Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Monday 25 February 2013

~ Runion SI 2013 ~


Aku pun x ingat untuk kali yg ke berapa pertemuan aku dengan rakan 2 fb sahaja .. Tapi pada 9,10 februari 2013,ini runion kali kedua aku dan ahli group tu .. Group sahabat istimewa ni .. Dulu di Kelantan ..X ramai ahli pada masa tu,dalam 3 org sahaja.Tapi kali ni,buat di kL,Alhamdulillah walaupun sebahagian perancangan x jadi tapi tetap ada peningkatan .10 orang juga rasanya..Banyak yg terkeluar dari perancangan ..Tapi Allah mudahkan,ada la cover2 sume ni.
Mulanya aku memang pernah jumpa dua org sahaja rakan dari fb ni..Pernah la buat perjumpaan sebelum ini.Jadi kenal2 begitu lah .. Dan kali yg ini,ada lagi tiga org frnd fb yg aku x pernah jumpa lagi sebelum ni..So ni frst time..Biasa la,rancak kat fb sekalipun,bila berhadapan agak kekok sedikit la kan ..Belum keluar lagi diri sebenar.. Senyum sini,sapa sini,xde masa lagi utk bergurau dan beriringan .. Waktu frst jumpa tu kat kL sentral .Pasal semuanya dah tahu tempat tu,jadi senang,bersatu je disitu..Ada berapa org ekk time tu .. Perempuan 5 org : Aku , K.mas , Twin , Ain n K.mira .. dan sorg lelaki Syuib.. Asalnya dalam runion tu ada 7 lelaki tapi mungkin Allah x pilih mereka,jadi dia sorg je lelaki yg ada.. Perempuan pun begitu,asalnya ada 12 org tapi mungkin ada alasan tersendiri,yg hadir cuma 5 org sahaja ..Bila difikirkan balik semua ini,awal2 lagi Allah dah letak hikmahnya,..Bersyukur juga .. 
Ni baru first time jumpa ... Oooo,,sekepala je aktiviti lasaknya ..


Ni mmg dah lama jumpa daaa...Macam mana boleh bertemu dua benua ni .. hoho

Sedang aku merewang2 keliling kL sentral tu,terserempak dgn kawan lama yg dah 4 tahun x jumpa ..Sakan la juga ..Maklum la dulu satu asrama,satu kos,satu dewan semuanya satu tiba2 jumpa semula..Waktu dulu tu aku dalam 16 , 17 tahun kut ..Kakak tu umur 23 tahun ni ..Memang x berenggang la kami..Hikmahnya Allah temukan kami berdua banyak sangat ..Satunya Allah minta supaya kami bertukar berita dan cerita,Allah dah jawab kerinduan aku buat sahabat2 lama ..dan paling ketara,Allah minta kehadiran dan pertemuan kami ni menghilangkan sedikit demi sedikit rasa malu utk bertegur sapa dgn sahbat2 yg baru bertemu ni ..Bila kak saudah ada,dia rancak bercerita dan serta merta aku jadi diri sebenarku ..Kakak kak saudah pun ada turut serta..Dia juga la yg banyak layan belah lelaki ..Yg lain masih senyap lagi ..He he .. rasa nak tergelak bila ingat semula mula2 ni .. Kononnya malu2,pd hal d fb rancak bercerita ..Memang sedari awal aku jenis yg ceria dan bertegur dgn semua …peramah la kunun ..huhu .. Tapi kalau kena ngn org pendiam ni,aku jadi berdiam jugak la …
Ok,selepas kami bertegur sapa .. (x sempat nak taaruf sbab ttbe rasa mcm dah kenal )kih3 .. Kami terus gi makan ..Isi perut sambil borak2 santai ..Bertanya itu dan ini.Aku mula bising …Rancak bercerita ,mereka masih malu2 lagi ..Ape laa ….

Ni kat Sogo..Sempat lagi sebelum naik lif..Aduhaii

Ahha............

Kemudian ,kami berjalan lagi .. Rasanya memang separuh kL kami jalan .. Banyak peristiwa2 pelik berlaku dihadapan mata .. Tapi seronok la,aku jadikan ia nya pengajaran .. Aku punya masalah tika itu tapi terlupa dan terhakis sedikit bila masing2 rancak …



Pukul 8 malam,aku masih x rasa letih ..Member semua ada yg dah keletihan … Ahh peduli apa aku kalau dah bejalan,jgn la bg aku berenti ..
Kami pulang pada pukul 11 malam.. (teruk anak dara balik lewat kan..ish3) Cuci2 badan semua,tidur dan “cas bateri” utk tenaga esoknya …

10 feb 2013
Seawalnya kami bangun utk sarapan .. (x sempat tahajjud pasal semalam keletihan..x sedar) … Sarapan di rumah .. Solat dhuha dan kami muzakarah sedikit sebanyak perihal latar belakang kami dan cara pendidikan kami ..


-----------------------------------------------------------------------------------------------
 “Jika kita pandang positif pada keadaan,positif la yg kita dapat ..Jika pandang negative,negative lah yg kita dapat .. Tapi dalam negative,ada positifnya..Dalam positif ada negatifnya …Jika kita pandang keburukan pada pertemuan singkat kita ni,saya sendiri xkan sampai ke sini .. Tapi fikir,Allah pertemukan kita ada satu sebab .,Bila tgk dari cara pemakaian kita,ia satu yg berbezza dari pakaian manusia luar sana ..Secara x langsung,ia nya sebagai satu dakwah ..Fenomena sekarang orang merata pakai jilbab apa sume tapi bagi mereka itu trend ..Sebab,ya berjubah dari atas sampai bawah tapi keat ikut lekuk sana sini ..Ya,bertudung sana sini tapi jarang dan singkat dan Nampak rambut semua ..Tu bukan pakaian sunnah tapi dah jadi fitnah ..Jadi Allah himpunkan kita utk tegakkan dan betulkan yg itu,jgn kita tambahkan fitnah yg ada .. Mana tahu dari luar sana,ada yg terdetik ..Ahh wanita seperti ini tidak la ketinggalan zaman mana pun.mereka boleh ikut perkembangan kL ni,maknanya pakaian mereka x menyesakkan lalu mereka berubah ..Mana la tahu kan …?”
---------------------------------------------------------------------- ---------------------

  “Wanita ni mahal sangat ..Maruah dia tinggi tapi kebanyakan mereka x sedar mereka ni bernilai ..Sedih bila tgk wanita yg sewenang2 membenarkan lelaki bukan mahram memeluk diri mereka ..Sedih bila mereka senang2 membuka aurat mereka ..Sedih bila tgk keadaan sekarang ni..Dulu wanita darjat dia rendah sangat sampai kaum jahiliah dulu bunuh anak perempuan mereka hidup2 tapi nabi angkat darjat mereka sehingga nabi memberi contoh dgn menikahi janda2 tua .Nabi menikahi wanita yg berkulit hitam sedangkan nabi itu mulia dan paling terkenal ketampanannya … Begitu sekali .. Tapi wanita…………….”

----------------------------------------------------------------------------------------------
Ukhuwah kerana Allah ini,pasti kekal berbanding ukhuwah yg hanya utk suka2 atau sekadar,kenal sahaja..Bukan senang dari jauh ALLAH nak temukan kita.Barangkali dari alam roh lagi kita dah dipertemukan,kemudian Allah lanjutkan lagi pertemuan kita kat sini …. Yg penting hati jangan lari ,, 

----------------------------------------------------------------------------------------------


Tempat kami xde sibuka macam ni..Kat sana aman,tapi kat kL ni mmg agak bising dan membingitkan..Jadi seram bila dari x biasa bercampur tiba2 datang ke tempat mcm ni..Tapi positifnya Allah hantar utk sama2 fikir ummat..Keadaan yg dah makin nazak …Macam mana nak berjuang kalau masih dibawah tempurung? X cuba melangkah tapi penuh angan2 untuk berjuang sana sini … Semoga Allah permudahkan dan berkatkan masa2 kita

Begitulah segalanya bermula dan berakhir … Usrah kami x panjang waktu tu,sekadar melengkapkan “1 fikir 1 rasa” Dalam 15 minit je … Azam kami ,perjumpaan seterusnya ,mungkin lagi berilmiah pengisiannya … Mungkin aka nada nusrah jemaah dan taklim…Iman bila x diusahakan,pertemuan sesingkat itu boleh membina segunung dosa,sedangkan kami berukhuwah bukan utk menambah dosa…



Adatlah jiwa remaja,pasti hiburan x lepas.. Kami ke sunway lagoon,tapi xde rezeki nak main,Allah penuhkan semua kosong utk main..Mungkin sebab ramai sangat org kot .. Kami ke masjid jamek jugak jalan2..Banyak nya habiskan masa berjalan sahaja …  Jalan,makan,shopping,Jalan ,makan,shopping,jalan ,makan,shopping …perempuan ,kan? Begitu laaa

Boleh la merayau pasal ada driver khusus ..Terbaikkk punya driver .. Siapa tu,x payah cerita laa ek..Biar lah kami2 je .. Yg pasti memang rezeki luas laa bila ada org sudi hantar ke sana sini,kalau x,mmg penat la nak naik lrt semua tu kan .. Tapi kalau naik lrt,kami akan jumpa macam2 jenis manusia ..  Ada yg mcam ni,ada yg macam tu ..

Ada sekali tu,kami ternampak sepasang kekasih berpelukan amaaaaaaat2 rapat,memang Allah cabut laa perasaan malu depa tu (waiyyazubillah) ,depa bergesel sini,bergesel sana .. Kami dah sakit mata dah..Nak tegur depan ramai2 ,kang hijau muka dia .. Orang sekeliling dah tgk2 kami sebab mungkin mereka juga ada niat yg sama tapi sebab malu atau mungkin sebab malas masuk campur,org lain buat dek je .. Last sekali ,sorg kawan kami pergi betul2 depan pasangan tu,mmg niat amr bil makruf wannahy anil munkar la.. “Dah kawen belum brother,,,?” Yg lelaki dah malu2 sambil mengiyakan ..Yang perempuan berpaling muka sambil bergesel2 lagi..Peerghhhh la pmpuan,buat malu kaum betul la..Sepatutnya perempuan yg malu,laki selamber je,ni dia pulak macam tu..Semoga Allah bagi hidayat .. “Kalau da kawen,jangan nak buat macam depan org ramai,malu bro,sis … Tapi kalau x kwen lagi,malu la sikit benda haram nak dibanggakan,kan?” pasangan tu boleh lagi tergelak2 sambil mengangguk ..Aduhaiii sadiss… Allah buka mata kami utk lihat sekeliling,,Apa hikmahnya mungkin belum sekarang Allah tunjuk,atau Allah dah tunjuk tapi kami x sedar lagi.


Ada juga satu peristiwa di masjid jamek.Tentang peminta2 sedeqah yg buka ‘perniagaan’ disitu ..Terutama kanak2..Mereka meminta banyak2 kali pada kami,last sekali kami Tanya asal usulnya,menyedarkan dia betapa meminta itu perbuatan hina sedangkan dia masih punya tulang 4 kerat yg belum digunakan lagi .. Kami merasa kanak2 itu dihantar dan diupah utk lakukan kerja tersebut,xpe ada masa dan ruang,kami akan laporkan pada polis disana .. Dunia dah nak kiamat,beginilah jadinya..


X kurang juga ada yg baik hati,santun pada mata kami.Anak yg cacat dan amat2 tidak sempurna tapi dijaga oleh ibu dan ayah sepenuh perhatian melebihi adik beradik lain..Mereka makan di satu restoran,nak makan pun payah,sang ayah yg suapkan..Tabahnya mereka ..Ada lagi manusia sebaik itu ..


Paling ketara bila hal solat..Kami rasa,kami diluar 5 waktu solat sekaligus..Keadaan sekeliling dan sambutan sekeliling tentang solat,amat menyedihkan..Bagaimana ingin dapatkan syafaat sedangkan berbuat jahat pada yg member syafaat? Ada satu ketika kami berurusan dengan peniaga yg saya sangka dia melayu dan Islam..kawan2 lain,dah pergi solat..Tinggal sekerat diantara kami yg masih berurusan dgn dia.*maklumla perempuan,kan..X pelik sangat kalau x solat* .. Kami diam aja lagi melihat bagaimana dia menguruskan solatya..Kawan memang dah suruh tegur terus,aku masih memikirkan cara bagaimana mahu menegur dia ..Mulut aku kasar,kawan ni pula pemalu ..Sampai jam menunjukkan pukul 8..Sah,x solat la jawabnya.. “X solat ke brother?” dia mengintai2 jamnya tanpa menjawab pertanyaanku lagi.Lama dia terdiam..”Ishh,,x sempat da ni,tadi asar pun custumor ramai,terlepas asar..Ni pun x siap lagi ni.saya qada’ je la” jawabnya sambil mengintai2 lagi barang kai tu..ha??? asar pun x solat,maghrib pun x solat,qada’ je?? Berderau darah kami..Menutup seketika mata melihat keadan sang muslim yg mungkin sama situasinya di seluruh low yat tu .. “Tapi kan bang,mana ada qada’ utk org yg sibuk dengan dunia..”kawanku mula menyampuk .. “Xpe Allah faham “jawabnya..Sekali lagi aku menutup mata menerima alasan ‘Allah faham’ nya itu..”Macam mana Allah nak faham kalau kita x faham Allah der…Allah dah faham sangat2 bila Allah turunkan solat 50 waktu kepada 5 waktu sebabnya jadi macam ni la..5 waktu pun x terurus..Maghrib x lama pun,3 rakaat je kalau x campur sunant.”tukasku.. “Habis ni siapa yg nak uruskan?”suaranya sedikit menaik dan masih terkawal ..Yg lain mmg mata dah kearah kami da..Mmg la malu tapi demi dakwah,kami teruskan..Mana boleh masuk syurga sorg2..Nanti Allah persoalkan,susah juga  ..”Ok,xpe,barang kami,kami tunggu ..Skearang bro pergi solat dulu.Relax je pasal semua ni”aku syorkan.. “Tapi boss sy xde lagi ni..” “Boss,bro? cina?? U nak mintak izin solat dari cina ,bro? Tuhan u macam mana? U pergi je solat dlu,u jaga Allah,Allah jaga u,percayalah” ..Dia Cuma mengangguk .. Hati aku lega walaupun air mata mula menubir..Kawan aku,mata dia dah merah..Sedih mengenangkan ummat..X sangka kami boleh menangis dalam situasi tu..Semuanya begitu..Perasaan indah menyelinap dalam diri..Ukhuwah yg menimbulkan keserasian dan keinsafan tentang solat buat kami..Kami boleh satu fikir tentang ini,kami boleh satu usaha tentang ini..Biarlah lelaki boleh ghast setiap hari,kami juga boleh ‘ghast’ bila ada peluang .. Apa,ingat lelaki je boleh buat usaha?? Perempuan pun boleh laa..





Hari cuti kami berakhir dengan makan2 pada hari itu .. Dua hari 3 malam membibitkan kemesraan dan macam2 peristiwa antara kami … Sedih nak berpisah setelah apa yg kami alami ..Tapi ada perjuangan yg lebih afdhal utk kami uruskan di negeri masing2..Aku akur itu..Dalam x sedar,aku belajar utk menghargai ukhuwah wanita ..Sebelum ini,aku Cuma membandingkan ukhuwah lelaki yg lebih tulus berbanding wanita tapi hari ini,aku terpaksa menerima,wanita lebih tulus hatinya dalam berukhuwah…Bas aku berlepas pukul 6.30 petang itu,mereka pula pukul 9.30 malam..


Mengharapakan pertemuan demi pertemuan antara kami dan sesiapa jua..Azam kami lebih jitu utk meluruskan yg bengkok pada mata kami ..Jika aku berlepas june tahun ini,bermakna selepas ini pertemuan kami yg terakhir dan selepas beberapa tahun,kami x tahu haluan hidup kami setelah aku fikir mungkin ramai yg sudah ada kehidupan sendiri selepas ini degan keluarga baru masing2..Apa pun,doakan ukhuwah dan usaha kami berterusan dan berkekalan..Doakan .>!






Terima kasih buat semua sahabat yg join waktu tu,terima kasih juga utk ‘driver’ x berbayar hari tu .. Seronok sangat dengan korang .. mmg seronok.>! Kalau ada jemputan khusus ,jangan lupa jemput ya kanak2 rebina …he he … Begitulah akhir pertemuan kami yg penuh warna dan memori bagi kami sendiri…

No comments: