amanah yg telah diberi supaya tidak dituntut kelak...

Aku mengawasi pergaulan di group tersebut ... Buat masa sekarang,aku telah diamanahkan utk  mengawasi 9 group berat yg ahlinya lebih dari 10 000 manusia....Sebagai mana diluar,begitu juga aku d fb,penuh ketegasan dan kekerasan... Sewaktu 'berjalan2' melihat 'sekeliling',aku terpandang akan satu kumpulan yg sedang bertelagah ...Saling menyalahkan ...berlawan mulut... kebanyakan dari mreka adalah lelaki ... 'bagaimana pula kau mahu masuk campur ni',fkirku ... Aku lihat jam di tangan..Mungkin dalam 10 minit lagi azan asar dalam berkumandang ... Aku menjadikan itu sebagai alasan utk memecahkan mereka ..

'Assalamualaikum ,,eh korang adam.. x solat ke ...? Atau semuanya dari benua berbeza?'

'Wassalam.. yg ko sibuk ape hal..?'

'Zaman dulu,hanya Nabi dan sahabat yg mengajak solat dan kebaikan.... jadi,beritahu aku siapa yg mencemuh dan tidak bersetuju dgn keduanya dalam soal ini?' soalku ..

'Orang jahiliah la.... dah tau tanya pulak ..' salah seorang mereka menjawab .. Sekurang2nya aku dapat mengalihkan perhatian mereka dari bertelagah dgn wanita 2 disitu..

'Jadi,sekarang aku mengajak korang solat dan ada bantahan x silap aku tadi la... so, macam mna skrg ...?' soal ku lagi ... sememangnya aku suka memberi org sekeliling soalan supaya mereka dapat menjawab dgn perbuatan ... aku lebih suka begitu dari mengatakan terus kesalahan mereka.. terkadang mereka tidak boleh terima kesalahan mereka namun dgn persoalan sebegitu,mungkin mereka boleh fikirkan jawapan tetapi tidak akan diberikan dalam bentuk pertuturan dan penulisan ... maka mereka melaksanakan dalam bentuk perbuatan ....

'Aku out dulu lah .. Nak solat,'berkata yang lain.

'Aku pun la' .. Akhirnya perbalahan itu menjadi aman ....Namun ketenanganku sedikit tergugat bila ada seseorang msuk komen disitu dan aku amat kenal akan nama itu ... Aku berlagak tenang dan membalas komennya ..

'Dan kamu dah solat ...?'

'Dah..disini awal satu jam,..' .. kata2nya membuat aku terdiam ... Aku terus 'pergi' dari situ  demi mengelakkan menjadi bahan fitnah ...

Lengang suasana tika itu ... Kaum adam tidak kelihatan,cuma ada beberaoa wanita yg 'berkeliaran' disitu ... Cuti barangkali .. Aku juga 'cuti' ...Tiba 2,aku dapat satu mesej di Inbox fb ..

"Assalamualaikum ... serasanya kamu x approve ana lagi'

Hmm,,ini kali kedua dia menghantar mesej kepada ku ...Mesej pertama tidak ku balas...

"Wassalam..Aku x approve laki .. sorry" hanya itu yg aku balas...

"D komen kamu begitu aktif memberi komen ana dan org lain tp di mesej kenapa begitu sombong ..?' mesej darinya lagi ,..

"Tak pe lah ... Yg penting aku x kurang ajar pada yg x sepatutnya ,"jawabku malas..

"Kenapa mesti macam tu ...? X boleh kah sama saja ...?

"Apa kefahamanmu tentang berkhalwat ...?"
soalku kembali..

"Berdua2an tanpa mahram,"jawabnya ringkas ...

"Itu saja?"
tanya ku lagi ...

"Dan yg ketiga syaitan ,"dia terus membalas ...

"Benar, kamu bijak sekali .... Beruntung mak ayah kamu ... Jadi,di Inbox Mesej ini kita berdua atau ada yg lain ...?" soalanku yg ke seterusnya sebagai satu jawapan pada persoalannya yg pertama tadi..

"SubhanAllah... begitu sekali pemikiranmu ... Inikan cuma fb sahaja... ?" dia pula menyoalku .. Aku sekadar tersenyum dgn kata 2 itu ....Aku berlakon tenang tp sebenarnya hatiku bergelojak ... Manakan tidak,insan yg sehari 2 aku intai dirinya,hari ini menegurku dahulu ...Jika aku tidak dididik ,pasti aku menyambut mesra dan memulakan segalanya tapi aku bertahan ...

"Baiklah ..d fb sahaja ... benar kata mu .... Tuhan mu ada berapa?,"soalan yg ku ajukan bukan utk mengajarnya .. namun aku mahu kami bermuhasabah ... Aku muhasabah dgn jawapannya dan dia juga akan memikirkan jawapan yg diberikannya ...

"Astaghfirullah soalanmu ,pastilah Allah sahaja ..."

"Jika begitu,,DIA itu ESA ... dan yg ESA itu ada dimana 2... Dia tuhanku d fb dan DIA juga tuhanku di luar fb ... Bila aku tidak berkhalwat dgn lelaki di luar fb,aku juga tidak mahu berkhalwat dgn lelaki d dalam fb ..."

"Tapi tidak haram bermesej dgn wanita atas sebab urusan ... atau selagi tidak melampaui batas kan,bidadari ..?"

Aku sedikit terkedu dgn panggilannya ... 'bidadari ?' suka betul dia dgn nama 'bidadari sehingga puisinya juga tentang bidadari ..

"Benar ... satu utk urusan ... Tapi ada urusankah antara kita ... ? Dan yg kedua adalah selagi tidak melampaui batas .. Jadi sekarang kamu tahukah atau sedarkah bila masanya yg kita akan melampaui batas ? "

"Tidak,"
ringkas sahaja jawapannya ...

"Jika tidak tahu,berhati 2 sebelum terkena sedang dalam AlQuran Allah menegur ... "La Taqrabuzzina " ... Zina itu kita tidak tahu bila akan berlaku,sementara belum berlaku,jgn biarkan ia berlaku ... itu sahaja .. Mudah.. ia nya x menyusahkan .. Lagi pula aku cuma menikahi seorang lelaki,tidak dua tidak tiga dan tidak yg ke seterusnya .. biarlah aku mengenali dgn suamiku sahaja .. cuma seorang lelaki yg halal buatku ,"begitu pnjang lebar aku menjelaskan peganganku ...
Aku juga agak jengkel dgn sikapnya yg seolah 2 tidak faham akan erti ikhtilat ...Aku langsung menuju ke arah lain ... aku biarkan dia dgn kata2ku .. Biarlah jika dia ingin mengatakan aku sombong atau berlagak.. Aku sudah tidak kisah ... Aku sombong tanda aku ada harga diri ... Bahwa aku tidak semurah yg disangkakan ...Lama aku tunggu jawapan seterusnya ... Namun tiada balasan .. Aku juga gusar bila dia senyap begitu ..bukan khawatir tentangnya tapi aku bimbang jika aku telah melukakan hati seorang hamba Allah ...Hati itu milik Allah pasti Allah akan bertanya aku jika aku merosakkannya .... Aku langsung menghantar satu lagi mesej terakhir padanya dmei menamatkan perbualan kami ...

"Maafkan aku kalau kau terasa .. Bukan niat aku mahu buat hati kamu terasa tapi aku mengatakan tntang apa yg aku rasa,,, Aku tidak mahu tumbang dari prinsipku sendiri .. hati boleh berubah 2 ,mungkin hari ni je aku jaga bnda mcm ni tp hari esok aku takut hidayah itu bukan milik aku lagi ... Jadi,biarlah aku jaga Allah dahulu serapi 2 nya supaya Allah akan menjaga hatiku sehalus2nya ... maafkan aku dunia akhirat . Assalamualaikum ..."aku menamatkan perbualan hari itu dan aku padam semua mesejnya .... walaupun dia masih tidak maafkan aku ,sekurang2nya hakku telah bebas,,aku tidak akan merayu 2 memohon maaf memandangkan dia adalah lelaki biarpun lelaki itu lah yg sedikit sebanyak telah menggoyahkan hati wnitaku ....

Aku puas ... Aku menulis beberapa ayat yg terlintas dari fikiranku ... lalu ku tekan button share' di wallku ... cukuplah kata 2 itu baik walaupun aku tidak lah sebaik mana ....boleh juga aku menopup pahalaku jika ada yg mahu beramal dan berubah melalui penulisan2ku .... aku juga boleh mengambil iktibar semula dari apa yg aku tulis .... Supaya kau tidak menjadi hamba yg Allah telah tuliskan dalam madah cintanya ..

"Terkadang kamu tidak lakukan apa yg kamu cakap"

Aku tidak mahu hal itu berlaku .. jadi ,aku cuba sedikit demi sedikit utk mengamalkannya ...
Beberapa waktu selepas itu,sampai 3 mesej d fb ku sekaligus .... aku buka ...

Da'ie Allah : "Semoga Allah menerima kehidupan dan kematianmu ... Lalu dihidupkan semula dalam keadaan keredhaan Allah,..Aaamiin .. Beruntung siapa yg memilikimu wahai bidadari .. Pasti kamu wanita hebat dan akan diciptakan utkmu lelaki hebat..Aku kagum ... Teruskan tugasmu utk ummat ... Wassalam ...

Saiyidah Fathiyah Hazirah : Assalamualaikum ,dik .. Apa khabar ...?Lama x chat ngn adik ... sihat x ni ..?

Wardah Qaleesya : Assalam,sahabat.. bagaimana khabarmu ...? Aku ingin memohon pertolonganmu,boleh ..? aku mendengar bahawa kau telah bekerja sekarang di sebuah PASTI,bukan? Boleh aku memohon pertolonganmu utk meminta izin mengajar sekali dgn kau disitu ...?kalau boleh,mesej aku ya .. ni no aku ... 0176666666 ..

Aku baca satu demi satu mesej mereka .... Aku agak terkesima membaca mesej yg pertama ... Wanita mana yg tidak suka kan pujian ? ikutkan hati ku ,aku ingin memabalasnya semula namun aku tahankan hati dgn memadam terus mesejnya tanpa membalas ... itu cara yg terbaik ...

Mesej kedua pula membuat aku berat hati utk membalas ... Entah kenapa ,aku senang berbual dgnnya namun aku takut dgn setiap eprsoalannya .. Perbezaan umur kami yg jaraknya 16 tahun,membuatkan aku amat 2 serba salah atas setiap bicaraku .. dia sahaja lah 'kakak' yg paling tua pernah aku kenal d fb ini .. Jika ada pun,mungkin semua aku bahasakan 'makcik' atau panggilan yg mesra sperti 'mama',umi','ibu' atau seumpamanya disebabkan umur mereka yg hampir sama dgn mamaku..Aku balas mesejnya sedikit sekadar menjawab persoalannya ..

Dan mesej yg trakhir inilah yg membuatkan aku paling gmbira sekali  .... Aku amat merindukan sahabatku seorang ini .... Pasti dia memikirkan aku tidak ada di line sekarang ... Mesejnya aku balas .. dan aku berazam akan membuat rayuan terhadap pengetu diatas permintaannya ini ... Saat org lain tiada disisi,aku cuma memerlukan dia sahaja sebagai hamparanku ...Aku ingin dia menjadi sahabtku dunia dan akhirat...

Ya Allah,kukuhkan persahabatan kami...Jadikan persahabatan ini keranaMu Ya Rabb ... Diatas namaMu aku bersahabat dgnnya ...

Lalu aku bangun utk meneruskan kerjaku dialam realiti ..Satu tugas yg perlu diselesaikan .. !
-----------------------------------------------------------------------------------------

No comments: