Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Saturday 16 March 2013

Kita sahabat kan? Sampai syurga insyaAllah..



     

Keputusan kali ini tidak mampu membuatkan dia berasa tenang, Aiman terkebil-kebil memandang syiling biliknya. Marah itu yang dirasai saat ini.

' Gila ke apa mama tuh? nak hantar aku Kolej? Kolej ke benda? aarrghhh ! ' bentak Aiman dalam hati.

Dia merasa tidak puas, banyak lagi rancangan dia dan kawannya belum terlunas. Bagi Aiman, dia ada rancangan hidupnya sendiri. Keputusan mama dan papanya sungguh membuatkan dia menjadi gusar. Akhirnya matanya terlelap akibat penat memikirkan cara menggagalkan rancangan ibunya.

                                                                                    *** 

         Barang-barang sudah siap disediakan, Aiman lansung tidak mengambil tahu perkara itu. Baginya keputusannya muktamad. Dia akan masuk dan dia juga akan keluar dengan segera, tapi bagaimana? dia tahu caranya. 

         Hari pertama di Kolej, dia disambut seperti pelajar lain. Banyak mata tertumpu ke arahnya, berbaju kotak, berseluar koyak, dan rambut panjang berwarna hitam perang. Rupanya agak kacak, lelaki tinggi lampai berkulit cerah, berkaca mata google saling tak tumpah seperti kacukan cina. Mama menegurnya sebelum bergerak tadi, tapi Aiman tak peduli. Papa pula banyak mendiamkan diri, baginya urusan anak adalah tanggungjawab isterinya.

         Aiman memasuki bilik yang disediakan pihak kolej untuknya. Dia mencebik. Rimas dengan suasana bilik ini. Terpaksa pula berkongsi dengan orang yang dia tidak kenali. Tapi bagi dia, perkara ini akan memudahkan dia untuk keluar dari Kolej dengan segera. 

         Dia bersalaman dingin dengan mama dan papanya, bukan dia tidak tahu.. itu adalah cara mereka untuk menjauhkan  dia, Malu dengan sikapnya, kerana dia anak orang ternama. Dalam diam, sikap ibu bapanya yang memdidik dia jadi begitu. Dia akui. dia lebih rapat dengan orang gajinya, Mak Jah. Mak Jah ibarat ibunya, segala masalah diceritakan pada Mak Jah. Namun, perkara itu berubah apabila dia mula mengenali kawan-kawan barunya. Sebelum bertolak ke sini, dia sempat menyalami Mak Jah. Mak Jah berpesan sambil berlinangan air mata.. bukan dia tidak tersentuh, tapi hatinya ego untuk mengakui.

'' Aiman.. nanti dekat sana.. cari kawan-kawan yang baik ye? '' Kata Mak Jah sambil mengusap lembut bahu Aiman. Aiman tersenyum kelat. 

'' Hmmm ,, tengoklah macam mana '' Kata Aiman seperti tiada perasaan.

Bermulalah hidup Aiman di tempat yang asing baginya. Ditakdirkan sebilik dengan Farhan, budak kampung yang hanya tinggal bersama ibunya.

*** 

     Farhan agak terlewat, dia ditempatkan sebilik dengan Aiman. Bilik yang agak hujung dan jauh dari penghuni yang lain, sedikit kecewa kerana kelewatannya. Bas yang dinaiki agak lewat dari jam yang sepatutnya, syukurlah dia belum terlepas untuk mendaftarkan diri.

Kali pertama Farhan memasuki bilik itu, dia terlihat sepasang kasut bergigi besi dihadapan biliknya. Dalam hematnya, mungkin teman biliknya sudah ada. Dia mengetuk pintu itu perlahan, tapi tiada jawapan. Jadi dia membuka pintu itu sendiri. Aiman terbaring lesu di atas katil. Farhan masuk perlahan dan mula mengemas barangnya. Farhan menghibungi ibunya di kampung.

'' Assalamualaikum.. mak. '' Farhan memulakan bicara setelah panggilan disambungkan.

'' Waalaikumussalam....'' Kata ibunya pelan.

'' Farhan dah sampai mak.. alhamdulillah... '' Ucap Farhan.

'' Alhamdulillah... oke ke dekat sana? ada kawan tak? '' Tanya ibunya.

'' Ada.. biliknya, kongsi dua orang, kawan dah sampai, tapi dia tidur.. malas Farhan nak kacau, okey je dekat sini,.. pemandangan pun best je mak.. nanti Farhan bawa mak datang sini okey?'' kata Farhan gembira.

'' Haha.. iye lah.. nanti dekat sana.. belajar rajin-rajin, jangan malas, jangan tinggal solat.. jangan lupa doa untuk arwah ayah..kawan baik-baik.. biar orang jahat dengan kita.. tapi kita jangan jahat dengan orang..'' Pesan ibunya.

'' Baik mak.. Farhan ingat.. in sha Allah.. '' Kata Farhan sebelum memutuskan panggilan.

Dia memandang Aiman, tiada gaya untuk bangun dari tidurnya walaupun jam menunjukkan hampir maghrib. Ingin dikejut takut membuat Aiman tak selesa, namun dia lebih takut akan dosa maka dikejutkan Aiman perlahan. Tiada respon, Farhan tersenyum dan berkata sendiri dalam hati.

' Apa dia buat sampai penat sangat gayanya..' Dia lantas mencapai tuala dan beransur ke bilik air. Usai Farhan solat, dia mengapai al quran dalam beg galasnya. Membaca seperti biasa. Bacaannya menggangu tidur Aiman. Aiman membuka matanya perlahan, melihat sekeliling, mengeluh berat. Memandang kosong pada Farhan yang sedang mengaji. ' bila masa pula ada mamat nie..' . Aiman bangun perlahan dan menuju ke tandas. Cuba membersihkan dari sambil terfikir sendiri. 

     Usai keluar dari tandas dia melihat lelaki tadi tiada lagi, dia tidak hairan. Baginya itu cuma perasaan. Farhan menegurnya dari belakang, 

'' Assalamualaikum.. '' Kata Farhan. Aiman agak terkejut. Matanya membulat.

'' Huh.. terkejut aku. Waalaikumussalam.. '' Jawab Farhan malas. Dia sebolehnya tidak mahu rapat dengan sesiapa di sini.

'' Nama aku Farhan..'' Sambil menghulurkan tangan padanya.

'' Aiman.. '' menyambut tangan Farhan dingin. Terus berpura mengemas barang. 

'' Kau dah makan? aku ada bawa makanan dari kampung, kita belum taaruf lagi.. apa kata kita taaruf sambil makan? '' Jemput Farhan sopan, kerana bagi dia. Aiman merupakan kawan pertama yang dia kenali disini.

Aiman memandang pelik. Terluah dibibirnya.. ''taaruf??'' .

Farhan cuba memahamkannya, '' berkenalan '' sambil menjemputnya makan. Aiman sekadar senyum sumbing. Malas untuk melayan lebih lama.

'' Tak apalah.. aku nak keluar, kau makanlah sesorang.. '' Kata Aiman lantas berlalu pergi.

          Farhan hanya memandang hingga kelibat Aiman hilang dari pandangan. Mungkin Aiman kurang selesa dengan dirinya. Tapi dia bertekad untuk mengenali Aiman lebih dekat. Bermula dari hari itu, Farhan mencuba dekati Aiman dengan berbagai cara. Aiman baginya dingin, tapi masih ada kelembutan dalam dirinya yang tiada siapa mengeluarkannya.

***

        Seperti biasa, Farhan akan mengejut Aiman untuk subuh bersama di surau, tapi Aiman tidak pernah cuba bangun walau sekali. Namun itu tidak melemahkan semangat Farhan. Banyak kali juga diajak makan bersama tapi ajakan itu dipandang kosong saja.

        Satu hari, Aiman demam teruk. Subuh tadi dikejutkan Farhan, namun tiada sebarang jawapan atau pergerakan. Farhan mula bimbang, memegang dahi Aiman. 

'' Ya Allah.. kau demam nie Aiman.. '' kata Farhan. Aiman menepis tangannya.

'' Dah laa.. kau tak payah sibuk ! '' sambil batuk kuat.

Farhan tidak peduli, dia mengambil segelas air dan ubat, dia berselawat ke atas nabi pada air itu dan memaksa Aiman meminumnya. Aiman akur dan cuba menghabiskannya. 

'' Meh sini no telefon mak ayah kau.. aku nak call '' kata Farhan. 

'' Tak payahlah... aku nie macam tak ada mak ayah.. kau tahu tak? '' jawab Aiman lemah.

'' Kenapa? tak apa aku bawa kau pergi klinik nanti..'' Pujuk Farhan.

Aiman diam sahaja, entah kenapa air mata sahaja yang mengalir. Terharu dengan kebaikan Farhan. 

Pernah sekali dia menumbuk muka Farhan gara-gara mengnggu tidurnya, kerana mengejutnya subuh, Darah mengalir perlahan pada hidung Farhan. Namun tiada lansung laporan kesalahan atasnya. Dia tahu, Farhan merahsiakannya. 

Banyak kali juga dia cuba mengugut Farhan, bagi dia itu sahaja cara untuk dia dibuang dari Kolej ini. Tapi Farhan hanya mendiamkan diri. Dia jadi tertanya, kenapa Farhan sebegitu rupa.

***

'' Nah. makan ubat nie.. '' Farhan menghulurkan ubat pada Aiman. Dia mengambilnya tanpa suara. Masa dia terlantar sakit, ibu bapanya tiada sekalipun datang melihat. Hanya Farhan saja yang menemani.

'' Aku nak tanya kau sikit.. '' kata Aiman dalam serak suara menahan perit.

'' Tanyalah... '' Jawab Farhan tersenyum. Bagi dia inilah masanya, untuk makin dekat dengan Aiman.

'' Asal kau baik sangat haaa?'' tanya Aiman.

'' Baik? mana adalah.. Rasulullah.. lagi.. baik dari aku.. ini cuma sikit je.. '' kata Farhan.

'' Asal kau tolong aku juga walaupun aku dah banyak susahkan kau? '' Aiman bersuara lemah, menahan sebak. Sukar dia jumpai sahabat sebaik ini.

'' Kau tak susahkan aku pun.. senangkan adalah.. senangkan aku untuk masuk syurga... '' Kata Farhan dengan tenang.

'' Maksud kau? '' Tanya Aiman jujur.

'' Ye lah.. apa yang kau rasa payah.. itu yang mudahkan kau masuk syurga.. '' Jawab Farhan.

'' Aku tak layak kawan dengan kau.. kau baik.. kau pandai agama..aku mana ada apa-apa, aku ni hina Farhan, aku tak tahu solat, mengaji apatah lagi..aku hina.. aku sedar aku siapa, aku tak layak masuk syurga macam kau..'' Aiman sebak sehingga mengalirkan air mata.

'' Astagfirullah...Aiman.. manusia itu ada dosanya.. tapi manusia itu ada masanya..untuk taubat.. pintu taubat masih terbuka.. tak terlambat... kau boleh berubah.. Allah sayangkan hamba dia.. kau pun tak terkecuali..'' kata Farhan memujuk.

'' Tapi aku..... '' Tidak terluah dari Aiman, hanya air mata mampu mengalir.

'' Jangan risau, bila kau rasa sedih hingga menangis begini.. bermakna.. Allah dah rindukan kau.. Allah nak kau berhubung dengan dia.. Allah dah datangkan hidayah pada kau.. sambutlah dia dengan hati terbuka.. belum terlambat lagi Aiman.. kau masih bernyawa. '' Kata Farhan sambl menepuk bahu Aiman, cuba menenangkan diri sahabatnya.

'' Aku tak tahu solat Farhan...'' Aiman tersedak-esak dalam penyesalan.

'' Tak apa.. aku kan ada? in sha Allah aku tolong kau.. '' kata Farhan lembut.

'' Aku minta maaf sebab selalu buat kau, tumbuk kau.. banyak dosa aku pada kau..'' Aiman memandang Farhan lemah.

'' Ala.. aku dah lama maafkan... dah-dah.. mulai sekarang, kau kena ikut aku pergi surau.. '' Gurau Farhan,

'' in sha Allah.. '' Aiman bersuara perlahan.

***

    Semenjak itu, Aiman banyak berubah, selalu mengikuti Farhan kemana sahaja. Mereka semakin rapat. Ramai yang menyedari perubahan itu, rambutnya bukan lagi seperti dulu, pakaian kemas seperti seorang muslim yang baru . Hidupnya rasa terurus, cakapnya lebih sopan. Makin ramai yang menyenanginya, perubahannya juga dirasai Mak Jah, apabila dia selalu bertanya khabar perempuan tua itu.

'' Weh.. Han, dah lama ke kau jadi bilal sini? sedap doo kau azan.. asal aku tak tahu?'' tanya Aiman sambil menyiku lengan Farhan.

'' Mana kau nak tahu.. aku ajak pergi surau pun tak nak.. mana lah nak dengar suara jejaka macho macam aku ni..'' gurau Farhan selamba.

'' Eleh... berlagak kau ! '' Aiman mengetuk lutut Farhan geram.

'' Hahaha.. untunglah... nanti ajarlah aku azan? teringin juga lah... mana tahu ada bakal pak mentua terpikat?'' Aiman berkata selamba. 

'' Mak aih.. mentua terus,, haha.. in sha Allah.. aku ajarkan kau.. okeh? manalah tahu.. azan terakhir aku..kan... haha.'' sambil menayangkan ibu jari pada Aiman ibarat perjanjian.

***

    Aiman sering mengikuti Farhan pulang ke kampung, baginya itu lebih seronok berbanding pulang ke rumahnya yang kosong, kosong dengan kasih sayang. Ibu Farhan sudah seperti ibunya. Dia bahagia disini. Dia fahami.. bahagia yang diperolehi bukan dengan wang harta yang ibubapanya cari tapi apabila kita mengenal illahi.

Petang itu, Farhan mengajak Aiman ke pondok kecil sebelah rumahnya. Mereka saja bersembang petang, berbincang soal hati yang mereka sendiri tak pasti. Farhan menyarungkan kopiah yang dipakainya di kepala Aiman. Aiman terkejut. 

'' Asal kau nie? '' tanya Aiman kerana tindakan tiba-tiba dari Farhan,

'' Hensem juga kau pakai kopiah.. '' kata Farhan sambil tersenyum.

'' Aku memang hensemlah.... haha.. '' Jawab Aiman bergurau sambil cuba mencabut kopiah itu dari kepalanya.

Farhan lantas menegah, dia mebiarkan sahaja kopiah itu diatas kepala Aiman.

'' Ini hadiah sahabat, kopiah nie.. paling aku sayang.. arwah ayah aku punya.. kau ambillah.. tanda sahabt aku untuk kau...'' kata Farhan tenang sambil tersenyum.

'' Ish,, janganlah segan aku.. aku dah lah tak pernah bagi kau apa-apa, nanti apa pula kat mak kau.. '' Aiman cepat-cepat memulangkannya.

'' Apa pula.. mak aku dah tahu dah.. pakai je lah.. supaya kau selalu ingat dekat aku.. '' Farhan tersenyum lembut cuba memujuk.

'' Kau suka buat aku terharulah... '' kata Aiman sambil mengesat air mata.

'' Jiwang.. haha.. muka kental.. hati.. masya Allah ! '' gurau Farhan.

Mereka bersiap  untuk ke masjid. Farhan menunggang motor ditemani Aiman dibelakang, sampai dimasjid. Farhan menyuruh Aiman mengantikan tempatnya sebagai bilal. Aiman kaget. Farhan menepuk bahu sahabatnya... sambil berkata.. '' bila lagi?'' . Aiman akur. Dia melaungkan azan. Aiman bukan lagi yang dulu.

Usai solat, Aiman memandang sebelahnya.. Farhan berwajah jernih, suci, lain dari yang sebelumnya. Farhan tersenyum. Sahabatnya sudah berubah. Isyak seterusnya, kembali semula pada Farhan.. sebelum melaungkan azan.. Farhan memandang ke arah Aiman.. 

'' Semoga Allah redha.. mana tahu.. ini azan terakhirku.. '' sambil mengenyitkan mata pada sahabatnya.

Aiman berderau, jiwanya terusik. Farhan lain sekali. Malam itu mereka pulang ke rumah, lampu jalan rosak. Jalan menjadi gelap. Farhan memandu perlahan. Tanpa sedar ada satu kereta memandu bahaya merempuh mereka. Aiman jatuh dahulu. Farhan terpelanting jauh. 

Gelap. Aiman membuka matanya, mencari Farhan, satu suara dari dalam semak berhampiran. Suara yang dikenali. Suara sahabatnya.  

'' Farhan,.. Farhan ! '' Aiman melaung beberapa kali.

''Allah.. Allah..Allah..'' Itu sahaja yang mampu didengari.

Aiman mengangkat Farhan dan berlari mencari bantuan. Air matanya tumpah laju. 

'' ya Allah.. selamatkan sahabatku.. selamatkan sahabatku... '' mulutnya tak berhenti berkata begitu.

***

    Aiman membetulkan kopiah pemberian sahabatnya, mengesat air mata dihadapan kubur baru itu. Farhan, sahabat dunia akhirat. Dia yang mengajar aku mengenaliMu. Dia berteleku lama.. ibu Farhan sudah pulang dengan redha, anak itu baginya anak soleh. Cuma tiada tersangka, perginya dulu sebelum ibunya. Tapi Allah maha adil, hadirnya Aiman ibarat kembar Farhan.

'' Han,, terima kasih... Allah sayang dekat kau.. bersyukur kenal kau.. aku.. aku.. Allah.. Aku akan teruskan semua ini.. aku akan teruskan azan ini... azan ini bukan azan terakhirmu farhan.. aku akan menymbungnya.. aku akan terus menyambungnya semula hingga aku.. bertemu semula dengan kau.. Allah.. '' Dia menyeka air mata dengan jari.

'' Selamat tinggal han.. tapi kau akan selalu ada dalam diri aku.. dalam hati aku.. dalam doa aku.. aku pergi dulu sahabat. '' Kata Aiman perlahan sambil memegang kopiah dikepalanya. Dia berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu. Dapat dia rasai.. Ada Farhan dalam jiwanya. Farhan dan Aiman. Kembar hingga syurga,.



''Kerana setiap sahabat ada nilainya.. sahabat biar sampai syurga..'' 

No comments: