Aslmkm




More Islamic Greetings Comments

Followers

Saturday 16 March 2013

Pergilah Sepi



Di suatu sudut yang lain,kelihatan pula seorang remaja yang giat meneliti barang yang dipegangnya.Tidak diendahkan lagi kawan-kawannya yang ligat bercerita dihujung sana.Dia sibuk membetulkan dawai-dawai yang bersimpul itu.Kerjanya memang begitu.,seperti lelaki wataknya.Agak sedikit liar juga.Perlukan perhatian dan bimbingan.Pada permulaan persekolahan,dia sering dipulaukan semua rakannya lantaran kekasaran dan peribadinya yang liar. Tapi setelah beberapa bulan disitu,pelajar lain sudah terbiasa dengan si dia malah ada yang bergembira dengan perubahannya yang ketara dari semasa ke semasa.

“Fath,buat apa tu..?,”ada satu suara menyapa.Fath sekadar memanggungkan kepala memberi respon.Kemudian digelengnya sedikit.Matanya tertumpu sahaja pada benda2 itu tapi fikiran dan ingatannya ligat memutar kembali zaman silamnya.Biarpun  kini umurnya 14 tahun,tapi telah banyak hal yang dilaluinya.Latar belakang kehidupan yang susah dan adik-adik yang ramai buatkan pembelajarannya dan pembelajaran rakan-rakan sebayanya agak berbeza.Kawan-kawannya telah jauh melangkah tapi dia ke sini akhirnya.Latar belakang hidup yang kucar kacir dengan perhubungan ayah dan ibu yang sering tidak sefahaman,lagi-lagi adik yang terlalu tagihkan kasih sayang buatkan dia buntu dan selalu mencari kesenangan dan kehidupan diluar,.Sedari kecil lagi dia berkawan dengan lelaki.Bermain bola dengan lelaki,menunggang motor,panjat pokok,semuanya dengan lelaki.Ibunya sering memarahi dia kerana itu walhal dia tidak tahu harus bergaul bersama siapa lagi.Di kampungnya bukan ada kawan-kawan perempuan.Anak-anak perempuan dikampungnya semua main didalam rumah.Hidup mereka bagaikan zaman-zaman dulu.Sedangkan bila dia menetap di rumah,hanya sakit kepala yang dialaminya lantaran keluarga yang kucar kacir.Tapi bila diluar,ibu ayahnya asyik memaksa dia untuk menetap dirumah.Dia jadi bingung..Akhirnya dia membesar mengikut kehendak diri sendiri.

“Fath..?? berangan ke??,” suara itu mengembalikan dia ke alam nyata.

“Tak de lah.Kenapa.?,”Tanya dia sambil mengibas belakangnya dan tangannya melurut debu yang melekat.

“Haii Fath,minum jom.”ajak seorang lagi yang lain.Dia cuma menggangguk sahaja dan berlalu melintasi sahabat-sahabat yang leka bercerita.Sipi-sipi dia terdengar perbualan mereka .

            “Waaa… ye ke macam tu…??sweetnyaaa ….”

            “Ehh jarang tau ada lelaki yang setia macam tu …”

            “Cayaa lahh .. terharu la saya .. Adesss untungnyaa akak..”

            “Ada lagi ke orang macam tu ekk ….”
Entah apa-apa lagi komen dari sahabat-sahabatnya.Sekadar mendengar sepintas lalu,dia sempat mencebik.Bukan dia tidak tahu siapa yang dimaksudkan itu.Fath terus berlalu.Dari hatinya panas mendengar cerita-cerita itu lebih baik dia pergi dari situ.Namun ada pula yang menghalang belum sempat dia menahan.
              “Jangan kau benci sangat sesuatu yang kau tak pernah lihat depan mata sendiri,aku takut kau terperangkap dengan penglihatan mata kau sendiri,Fath….,”tegur Dania.Dia Cuma menundukkan pandangan.Tahun ini tahun akhir dia disitu.Minggu depan hari penentuan usaha nya selama 3 tahun disini.Bagaimana dikatakan berubah bila bencinya masih belum reda.? Terlalu banyak yang difikirkan tentang lelaki itu.Dia tidak pernah bersua muka tapi kepalanya penuh cerita-cerita pelajar lelaki sana termasuk si romeo itu.Adiknya Hayyan sering menceritakan tentang insan itu.Apa yang dia tahu,dia amat-amat tidak berkenan pelajar yang berusia 19 tahun itu.Berita mengenai keberangkatannya ke luar Negara tersebar diseluruh penghuni sekolah itu.Bangga gamaknya.Namun disebalik semua itu,dia mahu lari dari apa yang dialaminya.Terselit rasa kasihan dengan ujian itu walaupun dia tidak lupa tentang kebenciannya pada lelaki itu.’Ahh Khairul Amsyar,ceritamu mendapat tempat dalam hati tiap-tiap sahabatku tapi bukan aku !’ desisnya.
              “Aku bukan bencikan dia tapi aku cuma tak suka dengar cerita-cerita dari adikku.Macam mana Kak Aisyah boleh bercintun dengan manusia tu,” Fath terdengih.Dalam hatinya terasa lawak mengenang dan membayangkan semua itu.Dia belum pernah merasai semua itu lagi-lagi bila mendengar setiap lelaki itu menjelekkan.Dia tidak suka dikawal sedangkan dirinya sendiri suka mengawal .’buruknya perangai’.
Dania Nasihah cuma menggelengkan kepala.Sahabatnya seorang ini sering kali mengikut kehendak hatinya sahaja tanpa memikir baik buruk yang akan diterimanya kelak.Fath cuma berfikir apa yang dia rasa perlu,dia akan lakukan.Sekiranya tidak,cukup setakat itu urusannya.Dania terus berlalu,.Membiarkan sahabatnya menyambung kerjanya.Minggu ini mereka satu asrama agak sibuk menguruskan dan membantu guru-guru untuk majlis tahun akhir pada minggu hadapannya.                                                          .

Hari itu sunggguh meriah.Masing-masing sibuk membantu sesame mereka untuk majlis itu.Majlis itu mengumumkan siapa tokoh bagi pelajar untuk tahun itu..Ramai ibu bapa yang hadir,ramai juga pelajar yang menerima anugerah.Tak kurang juga ada  majlis cabutan bertuah untuk ibu bapa.Barisan hadapan untuk pelajar lelaki, dan barisan belakang untuk pelajar wanita .Terserlah diwajah masing-masing akan keceriaan hari itu.Semua kategori telah diumumkan,Cuma satu lagi anugerah yang belum diberitahu pemenangnya.Anugerah tokoh keseluruhan bagi semua pelajar lelaki dan wanita.Semua ibu bapa dan guru-guru berdebar menanti pengumuman tersebut.

“Fath,lapar la..Jom makan.,” ajak Sabrina.

“Jom laa.. aku pun lapar r..Dari tadi dok jaga bahagian makanan ni tapi x dapat2 makan pun,” dia tergelak sendiri.Fath juga menerima banyak anugerah tahun itu.Hampir semua kategori ,Fath ada bahagiannya.
‘Diminta pelajar untuk naik ke pentas bagi mengambil hadiah dan anugerah’,Sebentar Fath menoleh ke pentas dan berpaling sambil terus ke dewan makanan.Berirngan dengan Sabrina,mereka  bercerita tentang tahun akhir mereka disitu.Mengimbas semula apa yang telah mereka jalani bersama.Hanya beberapa hari sahaja semua pelajar akan bercuti dan ada yang menyambung pelajaran ke tempat lain .Begitu juga Fath.Dia sendiri tidak tahu dimana dia akan menyambung pelajarannya.

“Rina.,rasa-rasanya kita ni akan jumpa balik x?.”Tanya Fath ketika mereka sama-sama menghadap makanan.

“Mesti la jumpa kot,x boleh lupa aku tempat ni..Walaupun xde la banyak sgt since yang best2 tapi aku tetap x boleh lupa..Lain r kau kan..Sume since dalam hidup kau kat sini aku rasa mesti best2 kan..Pahit tu yang best tau …Cuma lepas ni kau nak………….”belum habis bicaranya,ada yang menyampuk..

“Haiii korang,nak join ….,”sapa Dania Nasihah.Jannah disebelah tersenyum senget..

“Join je la..sejak bila nak join mintak izin ni woii,” ujar Fath.Tergelak mereka.

“Weyhh,apa program korang lepas ni …? Nak balik da 2 3 hari lepas ni kan..Aku ingat nak bercuti kat Taman Negara la..,” Suapan Fath terhenti mendengar cadangan Jannah.Semua menoleh ke arahnya.

“Kau nak support..?,”Celah Sabrina.Fath menghabiskan makanannya.

“Aku no hal kalau kau nak support bot..Aku tempat2 hutan nusantara ni aku memang minat la..,”Fath berlalu dengan pinggan ditangan.Perbicaraan mereka terhenti bila Sabrina turut bangun untuk basuh tangan..

“Fathhhh!!! Jerit Wafa.Sahabat-sahabat mereka semua menoleh kearah Wafa menanti butir selanjutnya…

“Kau dengar tu elok…….”sambungnya tercungap2..

“…………………………..Adik ini menyelesaikan semsternya dalam tempoh 1 tahun 2 bulan dengan pointer 4.1 .Tahniah,dipersilakan dengan segala hormatnya,” suara pengerusi majlis bergema di seluruh dewan.Namun mereka yang disitu tidak dapat menangkap apa yang ingin deperkatakan Wafa..

“Tu…..tu ..anugerah utk kau,Fath…,”Sabrina kian tercengang.Fath masih tidak berkutik malah berkerut dahinya.

“Dipersilakan adik Khansa’ Al Fath…atau wakilnya ….,”pengerusi majlis tidak jemu mengulang.Fath masih berdiam sambil menggeleng..Kepalanya berputar memikirkan dia yang menjadi tokoh pelajar keseluruhan untuk tahun akhir itu.

Khansa’ Al Fath terus bangun dari duduknya dan berlalu ke belakang.Dia melihat pada dirinya sendri,apa yang ada.Apa kelakuan buruk yang dia tidak pernah lakukan sepanjang 3 tahun dia disini.Panjat semua tempat dia pernah lakukan,keluar malam pernah,terjun sungai pernah,panjat pagar pernah,Cuma satu yang dirinya kagumi sendiri,dia tidak pernah lari dari sekolah.Itu yang membanggakan gurunya.Hal yang sedikit itu,kata gurunya senakal-nakal dia ,dia tidak pernah lari dari asrama seperti yang orang lain buat.Sedikit sahajar.Bagaimana hari ni dia boleh jadi tokoh pada semua pelajar di sekolah itu.

Dengan lemah Khansa’ Al Fath keluar dari persembunyiannya.Dia dapat melihat sang guru yang menjadi wakil bg pihak dirinya.Dia sayu lagi.Kenapa tidak ayah sahaja yang naik untuk jadi wakil..??Mahu khabarkan pada dunia yang keluarganya sedang berantakan…?Kedengaran sorakan bergema diruang dewan.Meraikan kejayaan hari ini diraih oleh sang wirawati bukan sang wira.Beritahu dunia bahawa wanita juga ada masa depan.,Fath menundukkan pandangan dan berlalu tanpa disedari ada mata yang menjelingnya tajam.!Mata yang kagum bercampur geram bila ketokohan itu diraih oleh wanita.Budak hingusan pulak tu!Kedudukan sebagai lelaki tergugat bila wanita melebihi darjatnya!

“Khansa’ …… ,”bahunya disentuh lembut.Terkejut seketika.Dia menoleh ke belakang.Segaris senyuman dilakarkan buat dua sahabat yg paling setia di dunia mengikut perkiraannya.Aida Hadirah dan Dania Nasihah mengambil posisi sebelah menyebelah.Ketiganya memandang ke hadapan.Warna coklat memenuhi pandangan.Gersang,.Tandus.Ya,itu lah yang sesuai untuk dikhabarkan keadaan disitu.Bukan mudah untuk mereka keluar dari asrama.Alhamdulillah setakat tumpang mahram Aida yang telah menikah,akhirnya mereka dapat juga menjelajah disitu.

“Aku teringat zaman kali pertama kita jumpa dulu……..12 tahun yg lepas….,”Khansa’ menguis2 tanah dikakinya.

“Memori tu yg paling aku x boleh lupa sekali..Sebab itulah tempat pertama dan jasa pertama aku sampai ke sini..”sambungya lagi bila melihat dua sahabatnya berdiam.Matanya terus dituju kedepan,.

“Memang btul kan hanya memori yang hidupkan suasana,Dah lama kau termenung kat sini.Jangan dilayan sangat hati tu,Kita tengah mujahadah sekarang ni..,”Pesan Aida.,.Dari mereka masih bermain lumpur dulu sehingga dia bakal menimang anak ketiga,dia bersahabat dengan Khansa’.Manakan tidak baik buruk wanita seorang ini dia tahu.Umurnya kini 27,Khansa’ dan Dania masing2 25.Dania akan melangsungkan perkahwinannya 3 bulan lagi sedang Khansa’….ahh kerasnya hati wanita seorang ini.

“Tak de r..Aku bukannya nak terkenang2 sangat pun..Dah namanya hidup ,normal r ….,”Katanya sambil bangun dari duduknya.Sebelum mereka membuka cerita yang masih belum difikirkan jawapan dari setiap soalan2 yang bakal dilontarkan.lebih baik dia bangun dari situ.

“Tahun depan kita dah nak balik Malaysia,Fath…”

“Jangan panggil aku nama tu.. Aku x suka,”potongnya..Nama ketika zaman dia belum berubah seperti kini.Dulu kekasaran dan ketegasannya hanya kerana dendam tapi kini semua itu kerana dia seorang mujahidah kini,.

“Opss,sorry … Khansa’..Tahun depan flight kita ke Malaysia.Dah 5 tahun masuk tahun keenam kita kat sini..Tempat ni akan menjadi sejarah dan kenangan untuk kita kenang juga kan…Aku rasa macam baru semalam kita datang sini,”Ceria nada Dania.Yup,dia tidak sabar2 untuk pulang ke Malaysia.Selama 5 taun ini,dia belum pernah pulang lagi.Hanya bertukar berita dari skype atau pun panggilan telefon.Dia bertunang juga diaturkan keluarga walaupun lelaki itu juga pelajar sini.Tapi dia pasrah.Selama mana pun dia disini,Malaysia tetap dihatinya.

“Kalau aku tak nak balik boleh x?,”Tanya Khansa’..

“Habis?Kau nak kawen ngan orang sini..?? Weyh,,laki aku tu pun nak sambung belajar kat sini lagi aku x kasi..Kau pulak xnak balik..,? Aida mencebik.

Khansa’ tergelak juga..”Alaaa,asal akak  xnak bagi dia sambung lagi..kalau saya kan kak,saya bagi je dia nak sambung belajar kat sini bape puluh tahun pun..Lantak pi dia r .. ,”selamber.Dania sudah melopong,Tak rindukah dia pada tanah air? Tak teringatkah dia pada semua yang diMalaysia..?Keras sangatkah hatinya pada semua yang telah berlaku? Setega itukah sahabatnya seorang ini sehingga melupakan semua yang berharga hanya kerana kepahitan masa lalu?

“Khansa….kau jangan buat pasal ekk..tiket dah beli tau …. Duit mana kau nak pungut beli tiket baru … ?,”

“Alaaa,rlax r… mak aku kan masukkan 300 tiap bulan… kalau duit Malaysia Rm300 kali kan dengan 1 tahun 12 bulan jadi lah RM3600.Rm 3600 kalikan dgn 5 tahun =  RM 18 000.. alaa cukup la ..Nk beli kereta sebijik pun boleh ..haha~,” Khansa’ terus berlalu masuk ke rumah.Jauh disudut hatinya,memang berat untuk pulang lagi.Dia mahu menghabiskan masa lagi beberapa tahun disini.Sejak 5 tahun ini,tiada sesiapapun yg dia hubungi di Malaysia walaupun orang tuanya..Entah sihat atau pun tidak,dia sendiri tidak pasti.Memang dia putuskan perkhabaran dari semua.Betapa dia kejam sehingga kini namun itulah yang dia belajar untuk kuat dari segala godaan.’Maaa,maafkan saya..’.Terasa ingin mengutus email buat kali pertama kepada bapa saudaranya.Bapa saudaranya sahaja yg mempunyai talian internet.Namun dibatalkan hasrat memandangkan dia tidak tahu ingin pulang atau masih disini..

Khansa’ mencapai Kitab Risalatul Muawanah karangan Al Ariff Billah Al Imam Sayyid Abdullah Bin Alwi Al Haddad.Kitab itulah menjadi rujukan dan motivasinya sejak 5 tahun yang lalu.Dihadiahkan oleh murabbiahnya sebelum dia berangkat ke sini.Dalam keadaan tenang petang itu,fikirannya melayang lagi pada memori lepas.Bukan keinginannya mengimbas semua itu,tapi perubahan hari ini buat dia mengenang siapa dia pada masa lalu.Tak diendahkan lagi keriuhan sahabat2 dan anak2 sahabatnya diluar,pena ditangan terus menari~



“Pyaari maa mujhko teri du’a chahiye…..
Tere anchal ki taandhi havaa chahiye.
Loori gaa gaa ke mujhko sulaati hai tu..
Muskura kar sawere jagaate hai tu
Mujhko iske siwa or kya chahiye
Pyaari maa mujhko teri dua chahiye………..
Suara berbunyi lantas pena menari..Begitu asyik dengan puisi buat bonda dendangan dari Hamzah Al Mubarak Dhorat..

“Mama xnak halang jika ini keputusan along untuk merantau jahu dari sini..Tapi ingat,nak selangkah kita lari dari semua,seribu langkah ianya mendatang semula.Along fkir lah untuk diri along sendiri,”luah Puan Radhiah pada suatu petang.Sang suami hanya berdiam disebelah tanpa kata.Dari dulu dia mengizinkan anaknya pergi merantau demi secebis ilmu dan pelajarannya yang belum selesai lagi tapi tempat yang ingin dituju anaknya tidak sesuai..Anaknya meminta untuk ke Syria.Sedangkan mereka tahu disana pergolakan masih hebat..Jika dulu perancangan mereka mahu ke Madinah tapi kini berubah pula angin anaknya yang seorang ini.

“Papa izinkan untuk ke Madinah,long..Kenapa bertukar ke Syria pulak…Nak berperang..?,”Tanya si ayah.

“Jika boleh,,itulah pilihan along..Tapi kalau x boleh xpe lah…X kisah pun ma,pa..,”Puan Radhiah menggelengkan kepala mengeluh..Anaknya bagaikan tidak menerima lagi bahawa dirinya bukan lelaki.Masih belum sesuaikan dirinya itu sebenarnya perempuan,tempatnya seharus didapur.Bukan dimedan luar..Harus bagaimana ingin menyedarkan anak sulung ini.Berbanding anak keduanya lelaki seperti perempuan pula.Ditawarkan untuk sambung ke Indonesia,dia tidak mahu.Katanya tidak mahu berjauhan dengan mama dan papanya.Pening juga dibuat dua beradik ni.Belum lagi dicampurkan dengan anak kedua ketiga sampai ketujuh tu.

“Tak pe lah,ma .. Along mintak izin nak pergi asrama esok..,”

“Pergilah ..Ziarah kawan2 tu ..,”

Dia wanita..Khansa’ Al Fath ditakdirkan seorang wanita tapi jiwanya lelaki..Kata sahbat2 dan keluarganya ,semua itu persis kerana ayahnya seorang askar ketika menyambutnya.Minat dan tumpuannya di luar rumah dan ketangkasan.Ketika dia lahir,papanya sedang berhempas pulas menyelidik pengganas yang tiba di persisiran Sabah sana ..Dia lahir tanpa papa disisi.Dia membesar juga jarang ada bersama papa.Kata mamanya,3 bulan sekali atau 6 bulan sekali baru papa pulang untuk ziarah keluarga.Papa diamanahkan untuk mejaga dan mengawal peluru2 yang masuk dan keluar dari Aceh sana .Bila pulang,tertekan..Kemudian keluar rumah semula..Begitulah rutin papa sebelum berhenti dari tugas nya..Papa ditawarkan untuk naik pangkat bila papa memohon perletakan jawatan.Pangkat papa tika itu Leftenan ingin dinaikkan sebagai Kapten.Tetapi papa menolak lembut.Akhirnya papa berhenti dari bertugas sebagai tentera darat.

Hari itu cuti..Terasa bosan dengan aktiviti hari itu,dia mengambil keputusan untuk ziarah gurunya di Kelantan.Dia bertolak awal,barangkali sampai petang atau malam dan akan bermalam dirumah kawannya.Tiket bas sudah dibeli.Mama yang hantar ke terminal.Sementara menunggu,matanya merewang melihat sekeliling.Tiba dia terpandang satu susuk tubuh yang agak dikenalinya..
‘Amsyar.!’ .Khansa’ Al Fath menundukkan pandangannya.Menjaga agar tidak bertembung dengan insan itu.Perlahan dia bangun menuju ke gerai makan berhampiran.Pura-pura membeli air minuman demi menutup kegugupannya.Sudah 6 bulan..Khabarnya hilang dari pendengaran,Kenapa muncul semula.Ahh mungkin dia juga punya urusan.Sampai saat bas berlepas.Khansa’ Al Fath menyalami mamanya.Dan terus masuk ke perut bas tanpa menoleh sedikit pun.Dia mengambil barisan seat 3 akhir.Membuang pandangan keluar tingkap sambil mengatur nafas yang sesak.’Tahan lah airmata.. bertahanlah .. hanya 2 bulan lagi..’..Akhirnya dia terlena..

Khansa’ Al Fath terjaga bila terdengar riuh..ohh di perhentian rupanya.Dia turun dari bas menuju ke kedai berdekatan.Mengambil jus sebagai peluncur tekak yang kekeringan.Sedang berjalan,matanya terpaku lagi.Berkali-kali digosoknya maa supaya jelas.Barangkali dia masih bermimpi.Ahh tidak tapi kenapa dia disini..Langkah diatur laju.

“Al …..,”satu2nya manusia atas dunia ni yang cipta panggilan sebegitu untuknya.Dia kenal sangat sekalipun belum menoleh lagi..Hati berbelah bahagi.Antara benci dan ……………………………..hishhhh astaghfirullah ….Antara kami x direstui..Lupakan dia Khansa’..Lupakan dia..!

“Maaf Am… Saya x berapa sihat.Tolong awasi bicara dan perlakuan awak..Saya x sangka kita satu bas..Apa pun,ingat,antara kita x pernah kenal...Jangan peduli kan saya….?,”Dia menoleh seketika dan terus berlalu..Kalau dah namanya wanita,seketika cuma pun airmata teta menjadi sahabat untuk menceritakan segala rasa.Akur hati x sekuat mana..Tapi ego kononnya dialah wirawati perkasa..Aduhaii Khansa’.Sepanjang perjalanan ke sana.Diam membisu tanpa menoleh dan cuba megambil tahu seatnya dimana.Pandangannya cuma satu arah.Hasrat hati ingin menyambung tidur terbantut mengingatkan kisah mereka.Mata dipejam rapat menapis titisan terakhir dari mata.Dikesat sampai kering,dikuatkan hati meski pahit.Istighfar menghiasi bibir.

Sesampai disana,Khansa’ Al Fath terus menuju ke tempat perhentian kereta sewa..Tanpa menoleh lagi,kereta itu meluncur laju.Malam ini,dia bermalam di rumah Ainul.Esok baru akan ke hostel tempat murabbiahnya mengajar.

“Hati x tenang tu bermakna kita makin jauh dengan Allah.Bukankah Allah dah bagi jaminan pun supaya mengingatinya grenti hati akan tenang…,?,”jawab sang guru bila diadukan tentang keresahan hatinya.Bukan resah mana pun,tapi kacau saat teringat pertemuan selepas 6 bulan tersebut.Kezuhudan hidup murabbi murabbiahnya menimbulkan pertanyaan dan kekaguman didalam hatinya.Mudahnya dia mendapat Allah kedalam pelukannya saat aku masih tercari-cari dimana tangan Allah ketika tanganku melibas sisi..

“Ummi bukan menyekat jiwa Khansa’.Khansa’ zaman dahulu lah yang berjiwa besar mensyahidkan keempat2 anak lelakinya di medan perang.Itu ummi tahu semangat Khansa’.Nama yang ibu dan ayah berikan pada Khansa’ benar2 bersemangat waja.Seorang nama Panglima perang,Muhammad Al Fateh.Ada juga pada Khansa’ dan seorang lagi Khansa’ .. Dua pejuang Islam bersemadi dalam seorang Khansa’ Al Fath.Itu yang ummi kagumi.Tapi kamu kena ingat,syaitan tidak berlepas tangan untuk menghentikan langkahmu mencari Allah.Dia ingin membinasakan “Allah”mu dengan meninggikan dirimu.Jangan ego,Khansa’..Wanita yang bersikap ego,rendah nilainya..,”tanpa jemu ,wanita yg menggelarkan dirinya ummi terus membentang nasihat menanam kemas ke dalam hati sang tullab dihadapannya..

“Saya ingin ke Syria,ummi……,”luahnya terus terang.,

“Lari lagi…?”

“Bukan lari.,.Saya cuma mahu menjadi Al Fateh yang menyusun strategi kehidupan dan akhiratnya… Atau saya boleh menjadi Khansa’ yg menjadi pengampu tuannya.,”kiasnya lagi..Dari siapa lagi kalau bukan dari umminya bahasa 2 kiasan itu..Sambil membuka satu kitab,ummi terus menyusun kata.Sedikit helaan nafas terasa kasar dan sekat di pendengaran Khansa’..

“Yaman adalah kota para habib,”ummi menoleh kearah Khansa’.Terdongak seketika.

“Dari Yaman juga Imam Mahdi akan memacakkan panji-panjinya bersama 313 orang mujahid yang terpilih.Pertembungan antara haq dan batil juga disana……”

“Nabi sering menyebutkan kepada sahabat-sahabatnya supaya pergi ke yaman..Imam Muhajir juga berhijrah ke Yaman..Nabi pernah bersabda dari riwayat Ibnu Abi As Saif dalam kitabnya Fadhailul Yaman dari Abu Zhar Al Ghiffari :: kalau terjadi fitnah,maka kalian berhijrahlah ke Yaman:: Dari perawi Jabir ibni Abdillah Al Ansari pula menyebut, ::Dua pertiga keberkahan dunia akan tertumpah di Yaman,sesungguhnya disana tempat ibadah .. Ini kerana ahlul yaman memiliki hati yang lembut dan suci….Mereka sering dipuji2 oleh Nabi….Ternyata Nabi membanggakan Yaman walaupun Nabi berhijrah ke Madinah,”

“Berhijrahlah ke Yaman,Khansa’ Al Fath ….. Ambillah buku ini,kamu akan tahu apa kelebihan disana…,”Ummi menghulurkan dua buku karangan Imam terkenal dari Yaman.Khansa’ menyambut huluran itu …Buku itu didakap erat..Matanya kabur.Membawa cerita yang tersurat dan tersirat.Sayangnya begitu melimpah buat wanita berusia dihadapannya ini.Betapa dia terhutang budi dengan wanita ini.Saat dirinya jauh dari Allah dan keluarga,tangannya dipimpin kemas oleh dua wanita.Wanita yg kini telah menjadi murabbiahnya..Kedua2nya dipanggil ummi dan  ummah.Pelukan kejap bagai tidak mahu berpisah.Khansa’ tahu barangkali ini kali terakhir ditemuinya wanita ini..

“Ummi,,masalah saya yang “itu”….apa pendapat ummi” terkeluar juga pertanyaan berbaur luahan itu.Dari semalam hatinya berat.

Ummi terdiam.sebelum menyambung “Khansa’..Kamu dah besar..Pilihan ditanganmu..Hidup ni terlalu singkat untuk fikirkan sesuatu yg Allah belum takdirkan pada kita.Manusia ini merancang tapi Allah yang tentukan..Antara Khansa; dan dia telah timbulkan satu halangan untuk dua keluarga berukhuwah erat..Bimbang pecah begitu,kan sayang ..? X sayang ukhuwah yg erat antara setiap ahli keluarga,kemudian rapuh hanya kerana satu perasaan hati mungkin nafsu …? Untuk berkeluarga,cinta aja x cukup .. Mesti ada restu dan redha … Kalau xde semua tu,macam mana nak ikhlas..? Lepaskan dia.. Jika dia jodoh Khansa’. Jauh lah sejauh mana pun,tangan Khansa’ ini juga yang akan mengayun buaian anak-anaknya nanti..,”ummi tersenyum nipis..Lucu bila ummi menyebut anak-anak”nya”..Anak-anak siapa..? Khansa’ mengangguk..Tekad dalam pasrah..Dia belum berjuang tapi telah kalah..Hatinya sakit mengenangkan Amsyar … Tapi dia juga amat bangga pada Amsyar..Untuk membenci sekali lagi,?ohh itu tidak mungkin.,Amsyar kini cuma abangnya.Amsyar seorang yg taat ibunya.Itu kewajipannya.Kerana hal itulah dia tidak dilayak digandingkan dengan Amsyar.Dia banyak pentingkan diri sendiri dari perasaan orang tuanya sedang Amsyar begitu berhati-hati meneliti hati orang tuanya.

Suasana d KLIA yang sememang riuh dan sibuk bertambah sibuk bila semua ahli keluarganya mengiringi pemergiannya..Adik beradik papa,adik beradik mama.Keluarga angkat lagi dan macam 2 keluarga yang turut hadir.Terharu rasanya.Dari jauh,Khansa’ Al Fath melihat sahabat yang telah dianggap kakaknya menghampiri.’Kk Zuyyin….!’,desisnya.

“Assalamualaikum kak…Lama x jumpa….x sangka akak datang …Ingat akak x datang..hehe..Akak datang ngan sapa,”sapanya selepas bersalaman.

“Wassalam…Mesti la datang…Nnti lama plk x jumpa..Datang dengan ibu la.Sape la lagi … haha~ ,”baru dia perasan Puan Malihah berjalan mendekat bersama dengan dua orang anaknya lagi..Tanpa berfikir panjang,tangan tua itu disambut hormat..Mcam mana pun,Dia tetap seorang ibu.

“Ohh datang berempat je,..Dah makan?Nak makan x kak,cik Mal?,”berbasa basi lagi.Yang lain semua saling bertukar cerita dan berkenal mesra.Khansa’ menarik tangan Zuyyin Afaf meuju ke Furqat berdekatan.’Amsyar x datang rupanya’.Terngiang2 lagi kata2nya sebelum ni.
“Kalau awak pergi,saya hantar…Habis kalau saya pergi awak x hantar,mana aci macam tu..??”
“Elleh,,habis awak nak suruh saya balik dari Madinah sana lepas tu nak hantar awak pergi narrathy pulak?banyak cantik..Bayar la tambang”,Amsyar tergelak kuat.Tapi ditahan setelah ditegur.
“InsyaAllah apa jadi pun,saya akan hantar awak..Awak doala…Saya ni pendosa je..Cakap hari ni pun,belum tentu Allah makbulkan .. mana tau tetiba saya x dapat datang ke..Lain laa awak,awak cakap ,sekejap je Allah bagi..Kelebihan awak tu mulut masin..,”katanya.Kali ini Khansa’ pula tergelak..Itu dulu,beberapa bulan yg lepas..Sebelum takdir Allah membuatkan mereka terpaksa membawa haluan sendiri.

“Ehh Fath..!!Nak g mna ni..?,”Zuyyin Afaf menarik tangannya dari pegangan Khansa’.Khansa’ tersentak dari lamunannya..dia istighfar berkali2,..Ya ,kali ini kata2 Amsyar pula yg masin.Memang dia tidak datang..Ibunnya ada disini ..mana mungkin ibunya mengizinkan kami bertemu lagi..Mulia hati ibunya..Patutlah hati Amsyar juga mulia,hati kak Zuyyin juga..hati semua keluarganya .. Sekalipun Khansa’ mencipta masalah dalam keluarga mereka,Puan Malihah masih melangkah kaki untuk turut mengiringi pemergiannya ke Yaman.Terharu seketika.Terima kasih ,cik..

“Jomla makan kat sini…,”Khansa’ menarik kerusi diikuti Zuyyin Afaf.Mereka rancak bercerita.Tidak langsung disentuh hal peribadi..Khansa’ tahu Zuyyin Afaf telah mengetahui rahsianya dan Amsyar sedangkan Zuyyin Afaf tidak tahu bahawa Khansa’ telah mendapat tahu bahawa Zuyyin Afaf juga mengetahui rahsianya dan Amssyar..Masing2 saling berahsia.Menjaga ukhuwah yang terjalin.
“Awak nak pergi sana berapa tahun..?,”Tanya Zuyyin.

“Tak tau la kak … Mungkin setahun sekali balik la kot….haha…Mana boleh lama2 dok sana …,” kelat.Pedih.Perit.Itulah kata2 yg bukan dari kebenarannya.Dengan kakak seorang ini,dia sering berdusta.Entah kenapa..Khansa’ tahu,hakikat pendustaan itu Cuma sementara.Dia juga tahu Zuyyin Afaf mengetahui pendustaan yg sering dilakukan.Sekali lagi hatinya tersayat nyilu,kerana hal itu jugalah,dia belajar menjauhkan seseorang yang dekat.

“Entah2 balik nanti dah kawen dah ngan org sana…,”tergelak Khansa’.

“Akak nak ke saya kawen dgn org sana..?Lepas tu x balik2 dah….?,”Tanya Khansa’ bersirat.,

“Xde la macam tu,tapi org sana kan mantap2,,bahasa pun banyak.Boleh la awak nak belajar bahasa apa pun..hehe….,”Khansa’ mengangguk kecil..Faham maksud dari kata2nya.Dia menelan liur.Sepi seketika.Tidak lama selepas itu,mereka beransur..

“Kak,saya nak mintak maaf atas semua salah silap saya pada akak dan keluarga…..Saya ni kan jahat ..hehe..Akak doakan la saya jadi baik…Saya pun tak nak terus menerus orang cop saya sebagai jahat..Saya mintak maaf kalau saya ada buat akak terasa …………

‘Sebab awak kuat tipu …. !!!’Khansa’ memejamkan mata menelan butiran itu.Masih terngiang2 lagi … Dia menyambung “………..sebab saya banyak tipu akak ke ape..Ye la,kadang saya selalu terlupa nak beritahu kebenaran atau jelaskan keadaan..Salah saya juga … Terima kasih atas semua kak ekk…,”Khansa’ tersenyum manis sambil meraih Zuyyin Afaf ke dalam pelukannya..Dia harus masuk ke balai berlepas 1 jam lagi..Khansa’ menyalami semua saudara2nya..Keluarga2 kerabat2,sahabat handai,Mengucap syukur dan salam buat mereka yg ditinggalkan..Khansa’ sayu melihat mama yg mengharap dia pulang setiap tahun..’Maaf,ma sekiranya tiada lagi berita tntg along dalam masa 5 6 tahun ini’.Beg bagasi diheret perlahan.Tangisan dan sokongan berpadu menjadi satu bekalan buat Khansa’ terbang jauh..Sedang dia berjalan,terdengar bagai satu suara gemersik 

"Al ....................," Khansa' pantas menoleh.


‘Amsyar …!!!’ .Namun ketika berpaling,dia cuma melihat raut2 saudara mara.Satu demi satu diintainya.Tidak ada!Khansa’ terus berlalu.Ditahankan hati yg penuh dengan nafsu,demi ilmu ... Dia masih ingat pesan abi,jika mahukan sesuatu kena korbankan hal yang paling disayangi seperti kisah habil dan qabil.Pengorbanan yg diterima,akan dapat apa yang diimpikan .Kali ini kata2 Amsyar makbul,dia tidak hadir buat yang terakhir kalinya.. Pedih namun dilangkah jua .. Kagum berputik mekar ,si dia taat pada ibu..Ahh ,alangkah mulianya ..Khansa' meneruskan langkah.

Selamat tinggal semua,doakan kebahagiaan diri ini yg belum matang meletakkan emosi pada keadaan.Dia membelek telefon di tangannya..Semua nombor yang disave didalam memori fon,dideletenya.Mesej2 juga didelete.Nma2 kenalan,email2 kenalan dalan alamat2 kenalan juga dideletenya.Lantas sim kecil itu dipatahkan dua.Itulah kali terakhir 5 tahun lepas.Airmatanya gugur lagi …

“……………………..Pyaari maa mujhko teri dua chahiye
Tere mamta ke saaye me phoolo bholo
thaam kar teri ungli mai badhta chalo
aasra bas tere pyar ka chahiye……………….”

“Amboi !!!! Sempat lagi dia berangan kat sini .. Hindustan semua bagai ……….menyanyi lagi /.,,.,”ketukan Dania di meja menyenakkan Khansa’..Dia kembali kedunia nyata,menamatkan memori yg sengaja diputarkan.Ohh bermimpikah aku ….

“Kau menangis Khansa’? ,”Tanya Dania lagi sambil menolak perlahan bahu Khansa’.Khansa menggeleng sambil tersengih.Dia sendiri tidak perasan bila dia menangis.Dia menuju ke tandas.Membersihkan diri,selepas ini mereka ada kuliah terakhir untuk hari ini.Esok cuti..’Semoga keluarga disana sihat22 sahaja.Bagaimanakah rupa adik2ku selepas 5 tahun ini..Alahaai baru terasa rindunya..Bersabarlah,Cuma 1 tahun lagi~






No comments: