Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Saturday 24 November 2012

- Kerana kita manusia -




“Hafizah,Alimah .. Hafiz ,Alim ..Pasti Allah padankan dgn org yg hebat kan,”luah seorang sahabat pd suatu masa ,4 tahun yg lalu… Aku sekadar diam..Memikirkan jauhnya kebenaran kata2 dan persepsi sebegitu .. ‘Benarkah ?’ … Jika yg hafiz dipadankan dgn hafizah dan alim dgn alimah,bagaimana dgn yg x hafiz dan x alim ..?Terkapai2kah mereka memandu sesama sendiri..? Aku kebuntuan kata2 untuk menjawab..Sahabatku itu bukanlah seorang alimah,dia cuma hafizah…Belajar dari kecil sama-sama tp takdir Allah mengatur,aku terlangkah jauh darinya sehingga bila aku melanjutkan pelajaran dalam jurusan ini,dia setakat dibidangnya dahulu,hafizah dan mengajar …
“Enti lg la best,pastilah dgn maulana yg hafiz dan alim kn…Tp,maulana ni kuat mengongkong …. Itu x boleh,ini x boleh .. terlebih garang pulak tu… Kalau yg sporting,enjoy habis pulak..Sampai x reti beza dah mna dia bljar,mna x,” komennya lg.. Sekali lg terkelu..’Benarkah?’..Ini bukan kali pertama aku mendengar hal yg demikian … Aku tidak suka dikongkong …Jika benar ‘maulana2’ begitu sikapnya,aku lebih suka berdamping dgn org awam dari yg sejurusan ….
“X laa .. X baik ckp macam tu ..Entah 2 ada je org yg x berperangai mcm tu … Nk ckp apa?.”aku cuba menyangkal fikirannya …Tp hati masih ragu2 ..
“Mana…?Kalau ada pun……….,entah la …. ,”kata2nya sekali lg buat aku terdiam .. Ya,mana aku nk cari bukti yg bukan semua maulana macam tu ..Mudir aku dulu………………………baik jugak,dan aku x kenal mcm mna beliau .. 
Aku ingat lg waktu di Sb Forest dulu,aku memang kekok hidup dalam ‘dunia bandar’ ni … Hidup aku kekampungan .. Dan aku benci org yg ala-ala ‘bandar’ ni … Yg perempuan,dgn keangkuhannya lah,yg lelaki dgn ‘playboy’ nya lah … Memang biasa waktu tu sehingga sebahagian mereka menjadi kebencianku … (aku pn x pasti,aku juga punya sikap seperti itu…harapnya tidaklah…) Dari situlah aku ‘anti’ utk berkenalan dgn lelaki dari hati ke hati mcm org lain … Kalau setakat kenal , mgkin ‘member forever’ … X kekal dalam nyata,tp insyaAllah kekal dalam doa .. Aku mula beku perasaan disitulah…Dgn playboy mereka,dgn mulut mereka,dgn cara mereka(aku budak skema dr dlu ..Sukati la dorg nk ckp aku kolot pn..tp aku janggal mcm tu) .. walhal mereka juga sejurusan dgnku dan kawan2ku .. Tp kenapa aku rasa kami lg ‘sopan’ dari mereka .. Bukan perbezaan jantina tapi persamaan bidang yg aku ukurkan … Jadi,aku pn beranggapan begitu .. Bahawa mgkin benar maulana2 bersikap begitu memandangkan beginilah sikap2 studentnya… Allah..
Hari berganti hari dan tahun berganti tahun,aku membesar berhadapan dgn dunia … Bukan dirumah seperti gadis2 sunti yg dibesarkan oleh tgn ibu sahaja … Berbagai 2 acuan yg membentuk aku sehingga aku menjadi aku yg kini …Kadang penuh dendam,kadang penuh sangkaan,kadang penuh pengertian .. Entahlah,mengikut mereka yg mengacu aku dari keil hingga besar ….
Melalui umur yg sebegini dan jurusan yg aku lalui kini,aku x dapat lari dari ‘disunting’ , ‘dicop’ dan sebagainya .. Cuma belum ‘gugur’ menetap dimana lg .. Aku masih teruskan pemerhatian dan perjuanganku.. Kumbang yg berterbangan dan berkeliaran,aku biarkan mereka dgn dunia mereka tanpa sempat aku meletakkan salah seorang ditempat khususku….Sedang aku sbg bunga,tetap tumbuh mekar biarpun dikelilingi aneka kehidupan lain…Mgkin benar telahan sahabatku dahulu..Bagiku,mereka terlalu ‘angkuh’ dgn gelaran ‘maulana’ yg mereka sandang … Tapi,aku yakin x semua begitu .. Dan buktinya,adalah guru2ku … Sepanjang kuliah selama 4 tahun , aku berguru dgn Maulana Hamzah,Maulana Hamid,Maulana Khalid,Maulana Umar,Maulana Ali,Maulana Azim,Maulana Adli,Maulana Helmi,dan entah sapa2 lg nma ulamak2 tersebut,yg pastinya,mereka x macam tu … Malah mereka tawadhu’ … Aku kagum dgn mereka … Ya,guru2ku x macam tu ….
Ramai insan yg aku ‘benci’ dahulu,kini telah jauh berubah … Dari benci,menjadi bangga …. Bukan bencikan mereka tp bencikan kelakuan mereka … Kadang kelakuan mereka,aku x sedar itu juga kelakuanku … Tapi,Allah ingin membuka keinsafan dan muhasabahku,DIA menemukan aku semula dgn mereka .. Ada yg semakin jauh,dan ada yg semakin dekat dgn Allah … Ada yg sambung pelajaran di Pakistan,di Jordan , di Syria,di Yaman,South Afrika …dan pelbagai negeri lagi …. Aku cuma berhak menilai dari luar sahaja .. Dan hal itu,ada yg mampu buat aku bersyukur,ada juga yg buat aku beristighfar…Biarlah Allah menilai mereka,…Zaman silam mereka mgkin jadi pengalaman buat mereka mcm mna aku sekarang … Aku x berhak nilai yg lepas walaupun aku tahu siapa mereka pada masa lalu … Student perempuan pula,80% dah pun menjadi isteri org …. Dan selebihnya,kami bersama2 semula berganding bahu mendidik generasi kini …10 tahun lepas dan 10 tahun kini,bila dibandingkan x banyak juga berubah tapi banyak juga berbeza …. Kesimpulan yg aku dapat melalui pengalaman kecil 20 tahun ini,aku tidak boleh membenci seseorang sebenci2nya kerana mgkin satu masa Allah qisas semula menjadikan dia lah insan yg aku banggakan …. Aku x mahu terhutang perasaan dan kekaguman pd sesiapa .. Ia nya amat perit dan aku telah merasakannya … Seorang mukmin xkan melakukan kesilapan dua kali di tempat yg sama … Semoga Allah memimpin mereka terus menemui jalan sebenarNya …dan semoga Allah memberi aku keinsafan demi keinsafan terhadap kekhilafan yg x aku sedari  … Rabbana taqabbal minna ….

SB Forest vs SP For Rest  

No comments: