Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Thursday 24 January 2013

Thanks For Everything,Allah !!




Aku dijemput oleh teksi india untuk keluar buat lesen..Dalam 4.30 dia datang jemput.. Tgh perjalanan dalam 15 minit kemudian,azan berkumandang menandakan masuk waktu asar..Aku sudah berwudhu' kira2 bila sampai,aku ingin terus solat.. Tapi jem amat2 di tgh2 jalan.. Pemandu india tu intai jam,,dia menggeleng2kan kepala..Aku lihat sahaja .. Tiba dia berbunyi "aiyyaaa... ini tgh2 azan,dia jem pulak " ...aku terkedu.. ! dia menyambung lagi "dik,mau berenti sembahyang ka..?",sekali lagi buat aku tersenyap bercampur malu..aku lihat jam,5 minit terlewat dari waktu azan,,kira2 dalam 10 minit lg sampai ke destinasi .. Aku cuma geleng dan minta dia terus meneruskan perjalanan.. Terfikir juga,dimana dia mahu aku solat,di tepi jalan raya kah ..

Tgh2 perjalanan lagi,ada 2 lagi lelaki menahan.Dia berenti,aku dah kecut perut..Mana dia nak duduk ni,,satu teksi boleh duduk 4 org..Dia turunkan cermin dan menjulurkan kepala sahaja .." Mintak maaf la.. uncle kena hantar ini org dulu,x boleh campur2.Nanti uncle dtg ambik haa.." Huh! hampir x bernafas rasanya ... Dia x benarkan dua lelaki itu menaiki bersama wanita seperti kami.

Sampai saja ke destinasi,aku terus solat dan terus ke kedai foto utk ambil gmbar memandangkan yg jaga kali itu wanita...Aku minta 4 keping tapi aku nampak dia copied sampai 8 keping.. "Kak,kenapa banyak sgt kak..?" .. pelik..! Dia pun pelik barangkali .. "Ni utk simpanan kami dalam disc ni" .. Aku terfikir seketika dan menyambung semula .." Kak.,mintak jangan ditampal dan di show di mna2 ya ...?" mohonku .. "Aikk,kenapa pula..?"aneh barangkali kakak ni ... Aku tunduk dan menjeling sebelahku tidak jauh dariku sorang lelaki ... "Saya niqabiy,kak...Sy dtg sebab tgk akk yg jaga supaya xde ajnabi yg snap kan.. Tp klu di tampal mna2 atau dijadikan contoh,baik sy pergi kedai lain.." ,..Nak menangis rasanya .. Mujur dia mengangguk.. Urusanku dgn tuhanku sudah selesai,jika ditampal juga,dia tanggunglah.

Berifkir dua situasi tadi,buatkan aku terkedu dan bertanya..Bukan sekali dua dibentangkan padaku tntg ini.. Tp dimana "sahati dan seagama" bagi yg satu agama antara kita..? Mungkin kejadian demikian bg sy adalah untuk sy belajar tntg bersangka baik yg selama ini sy cuma memandang "tipis" pd golongan non muslim..

Ya Allah,,jika aku dan mereka menjadi asbab hidayat untuk emreka,,teguhkan hati mereka.Jgn sampai kekaguman itu menjadi cinta pada anutan mereka..Nauzubillah .. Kau lebih memahami..Hidayat utk uncle maniam...huhu...

#Niqab itu bukan tanda dia baik tapi niqab itulah yang mendorong diri dan sekeliling menjadi baik#

No comments: